بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

MISTERI... DJ DIJUMPAI LEPAS HILANG 2 BULAN, TAPI SANGKA SEHARI




Pelik campur misteri. Seorang DJ sambilan yang dilaporkan hilang sejak dua bulan lalu ketika mencari siput di jeti nelayan Jalan Genting, Klang, Selangor akhirnya ditemui di lokasi yang sama, pada Jumaat.

Azhar Muhammad, 45 tahun; atau lebih dikenali sebagai DJ Kahong dikatakan ditemui orang ramai dalam keadaan dipenuhi lumpur dan tidak terurus kira-kira jam 7.30 pagi.

Berkongsi cerita tentang apa yang terjadi, dia berkata telah bertemu seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim yang mengajaknya bersembang.

Menurutnya, lelaki tua tersebut kemudian memberikan kepadanya rantai leher dan tangan yang berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil tertulis ayat al Quran.

Bertambah aneh, Azhar terkejut apabila mengetahui sudah hilang selama dua bulan kerana menyangka dia tidak pulang baharu cuma sehari.

“Saya ingat satu hari saja saya jumpa dia… rupanya dah dua bulan, saya terkejut apabila diberitahu rakan-rakan dan isteri.

“Saya tak sangka rupanya dah dua bulan saya hilang dan semua orang cari saya,”katanya kepada Sinar Harian.

Azhar dilaporkan hilang pada 10 Ogos lalu selepas dikatakan pergi ke jeti di pangkalan nelayan untuk mencari siput di kawasan hutan bakau berdekatan kira-kira jam 7 malam.

- See more at: http://pahang-ku.blogspot.my/

25 ulasan - "MISTERI DJ TERSESAT..."

tiga lalat delete icon 25 Oktober 2015 10:08 PG

sempat kawen dgn puteri bunian lettewww ;p

paridah delete icon 25 Oktober 2015 10:33 PG

heh jgn kata gitu wak..bimbang yg tersesat ke alam tu sapatau...gurau jer wak...tq

Nick Nashram delete icon 25 Oktober 2015 12:01 PTG

orang tua cakap kena sembunyi dengan orang bunian bila masuk dunia diorang tu..tak tahu betul ke x..huhu

paridah delete icon 25 Oktober 2015 2:35 PTG

kalau disembunyikan org bunian tapi dipulangkan balik oklah tu cikgu dpt merasai pengalaman yg boleh diceritakan tapi yg takut tu hilang terus...alam Allah ni sarat rahsia misterinya cikgu nick nashram...tq

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 25 Oktober 2015 2:37 PTG

seram juga

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 25 Oktober 2015 2:37 PTG

anak orang asli pun hilang tempoh hari...

Nooriah Abdullah delete icon 25 Oktober 2015 2:46 PTG

skrg ni mcm2 kes hilang lah P didengar
alhamdulillah dah pulang kepangkuan family

paridah delete icon 25 Oktober 2015 3:52 PTG

ya menyeramkan juga kisahnya...tq MKL.

paridah delete icon 25 Oktober 2015 3:58 PTG

yg biasa dgn hutan pun boleh hilang di hutan apalagi kita yg berani2 berada ditempat yg kita xbiasa kan MKL..

paridah delete icon 25 Oktober 2015 4:02 PTG

YELA NOOR SILAP LANGKAH HILANG TAH KEMANA...
SYUKUR ALHAMDULILLAH YG HILNG DH PULANG KE PANGKUAN KELUARGA...TQ NOOR.

Dunia Zumal delete icon 25 Oktober 2015 5:14 PTG

Kita pun kena beringat sama, mungkin beliau kena pilih waktu yang lebih sesuai untuk cari siput tu...

paridah delete icon 25 Oktober 2015 5:25 PTG

YELA ZUMAL KENA BERINGAT-INGAT TU...TQ ZUMAL.

Etuza Etuza delete icon 25 Oktober 2015 5:28 PTG

Subahanallah Allah maha besar..semoga kembalinya disambut dengan kesyukuran..sesungguhnya Allah maha mengetahui segala rasiah kan ..Allah hu akbar

Comtel Cell delete icon 25 Oktober 2015 6:25 PTG

aneh juga ya, mungkin masuk alam ghaib, tapi nggak tahu juga sih, hehehe....

Fidah Shah delete icon 25 Oktober 2015 8:47 PTG

Pelik tapi benar. Namun, siapa saja penghuni alam ini, hanya Penciptanya yang tahu.

paridah delete icon 25 Oktober 2015 8:51 PTG

hanya Allah yg maha mengetahui kan cikgu n kita hanya mengucap syukur kerana yg hilang ditemukan kembali...tq cikgu etuza.

paridah delete icon 25 Oktober 2015 8:53 PTG

benar tu fidah...pelik hanya pada kita sedang mengetahui rahsia alam ciptaan-Nya..tq.

paridah delete icon 25 Oktober 2015 8:55 PTG

keanehan yg amat misteri tu comtell cell...tq.

aTieYusof Family delete icon 26 Oktober 2015 9:39 PG

penuh misteri kan Kak... hanya Allah yg maha mengetahui..
syukur beliau selamat...

paridah delete icon 26 Oktober 2015 9:58 PG

yela atie syukur alhamdulillah beliau slmt pulang...tq.

Bin Muhammad delete icon 26 Oktober 2015 1:42 PTG

Kisah beliau sungguh aneh... tapi tidak mustahil berlaku.
Segalanya atas kehendak Allah...

Khai♥Rin : anies delete icon 26 Oktober 2015 3:01 PTG

pelik..tp itulah kuasa Allah...

paridah delete icon 27 Oktober 2015 12:01 PTG

benar tu BM kehendak Allah apa saja boleh berlaku...tq.

paridah delete icon 27 Oktober 2015 12:02 PTG

ya anies kuasa Allah tiada yg xmungkin...

iryanty ahamad delete icon 31 Oktober 2015 11:02 PG

Alhamdulilah jumpa balik dalam keadaan hidup

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”