Tuesday 27 October 2015

KEDAI MAKAN PUN BERPENUNGGU?

ASSALAMUALAIKUM....

MISTERI PENUNGGU KEDAI MAKAN.



Umairah  mengajak aku berjalan-jalan ke tengah kota KL membeli beberapa keperluannya  setelah wang PTPTN masuk akaunnya. Aku ikut saja menemaninya kemana langkah yang diaturnya. Seronok juga window shopping walau tidak membeli apa-apa. 

Umairah hanya nak beli sepasang kasut sukan saja. Sudah ditemui apa yang dicarinya di sebuah kedai kecil yang berhampiran dengan mall yang besar tersergam.
Memillih berbelanja di kedai-kedai kecil adalah hobi Umairah dan aku juga. 

Mall yang besar tidak pun menjanjikan kualiti barangan yang ditawarkan berbanding harganya yang tinggi lagipun memang tidak layak membeli barangan yang ternyata mahal dengan duit sedikiit yang ada di tangan. Berjimat cermat sudah semestinya lantaran wang kiriman ibu bapa di kampong sekadar menampung keperluan kehidupan seadanya.

Harapkan PTPTN setakat bayar yuran semester pengajian, buku-buku dan keperluan pembelajaran saja cukuplah. Taraf hidup di kota serba mahal sesungguhnya kadang nak bernafas pun payah. Tapi perut tetap perlu diisi. Belajar, belajar juga demi kehidupan cemerlang masa mendatang.

“Jom kita pekena nasi kandar kat restoran tu…aku dah lapar ni. Perut duk berdondang sayang dah..”

“Kau ni pantang keluar ke bandar mesti nak makan nasi kandar…”

Umairah mengangkat mukanya mengadap aku. Yang aku perasan selama aku mengiringnya berjalan dia menunduk saja tidak memperhatikan kiri kanan. Apa masalahnya? Sakit tengkok kot! Ish! Aku cuma mengagak saja.

“Mana kedainya?”

“Tu!” aku menunjukan kepadanya arah restoran yang aku maksudkan. Kelihatan ramai yang berpusu-pusu ke situ. Agaknya makanan yang dijual di situ tentu tersangatlah sedapnya justeru ramai pelanggannya.

“Ish! Taknaklah ke situ…”

“Kenapa pula? Ramai yang makan di situ. Apa salahnya kita cuba.”

“Hisih tak mahu aku. Kau tak nampak lembaga hitam besar berbulu yang duk tolak orang masuk ke situ. Ramai pula tu. Kiri kanan muka kedai semua ada.”

“Ishh! Mana ada. Aku tak nampak pun. Kau ni ada-ada saja.”

 “Aku nampak kau yang tak nampak. Kau tentu perasan kenapa aku jalan menunduk saja disini. Sebab di sini ramai suku sakat tu. Tak sanggup aku nak jeling pun.”

Ungkapan  Umairah serta-merta meremangkan romaku. Terkedu hilang bicara. Kata orang tua-tua jikalau roma menegak seram maka benarlah di sekitar kita memang ada keujudan hamba Allah yang halus sifatnya.

Aku percayakan kata Umairah bukan kerana dia kawan baik aku tapi kerana peribadinya yang sangat baik. Tidak tinggal solat, sering baca alquran juga bidang pengajiannya adalah jurusan perubatan.

“Kau tentu pernah terbaca di akhbar yang najis ditemui di tempat penyediaan nasi kandar kan.”
“Hmm apa kaitannya tu?”

“Mestilah ada kaitannya. Segala najis dan tulang-tulang adalah makanan sepesis tu. Ada faham?”

Meloya tekak aku mendengarnya. Sanggupkah aku nak makan nasi kandar lagi selepas ni?
Mungkin di kedai tidak lagi kot.

Sampai begitu sekali cara yang dilakukan peniaga-peniaga untuk meraih keuntungan kekayaan duniawi hingga sanggup bersekongkol dengan makhluk yang berlawanan sifatnya itu.


Mujur aku tidak dianugerahi  pancaindera ke enam yang terus mata seperti Umairah yang dapat melihat kewujudan mereka bila-bila saja sebab aku ni penakut sangat. Kalau terpandang mahu demam tak kebah dibuatnya. 

42 comments:

  1. nice story:) manusia akhir zaman. selalu kejar dunia dari afterlife

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAGAM N KEHENDAK MANUSIA NI PELBAGAI ADIBA...TQ.

      Delete
  2. Salam Kak PI....
    erkkk seramm membaca nya.. memang wujud perkara2 demikian kan kak... takut nak makan di tempat sebarang.. selalu sgt terbaca kisah mcm ni... huhu.. mohon dijauhkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM ATIE...YELA ATIE KENA FIKIR HALUS SIKIT SOAL MKN MINUM NI...TQ.

      Delete
  3. ishhhh mcm2...x de iman ke spesis mcm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. XTAULAH ANIES..HANYA UNTUNG DUNIA YG DIFIKIRKAN TU...TQ.

      Delete
  4. wiiih ,,, bgus2 mantap certnya ,,, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CERITA BENAR TU FIU S..KAK OLAH SAJA...TQ.

      Delete
  5. Biarpun sekadar cerpen tapi hakikatnya masih ada manusia yg lupa bila pergantungan hidup masih pada jin & syaitan sehingga membawa kekufuran. Na'uzbuillah moga semua keturunan kita dijauhi hal-hal sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU KAKZAKIE WALAU SEKADAR SECEBIS KISAH TAPI ADA KEBENARAN MAKSUD YG HENDAK DISAMPAIKAN...SEMOGA KTA DIJAUHI ALLAH PERBUATAN KEJI BEGINI..TQ.

      Delete
  6. biar betik mak Pah, kedai nasi kandar mana satuu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETULLAH TU WAK..XSEMUA KEDAI2 MKN2 YG ADA PENUNGGUNYA TAPI WAK BACALAH SIKIT2 SEBELUM MASUK...KALAU HATI RASA BERAT JGN MASUK HEH..HEH...TQ 3 LALAT.

      Delete
  7. W/salam... iya ke PI... kawan sepejabat saya pun citer mcm ni jugak... hish takut dan gelilah nak makan sembarangan di restoran2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETULTU SWEETIE...KALAU HATI RASA RAGU2 JGN MKN DI SITU...TQ.

      Delete
  8. serem juga jika benar dalam kedai itu ada penunggu yang berbulu lebat, kasihan sang pemilik kedai, taklah ada yang singgah di kedainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. PENUNGGU YG BERBULU LEBAT XKELIHATAN PADA MATAKASAR KITA YG TIADA PANCAINDERA KEENAM NI CHILEMBU THEA..TQ.

      Delete
  9. serem juga jika benar dalam kedai itu ada penunggu yang berbulu lebat, kasihan sang pemilik kedai, taklah ada yang singgah di kedainya

    ReplyDelete
  10. nasib bak saya tak dianugerahkn kelebihan tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. TENTU ALLAH ANUGERAHKAN KELEBIHANTU PADA MRK YG KUAT SEMANGAT JER TP XMCM KITA YG PENAKUT NI KAMSIAH...TQ

      Delete
  11. Takut dan seram. Bila fikirkan kenapa diaorang sanggup lakukan benda2 karut ni.

    Kak Zai pernah juga dengar cerita lebih kurang begini ada kat TI. Lepas tu tak pernah singgah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MESTI HATI2 JUGA KAN ZAI...KALAU DH DGR CERITA PELIK2 NI KAN..KAK PUN SAMA CPT JER NK MNGELAK DARI TERKAIT SAMA...TQ ZAI.

      Delete
  12. Sebab tu yan tak akan masuk kedai makan yang pelanggannya tak munasabah ramainnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. NAMPAKNYA YAN PUN TAU TENTANG CITER2 GINI YA...TQ.

      Delete
  13. Masa anak bunda masih diasrama penuh dulu pernah jugak dia bercerita sorang kawannyer tu boleh 'nampak' bende2 halus ni...

    Memang dah tertulis agaknyer...salah sorang antara kelompok di buka 'hijab' nyer unyuk memberitahu kepada majoriti....agar kita dapat bayangkan ..juga terus merasa insaf atas keujudan makhluk2 ini sama ada yang memberi manfaat atau sebaliknyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MASING2 KITA ADA KELEBIHAN SENDIRI YG DIANUGERAHI ALLAH KAN BUNDA...SBG TANDA ALLAH ITU MAHA BERKUASA...BERSYUKUR KITA DENGAN TAKDIR-NYA...TQ.

      Delete
  14. Saya susah nak makan ditempat yang saya tak biasa makan walau tempat tu ramai orang. Saya sanggup tahan lapar dan cari tempat yang biasa saya singgah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAGUS SIKAP TU...SENTIASA BERHATI-HATI. KDG APA YG KITA KATA XMUNGKIN TU SGT BESAR KEMUNGKINANNYA...TQ AIZAMIA.

      Delete
  15. Kalau la kita nie diberi pancaindera ke 6 pasti seram dibuatnya tapi kita boleh memilih dengan baik ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALLAH YG MEMILIH ADA DIANTARA KITA YG TERUS MATA YG DITUNJUKI KEKUASAAN-NYA..DAN JGN PULA KITA KATA AUTA SAJA TU...TQ ZUMAL.

      Delete
  16. macam macam ada cara untuk orang tarik pelanggan..cara gelap memang bertentangan dengan ajaran agama Islam

    ReplyDelete
  17. Menyampah kan..bila tengok orang guna cara 'kotor' untuk mengaut keuntungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ORG NK UNTUNG NIAGA SANGGUP BUAT APA SAJA FIDAH...TQ.

      Delete
  18. JGN KITA XPERCAYA CARA2 YG MENYALAHI AGAMA ADA DILAKUKAN DLM MELONJAKAN BISNIS APA SAJA...TQ HERO BORNEO.

    ReplyDelete
  19. Semuga Allah detikan dalam hati supaya menjauhkan kedai yang macam tu. Dijauhkanlah hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA NOTIE MOGA ALLAH MENJAUHI KITA DARIPADA PERKARA2 YG XKITA INGINI..TQ NOTIE.

      Delete
  20. Replies
    1. KAN ADA BEBERAPA KEDAI NASI KANDAR YG TAHAP KEBERSIHANNYA DIHEBOHKAN DLM AKHBAR BARU2 NI...TAPI CITERNI HANYA MEMBERI CONTOH DP..TQ.

      Delete
  21. bab najis tu paling geli. kalau tahu, taubat tak pergi dah kedai tu..

    ReplyDelete
  22. KALAU HATI TERASA RAGU JGN MASUK MKN DP...TERGANTUNG RASA DI HATI JUGA TU...TQ

    ReplyDelete
  23. Asalam..seram baca lah..Dunia ni makin tenat..orang sangup buat a[pa saja nak kaut keuntungan..kena hati2 PI..Etuza ada dengar kawan cakap..hal pelaris..huuu!! tak sanguplah...semoga Allah menjaga kita biar ke mana pun..InshaAllah

    ReplyDelete
  24. wsalam...yela cikgu ilmu pelaris yg menyimpang drpd ajaran agama ada yg amalkannya utk raih keuntungan dlm perniagaan...semoga kita dilindungi Allah...tq cikgu etuza.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist