بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

PANTUN-PANTUN PERIBAHASA PAK ENGKU

JAMBU BATU BUAHNYA MASAK,
DIPETIK MAHU SI KACANG BENDI,
BUAH DIINGIN SI ORANG KEDI.
BAGAI PINTU TIDAK BERPASAK,
BAGAI PERAHU TAK BERKEMUDI,
DITIUP ANGIN APAKAN JADI?
Peribahasa : Bagai pintu tak berpasak, bagai perahu tak berkemudi.
Maksudnya : Sesuatu keadaan yang membahayakan.
JAWAB BERMAIN PANDAI MENEKA,
RAJA BERSIUNG BERTEKA-TEKI;
KILAT CERMIN SUDAH KE MUKA,
KILAT BELIUNG SUDAH KE KAKI.
Peribahasa : Kilat cermin sudah ke muka, kilat beliung sudah ke kaki.
Maksudnya : Sesuatu maksud jahat yang telah diketahui.
AYAM DIDIK MAKAN DI DAIK,
AYAM JALAK KALAH BERSABUNG;
SIAPA CERDIK TINGGI NAIK,
SIAPA CALAK MENANG TERHITUNG.
Peribahasa : Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang terhitung.
Maksudnya : Orang pandai yang bijak memutarbelitkan perkara sehingga
orang percaya kepadanya.
BURUNG BELATUK MATI DIREJAM,
BANGKAI DIBUANG DI JURANG TERJAL;
JANGAN DICATUK DENGAN YANG TAJAM,
JANGAN DICENCANG DENGAN YANG MAJAL.
Peribahasa : Jangan dicatuk dengan yang tajam, jangan dicencang dengan
dengan yang majal.
Maksudnya : Memberi nasihat adalah tidak baik dengan kata-kata yang
tajam melainkan dengan kata-kata yang lembut penuh
kesabaran.
DI ATAS TIANG DI TEPI BENDANG,
BURUNG BALAM MATI TAK MAKAN;
BERKATA SIANG MEMANDANG-MANDANG,
BERKATA MALAM DENGAR-DENGARKAN.
Peribahasa : Berkata siang memandang-mandang, berkata malam dengar
dengarkan.
Maksudnya : Rahsia janganlah dapat didengari orang atau diberikan kepada
setiap orang tanpa berhati-hati.
KUIH BIJAN DIBAKAR HANGIT,
BAWAH AMPAIAN LALU BUANGKAN;
HARAPKAN HUJAN DARI LANGIT,
AIR DI TEMPAYAN LALU CURAHKAN.
Peribahasa : Harapkan hujan dilangit, air di tempayan dicurahkan.
Maksudnya : Mengharapkan keuntungan yang belum tentu, keuntungan
yang sudah sedia ada disia-siakan.
KE TASIK CINI TUAN PUTERI,
NAIK BENDI BERSUKA-SUKA;
HILANG BINI BOLEH DICARI,
HILANG BUDI BADAN CELAKA.
Peribahasa : Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.
Maksudnya : Orang yang tidak berbudi akan celaka atau malang hidupnya.
DALAM LOYANG BUAH RAMBAI,
SAMA SELOYANG SI BUAH KERDAS;
SIAPA YANG MAKAN CABAI,
DIALAH YANG BERASA PEDAS.
Peribahasa : Siapa yang makan cabai, dialah yang berasa pedas.
Maksudnya : Siapa yang terasa akan sindirin itu dialah orang yang ditujukan
sindiran itu, siapa yang berbuat kurang baik dialah yang terasa.
HALA MENUJU KE POHON TERAP,
TERTUSUK ONAK KAKI MENANTU;
CAMPAK BAJU NAMPAK KURAP,
SEPERTI ANAK KACANG HANTU.
Peribahasa : Campak baju nampak kurap, seperti anak kacang hantu.
Maksudnya : Orang-orang muda yang tidak memelihara kehormatan dirinya
ataupun kehormatan orang lain.
MATI KEBULUR SI KERBAU BALAR,
DI DALAM SELUT BADAN TERJALAR;
SAMA MENJULUR SAMA MENJALAR,
TAK SAMA BELUT DENGAN ULAR.
Peribahasa : Sama menjulur sama menjalar, lain belut lain ular.
Maksudnya : Dua orang yang bersamaan dari segi paras rupa, tingkah laku
dan gerak-gerinya tetapi amat berlainan budi pekertinya.
POKOK RAMBUTAN BERBUAH JARANG,
HENDAK DITEBANG PARNG TIADA,
RUSA DI HUTAN KANCAH TERJERANG,
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA.
Peribahasa : 1. Rusa di hutan kancah sudah terjerang.
2. Burung terbang dipipiskan lada.
Maksudnya : 1. Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum
tentu diperolehi lagi
2. Belum tentu lagi diperolehi sudah mereka-reka akan
gunanya.
AKAR MEMBELIT BATANG KELEPUNG,
TUMBUH MELATA BERSILANG-SIUR;
REMBES DIPALIT TITIK DITAMPUNG,
ITULAH TANDA ORANG BERSYUKUR.
Peribahasa : Rembes dipalit titik ditampung.
Maksudnya : Biarpun hasilnya sedikit hendaklah diterima juga.
BIRI-BIRI MENGHILANG DIRI,
LARI KE TANJUNG TERLEPAS KEPUNG;
ADAT BERNEGERI MEMAGAR NEGERI,
ADAT BERKAMPUNG MEMAGAR KAMPUNG.
Peribahasa : Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampong memagar
kampung.
Maksudnya : 1. Kehidupan yang tidak mementingkan diri sendiri.
2. Kesanggupan menahan hak dan kedaulatan Negara dan
tidak mementingkan diri sendiri.
DIANYAM SUMPIT TIDAK MENJADI,
MENGKUANG DIHELA KE TEPI PUNDUNG;
KENAPA PIPIT YANG MAKAN PADI,
MERBAH PULA TERBAWA RENDONG.
Peribahasa : Pipit yang makan padi, merbah terbawa rendong.
Maksudnya : Orang lain yang mendapat kesenangan, orang lain yang
menanggung akibatnya.
TUMBUH SATU POKOK LELETOP,
TEMPAT BERBATU TANAHNYA SAKA;
SATU PINTU KALAU TERTUTUP,
SEPULUH PINTU LAGI TERBUKA.
Peribahasa : Satu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka.
Maksudnya : 1. Sesuatu perkara atau rahsia yang telah terdedah dan tidak
dapat ditutup lagi.
2. Orang yang mahir berkerja, walau diberhentikan kerja
masih ada banyak lagi pekerjaan yang boleh dilakukannya.

30 ulasan - "KENAPA PIPIT YANG MAKAN PADI , MERBAH PULA TERBAWA RENDONG..."

Etuza Etuza delete icon 2 November 2015 7:41 PTG

Wah amat mendidik dan mengkayakan bahasa dan kiasan kata..kalau pelajar SPM pasti dapat tambahan ilmu membaca nian bicara PI kali ini..sure

Etuza Etuza delete icon 2 November 2015 7:44 PTG

Wah amat mendidik dan mengkayakan bahasa dan kiasan kata..kalau pelajar SPM pasti dapat tambahan ilmu membaca nian bicara PI kali ini..sure

Nooriah Abdullah delete icon 2 November 2015 9:14 PTG

wah pantun kalah lah kalau saya P tak retii langsung cuma reti baca ja

Bin Muhammad delete icon 2 November 2015 11:02 PTG

Kalau tidak diberi, Ada diantaranya memang xdapat nak ditelah maksudnya. Sungguh hebat pendaharaan kata PE

abuikhwan delete icon 3 November 2015 12:04 PG

Assalamualaikum kak,
Lama sungguh tak singgah ke sini...
Alhamdulillah malam ini singgah untuk menikmati bait-bait pantun pak engku. Puitis sungguh susunan bahasanya...

nohas delete icon 3 November 2015 12:44 PG

tak jemu baca pantun Pak Engku..sungguh tinggi nilai bahasanya..

tiga lalat delete icon 3 November 2015 5:02 PG

pantun yg last tu menarik perhatian., rezeki ada dimana2 insyaAllah

Pengobatan Jerawat delete icon 3 November 2015 9:40 PG

pantun yang bagus :)

Atie Yusof delete icon 3 November 2015 10:21 PG

Indahnya pantun kak...menuh makna tersendiri... :)

Khai♥Rin : anies delete icon 3 November 2015 12:09 PTG

terbawa rendong?

Dunia Zumal delete icon 3 November 2015 6:36 PTG

Bait2 indah terus menusuk kalbu pembaca ^-^

Fidah Shah delete icon 3 November 2015 9:45 PTG

Orang kita, bahasanya indah, cakapnya berkias.

Puan Wawa delete icon 3 November 2015 11:06 PTG

Wawa singgah kak PI..

paridah delete icon 4 November 2015 10:39 PG

tq cikgu. ya kalau minat membaca mesti boleh tambah ilmu.

paridah delete icon 4 November 2015 10:41 PG

tq cikgu etuza.

paridah delete icon 4 November 2015 10:42 PG

suka baca menambah tahu oklh tu...tq noor.

paridah delete icon 4 November 2015 10:45 PG

betul tu BM lenggok bahasa sastera Melayu agak sukar difahami jika xdijelaskn tentu xtahu...tq

paridah delete icon 4 November 2015 10:52 PG

wsalam dik ustaz...tq ingat nk singgah...pantun2 pak engku ni sgt indah n kita mndpt menafaat kerana beliau sudi mengongsinya di blog kak...tq

paridah delete icon 4 November 2015 10:54 PG

indah bahasanya buat kita terpesona kan nohas...tq

paridah delete icon 4 November 2015 10:58 PG

yeke..semuanya indah tu...rezki maha luas insyaAllah...tq wak.

paridah delete icon 4 November 2015 11:00 PG

ya benar tu..tq pengubatan jeragat.

paridah delete icon 4 November 2015 11:02 PG

pantun2 peribhas yg menjelaskan maksudnya...tq atie

paridah delete icon 4 November 2015 11:09 PG

rendong ni jenis masakan kot..mcm rendang...merbah kan boleh dimasak rendang tapi pipit tidak..tq anies.

paridah delete icon 4 November 2015 11:11 PG

permainan bahasa yg indah mempesona tq zumal...

paridah delete icon 4 November 2015 11:13 PG

bahasa berkias bangsa kita perlu diteliti maksudnya...tq fidah.

paridah delete icon 4 November 2015 11:13 PG

tq wawa rajin singgah.

iryanty ahamad delete icon 5 November 2015 8:14 PG

Asalamualaikum kak..singgah pagi
:-))

paridah delete icon 5 November 2015 10:26 PTG

tq yan rajin sinnggah...

Mizz Aiza delete icon 7 November 2015 7:32 PTG

ada di antara peribahasa ini baru aiza tahu..

paridah delete icon 7 November 2015 8:59 PTG

dan kita berkongsi ilmu pak engku tentang sastera Melayu kita yg unik indah...
tq aiza.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”