بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Dalam kehidupan di dunia ini adalah lumrah akan ada orang yang kerjanya suka mencari kesalahan orang lain sahaja. Suka mengintai keburukan atau keaiban orang tanpa pernah mahu memandang ke dalam diri sendiri. Mereka akan hanya nampak kesalahan orang lain. Kesalahan sendiri langsung dia tidak nampak. 

Bak kata perbidalan, "Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tidak terkayuh." Ada juga yang jenis suka menegur kesalahan orang tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari. Ibarat kata perbidalan, " Bintang di langit dapat dibilang, tetapi tak sedar di mukanya arang!" Satu kumpulan lagi adalah jenis yang sering melihat kesalahan atau keburukan orang lain walau sekecil mana pun. Namun kesalahan besar yang di lakukannya, dia tak nampak. 

Tak ubah seperti kata perbidalan, "Kuman atau tungau di seberang laut, nampak, gajah di depan mata atau gajah di pelupuk atau bertengger di pelupuk mata, tiada nampak." Jadi janganlah kita suka menuding jari atas kesalahan atau keburukan orang lain kerana tanpa kita sedari tiga jari menuding ke arah kita. Sering-seringlah kita cerminkan diri kita sebelum kita memperkatakan akan kesalahan atau keburukan orang lain. Kita bukanlah insan yang sempura. Ada kekurangan dan kelemahannya. Renungkan dan fikir-fikirkanlah...



Kata orang tua-tua, "Kalau mengira dari satu, Kalau mengeja dari alif.
Apa pun yang kita hendak lakukan ikutlah adat dan peraturan. Jangan
main hentam keromo sahaja... Sedikit nasihat buat kawan-kawan semua.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah....


16 ulasan - "BINTANG DI LANGIT DAPAT DIBILANG TAPI TAK SEDAR MUKANYA ARANG."

Fida Z Ein delete icon 28 November 2015 10:28 PG

Terima kasih Kak atas peringatan.....cantik susun atur perkataan bagi pantun di atas... ada yang tak pernah dengar perkataannya....

nohas delete icon 28 November 2015 2:03 PTG

rimas kalau ada org mcm ni...bestnya. jarang jumpa pantun sepuluh kerat..

Cilembu thea delete icon 28 November 2015 6:20 PTG

lagi pula sangat tidak ada kerjaan orang itu menghitung bintang, sudah pasti muka seperti arang dong

Pha Is delete icon 28 November 2015 8:31 PTG

ibarat kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.. macam tu ke?

Nooriah Abdullah delete icon 28 November 2015 8:36 PTG

slmt malam P
org sekarang ni mmg mcm tu suka mencari keslaahan org sdgkan kesalahan sendiri disembunyikan

Nick Nashram delete icon 28 November 2015 9:12 PTG

biasalah orang, salah kita sampai dalam kain cari.
buat baik orang umpat, buat jahat apatah lagi.

paridah delete icon 29 November 2015 10:50 PG

Heh..heh..yela cikgu salah orang hbs dikelebeknya kan...tq nick nashram.

paridah delete icon 29 November 2015 10:52 PG

slmt mlm noor.
biasalah tu noor ..salah org cpt jer setect...tq.

paridah delete icon 29 November 2015 10:53 PG

hmm lbh kurang mcmtulah kot pha is...tq.

paridah delete icon 29 November 2015 10:55 PG

heh..heh..banyak betul masanya buat membilang bintang kan sampai xsedar penuh arang dimukanya....tq chilembu thea.

paridah delete icon 29 November 2015 10:57 PG

ramai og gini sekeliling kita nohas...pantun 10 kerat susah juga nk mengolahnya...tq nohas.

paridah delete icon 29 November 2015 10:59 PG

pantun yg indah dgn penggunaan bahasa Melayu yg klasik tu fida...tq.

iryanty ahamad delete icon 29 November 2015 3:31 PTG

jangan suka perbesarkan hal yang remeh..sehingga kesalahan yang besar diambil mudah

paridah delete icon 30 November 2015 10:42 PG

hmm betul tu yanty mslh2 kecil tu lupakan saja...tq

dear anies delete icon 30 November 2015 12:18 PTG

org skrg yg remeh tu laa yg plg bsr masalahnya

Etuza Etuza delete icon 30 November 2015 6:30 PTG

terima kasih teguran secara umum kepada semua yang membaca...semoga Etuza dan teman blogger jangan seperti dalam kata bidalan itu..tak baik sibuk cari kesalahan orang lain..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”