بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

MISTERI PENUNGGU KEDAI MAKAN.



Umairah  mengajak aku berjalan-jalan ke tengah kota KL membeli beberapa keperluannya  setelah wang PTPTN masuk akaunnya. Aku ikut saja menemaninya kemana langkah yang diaturnya. Seronok juga window shopping walau tidak membeli apa-apa. 

Umairah hanya nak beli sepasang kasut sukan saja. Sudah ditemui apa yang dicarinya di sebuah kedai kecil yang berhampiran dengan mall yang besar tersergam.
Memillih berbelanja di kedai-kedai kecil adalah hobi Umairah dan aku juga. 

Mall yang besar tidak pun menjanjikan kualiti barangan yang ditawarkan berbanding harganya yang tinggi lagipun memang tidak layak membeli barangan yang ternyata mahal dengan duit sedikiit yang ada di tangan. Berjimat cermat sudah semestinya lantaran wang kiriman ibu bapa di kampong sekadar menampung keperluan kehidupan seadanya.

Harapkan PTPTN setakat bayar yuran semester pengajian, buku-buku dan keperluan pembelajaran saja cukuplah. Taraf hidup di kota serba mahal sesungguhnya kadang nak bernafas pun payah. Tapi perut tetap perlu diisi. Belajar, belajar juga demi kehidupan cemerlang masa mendatang.

“Jom kita pekena nasi kandar kat restoran tu…aku dah lapar ni. Perut duk berdondang sayang dah..”

“Kau ni pantang keluar ke bandar mesti nak makan nasi kandar…”

Umairah mengangkat mukanya mengadap aku. Yang aku perasan selama aku mengiringnya berjalan dia menunduk saja tidak memperhatikan kiri kanan. Apa masalahnya? Sakit tengkok kot! Ish! Aku cuma mengagak saja.

“Mana kedainya?”

“Tu!” aku menunjukan kepadanya arah restoran yang aku maksudkan. Kelihatan ramai yang berpusu-pusu ke situ. Agaknya makanan yang dijual di situ tentu tersangatlah sedapnya justeru ramai pelanggannya.

“Ish! Taknaklah ke situ…”

“Kenapa pula? Ramai yang makan di situ. Apa salahnya kita cuba.”

“Hisih tak mahu aku. Kau tak nampak lembaga hitam besar berbulu yang duk tolak orang masuk ke situ. Ramai pula tu. Kiri kanan muka kedai semua ada.”

“Ishh! Mana ada. Aku tak nampak pun. Kau ni ada-ada saja.”

 “Aku nampak kau yang tak nampak. Kau tentu perasan kenapa aku jalan menunduk saja disini. Sebab di sini ramai suku sakat tu. Tak sanggup aku nak jeling pun.”

Ungkapan  Umairah serta-merta meremangkan romaku. Terkedu hilang bicara. Kata orang tua-tua jikalau roma menegak seram maka benarlah di sekitar kita memang ada keujudan hamba Allah yang halus sifatnya.

Aku percayakan kata Umairah bukan kerana dia kawan baik aku tapi kerana peribadinya yang sangat baik. Tidak tinggal solat, sering baca alquran juga bidang pengajiannya adalah jurusan perubatan.

“Kau tentu pernah terbaca di akhbar yang najis ditemui di tempat penyediaan nasi kandar kan.”
“Hmm apa kaitannya tu?”

“Mestilah ada kaitannya. Segala najis dan tulang-tulang adalah makanan sepesis tu. Ada faham?”

Meloya tekak aku mendengarnya. Sanggupkah aku nak makan nasi kandar lagi selepas ni?
Mungkin di kedai tidak lagi kot.

Sampai begitu sekali cara yang dilakukan peniaga-peniaga untuk meraih keuntungan kekayaan duniawi hingga sanggup bersekongkol dengan makhluk yang berlawanan sifatnya itu.


Mujur aku tidak dianugerahi  pancaindera ke enam yang terus mata seperti Umairah yang dapat melihat kewujudan mereka bila-bila saja sebab aku ni penakut sangat. Kalau terpandang mahu demam tak kebah dibuatnya. 

42 ulasan - "KEDAI MAKAN PUN BERPENUNGGU?"

adiba rusli delete icon 27 Oktober 2015 9:51 PG

nice story:) manusia akhir zaman. selalu kejar dunia dari afterlife

aTieYusof Family delete icon 27 Oktober 2015 9:56 PG

Salam Kak PI....
erkkk seramm membaca nya.. memang wujud perkara2 demikian kan kak... takut nak makan di tempat sebarang.. selalu sgt terbaca kisah mcm ni... huhu.. mohon dijauhkan...

Khai♥Rin : anies delete icon 27 Oktober 2015 10:13 PG

ishhhh mcm2...x de iman ke spesis mcm ni?

Fiu S delete icon 27 Oktober 2015 10:16 PG

wiiih ,,, bgus2 mantap certnya ,,, :)

Kakzakie delete icon 27 Oktober 2015 10:56 PG

Biarpun sekadar cerpen tapi hakikatnya masih ada manusia yg lupa bila pergantungan hidup masih pada jin & syaitan sehingga membawa kekufuran. Na'uzbuillah moga semua keturunan kita dijauhi hal-hal sebegini.

tiga lalat delete icon 27 Oktober 2015 11:00 PG

biar betik mak Pah, kedai nasi kandar mana satuu?

Sweetie delete icon 27 Oktober 2015 11:02 PG

W/salam... iya ke PI... kawan sepejabat saya pun citer mcm ni jugak... hish takut dan gelilah nak makan sembarangan di restoran2 ni.

Cilembu thea delete icon 27 Oktober 2015 11:19 PG

serem juga jika benar dalam kedai itu ada penunggu yang berbulu lebat, kasihan sang pemilik kedai, taklah ada yang singgah di kedainya

Cilembu thea delete icon 27 Oktober 2015 11:19 PG

serem juga jika benar dalam kedai itu ada penunggu yang berbulu lebat, kasihan sang pemilik kedai, taklah ada yang singgah di kedainya

❤Kamsiah❤ delete icon 27 Oktober 2015 12:07 PTG

nasib bak saya tak dianugerahkn kelebihan tu..hehe

Zaitun delete icon 27 Oktober 2015 12:20 PTG

Takut dan seram. Bila fikirkan kenapa diaorang sanggup lakukan benda2 karut ni.

Kak Zai pernah juga dengar cerita lebih kurang begini ada kat TI. Lepas tu tak pernah singgah lagi.

iryanty ahamad delete icon 27 Oktober 2015 3:17 PTG

Sebab tu yan tak akan masuk kedai makan yang pelanggannya tak munasabah ramainnya..

Bunda_nora delete icon 27 Oktober 2015 3:57 PTG

Masa anak bunda masih diasrama penuh dulu pernah jugak dia bercerita sorang kawannyer tu boleh 'nampak' bende2 halus ni...

Memang dah tertulis agaknyer...salah sorang antara kelompok di buka 'hijab' nyer unyuk memberitahu kepada majoriti....agar kita dapat bayangkan ..juga terus merasa insaf atas keujudan makhluk2 ini sama ada yang memberi manfaat atau sebaliknyer...

aizamia3 delete icon 27 Oktober 2015 4:26 PTG

Saya susah nak makan ditempat yang saya tak biasa makan walau tempat tu ramai orang. Saya sanggup tahan lapar dan cari tempat yang biasa saya singgah makan.

Dunia Zumal delete icon 27 Oktober 2015 7:25 PTG

Kalau la kita nie diberi pancaindera ke 6 pasti seram dibuatnya tapi kita boleh memilih dengan baik ^-^

Hero Borneo delete icon 28 Oktober 2015 2:06 PG

macam macam ada cara untuk orang tarik pelanggan..cara gelap memang bertentangan dengan ajaran agama Islam

paridah delete icon 28 Oktober 2015 10:51 PG

RAGAM N KEHENDAK MANUSIA NI PELBAGAI ADIBA...TQ.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 10:53 PG

WSALAM ATIE...YELA ATIE KENA FIKIR HALUS SIKIT SOAL MKN MINUM NI...TQ.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 10:55 PG

XTAULAH ANIES..HANYA UNTUNG DUNIA YG DIFIKIRKAN TU...TQ.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 10:56 PG

CERITA BENAR TU FIU S..KAK OLAH SAJA...TQ.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 11:00 PG

BETUL TU KAKZAKIE WALAU SEKADAR SECEBIS KISAH TAPI ADA KEBENARAN MAKSUD YG HENDAK DISAMPAIKAN...SEMOGA KTA DIJAUHI ALLAH PERBUATAN KEJI BEGINI..TQ.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 11:03 PG

BETULLAH TU WAK..XSEMUA KEDAI2 MKN2 YG ADA PENUNGGUNYA TAPI WAK BACALAH SIKIT2 SEBELUM MASUK...KALAU HATI RASA BERAT JGN MASUK HEH..HEH...TQ 3 LALAT.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 11:05 PG

BETULTU SWEETIE...KALAU HATI RASA RAGU2 JGN MKN DI SITU...TQ.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 11:07 PG

PENUNGGU YG BERBULU LEBAT XKELIHATAN PADA MATAKASAR KITA YG TIADA PANCAINDERA KEENAM NI CHILEMBU THEA..TQ.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 11:08 PG

TQ.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 11:11 PG

TENTU ALLAH ANUGERAHKAN KELEBIHANTU PADA MRK YG KUAT SEMANGAT JER TP XMCM KITA YG PENAKUT NI KAMSIAH...TQ

Fidah Shah delete icon 28 Oktober 2015 11:11 PG

Menyampah kan..bila tengok orang guna cara 'kotor' untuk mengaut keuntungan.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 11:14 PG

JGN KITA XPERCAYA CARA2 YG MENYALAHI AGAMA ADA DILAKUKAN DLM MELONJAKAN BISNIS APA SAJA...TQ HERO BORNEO.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 11:16 PG

ORG NK UNTUNG NIAGA SANGGUP BUAT APA SAJA FIDAH...TQ.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 11:19 PG

ALLAH YG MEMILIH ADA DIANTARA KITA YG TERUS MATA YG DITUNJUKI KEKUASAAN-NYA..DAN JGN PULA KITA KATA AUTA SAJA TU...TQ ZUMAL.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 11:23 PG

BAGUS SIKAP TU...SENTIASA BERHATI-HATI. KDG APA YG KITA KATA XMUNGKIN TU SGT BESAR KEMUNGKINANNYA...TQ AIZAMIA.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 11:26 PG

MESTI HATI2 JUGA KAN ZAI...KALAU DH DGR CERITA PELIK2 NI KAN..KAK PUN SAMA CPT JER NK MNGELAK DARI TERKAIT SAMA...TQ ZAI.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 11:28 PG

NAMPAKNYA YAN PUN TAU TENTANG CITER2 GINI YA...TQ.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 11:33 PG

MASING2 KITA ADA KELEBIHAN SENDIRI YG DIANUGERAHI ALLAH KAN BUNDA...SBG TANDA ALLAH ITU MAHA BERKUASA...BERSYUKUR KITA DENGAN TAKDIR-NYA...TQ.

notie delete icon 28 Oktober 2015 12:12 PTG

Semuga Allah detikan dalam hati supaya menjauhkan kedai yang macam tu. Dijauhkanlah hendaknya.

dorsett pink delete icon 28 Oktober 2015 1:35 PTG

kedai mana satu ni???

dorsett pink delete icon 28 Oktober 2015 1:35 PTG

bab najis tu paling geli. kalau tahu, taubat tak pergi dah kedai tu..

paridah delete icon 28 Oktober 2015 3:41 PTG

YA NOTIE MOGA ALLAH MENJAUHI KITA DARIPADA PERKARA2 YG XKITA INGINI..TQ NOTIE.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 3:44 PTG

KAN ADA BEBERAPA KEDAI NASI KANDAR YG TAHAP KEBERSIHANNYA DIHEBOHKAN DLM AKHBAR BARU2 NI...TAPI CITERNI HANYA MEMBERI CONTOH DP..TQ.

paridah delete icon 28 Oktober 2015 3:47 PTG

KALAU HATI TERASA RAGU JGN MASUK MKN DP...TERGANTUNG RASA DI HATI JUGA TU...TQ

Etuza Etuza delete icon 28 Oktober 2015 4:58 PTG

Asalam..seram baca lah..Dunia ni makin tenat..orang sangup buat a[pa saja nak kaut keuntungan..kena hati2 PI..Etuza ada dengar kawan cakap..hal pelaris..huuu!! tak sanguplah...semoga Allah menjaga kita biar ke mana pun..InshaAllah

paridah delete icon 29 Oktober 2015 9:59 PTG

wsalam...yela cikgu ilmu pelaris yg menyimpang drpd ajaran agama ada yg amalkannya utk raih keuntungan dlm perniagaan...semoga kita dilindungi Allah...tq cikgu etuza.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”