بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kira bila menghantar sesuatu karya/penulisan kreatif.Penulis haruslah arif dengan kehendak para panel pemilih.Antaranya ialah syarat penyertaan yang biasanya diberitahu.

contohnya;

Syarat Penyertaan:

1.Manuskrip yang dihantar perlu ditaip kemas, langkau 1.5 baris/2 baris
2.Menggunakan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin.
3.Panjang puisi tidak melebihi 25 baris (bergantung kepada syarat diberi oleh urus setia)
4.Tajuk hendaklah ditulis dengan huruf besar.
5.Nama Penuh/nama pena ditulis di bahagian bawah hasil karya,diikuti nama tempat(ditulis menggunakan huruf besar) dan tarikh karya ditulis.
6.Manuskrip perlu asli, ditulis dalam bahasa Melayu dan belum pernah diterbitkan dalam sebarang penerbitan bercetak.
7.Penulis adalah bertanggungjawab untuk mengesahkan perkara ini.

contoh;
MADINATUL MUNAWARAH
Madinatul Munawarah
Di sini kumengenal erti sebuah cinta
Cinta kekasih kepada kekasih

Terpasung lara mengenangmu
Salawat salam tak henti berkumandang
Terpahat teguh ,cinta dan perjuangan

Demi cinta seorang hamba
Kepada Yang Maha Mencipta
Ketaatan tak pudar dengan rintangan semata

Walau busar memanah jantung hati
Cinta kekal hingga nyawa meragut diri
Bendera keteguhan tetap berdiri

Berpantang menyerah kalah
Walau pedang singgah membelah
Tak sekali terdetik berpaling tadah

Demikian cinta seorang hamba
Mengorbankan segala nikmat dunia
Islam terbena dari pengorbanannya

Kini cahaya cintanya tetap gemilang
Walau alam sudah semakin usang
Kan tetap bersinar terang.

MAWADDATUN AS-SYAKIRIN
BERA,PAHANG.
27 SEPTEMBER 2014

NORMALA HASSAN 
PENGERUSI 11 DPMP BERA
5/11/2015

21 ulasan - "MENULIS KARYA KREATIF..."

Siti Yang Menaip delete icon 6 November 2015 11:19 PTG

suka sngt creative writing masa kat uni dulu.. tapi suka pun bakat tak dak sangat ehe..

Abdul Kholiq Hasan delete icon 7 November 2015 1:24 PG

menulis kreatif saya belum bisa, karena terbiasa nulis asal-asalan

Cilembu thea delete icon 7 November 2015 1:25 PG

sepakat sangat bahwa menulis adalah karya kreatif apalagi jika tulisan asli dan bermanfaat bagi bangsa dan tanah air ya kak

Etuza Etuza delete icon 7 November 2015 6:38 PG

asalam , artikal tu hantar guna email ke atau poskan atau bagaimana ya PI?

Etuza Etuza delete icon 7 November 2015 6:38 PG

terpikat pula ucing comel membaca..hehehe

Fidah Shah delete icon 7 November 2015 8:16 PG

Untung orang yang mempunyai bakat dalam penulisan kreatif. Mesti ramai yang suka hasil karyanya

paridah delete icon 7 November 2015 11:19 PG

berkarya kreatif mmg menguntungkan kalau bersungguh hati fidah..tq.

paridah delete icon 7 November 2015 11:20 PG

heh..heh..ucing comel sdg ralit berkarya tu cikgu..tq.

paridah delete icon 7 November 2015 11:22 PG

wsalam cikgu...la ni guna emel jer cikgu..hantar berserta surat iringan...tq.

paridah delete icon 7 November 2015 11:26 PG

betul tu menulis kreatif dgn niat baik buat dimnefaati semua yg membacanya...tq chilembu thea.

paridah delete icon 7 November 2015 11:28 PG

menulis asal-asalan bersahaja pun karya kreatif juga tu AKH..tq

paridah delete icon 7 November 2015 11:30 PG

yeke...ada bakatnya tu cuma siti belum menggilapnya...tq.

Aku Penghibur delete icon 7 November 2015 12:20 PTG

Wahhh boleh cuba nie..menarik

paridah delete icon 7 November 2015 3:11 PTG

CUBALAH BERKARYA KREATIF PULA ACIK...TQ AP.

Mizz Aiza delete icon 7 November 2015 6:51 PTG

bagus perkongsian ini kak paridah.. aiza karya kreatif tak pandai kak.. hehe..

paridah delete icon 7 November 2015 9:17 PTG

bukan xpandai cuma belum cuba saja...tq aiza.

iryanty ahamad delete icon 8 November 2015 10:22 PG

kena perah otak lebih kan

Khai♥Rin : anies delete icon 9 November 2015 10:39 PG

nak gali idea tu...aduyaiiii... ;-)

paridah delete icon 9 November 2015 9:57 PTG

PERAH JGN XPERAH YANTY...TQ

paridah delete icon 9 November 2015 9:59 PTG

YELA KARYA KREATIF LENGGOK GAYA BAHASA LAIN SIKIT KAN...TQ ANIES.

Bunda_nora delete icon 31 Disember 2015 1:38 PG

Bunda ni jarang membaca sebab tu agaknyer tak berapa nak kreatif..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”