Saturday 10 October 2015

KANAK-KANAK DAN ALAM SEMULAJADI...

ASSALAMUALAIKUM...

SEMUA KAWAN MATI, HANYA KAMI HIDUP




Gua Musang: Salah seorang kanak-kanak yang ditemui masih hidup selepas 48 hari hilang, mendakwa hanya mereka yang hidup manakala lima lagi rakan sudah meninggal dunia.

Siti Kasim yang juga peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa yang hilang berkata, perkara itu dimaklumkan Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya Midah Angah, 38, ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) sebaik mangsa ditemui pasukan penyelamat tengah hari semalam.

Katanya, maklumat berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh adik Midah, Henry Angah di HGM sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.

"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, " katanya.

Menurutnya, Noreen mendakwa mereka turut diberi makan oleh ‘seseorang’ menyebabkan mereka masih hidup.

“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan," katanya.

- See more at: http://pahang-ku.blogspot.my/

24 comments:

  1. Takziah kepada keluarga mangsa.. Mesti trauma mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TURUT BERSEDIH N TAKZIAH KPD KELUARGA MRK YG TERLIBAT...SAYU HATI MEMBACA KESENGSARAAN ANAK2 KECIL TU.
      TQ AIZA.

      Delete
  2. ya rabbi.. kesiannya tengok cengkung.. huurm..

    ReplyDelete
  3. YELA SITI KESIAN SUNGGUH ANAK2 KECIL NI YG LAMA TERSESAT N MENANGGUNG KELAPARAN SEKIAN LAMA...
    TQ SITI.

    ReplyDelete
  4. Kesiannya tengok anak-anak ini.
    Moga keluarga mereka diberi ketabahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela fidah..kesian sungguh...bukan senang juga nk lwn perasaan sedih justeru kehilangan yg tersayang.
      tq fidah.

      Delete
  5. Ya Allah, keciannya.. Macam mana mereka survive dlm hutan tu..

    ReplyDelete
  6. kesian kan wawa tulah yg kak duk xnbs fikir ni bgaimanakah anak2 tu boleh tersesat begitu jauh .hingga xdpt dicari sedangkan langkah anak2 tu xlah secepat mana.
    tq wawa

    ReplyDelete
  7. kesian mereka, kecik2 lagi dah melalui pengalaman menakutkan berada di dalam hutan sekian lama...tapi x faham kenapa mesti lari masuk dlm hutan..

    ReplyDelete
  8. YELA NOHAS XHBS LADI DUK FIKIR MISTERI MRK HINGGA TERSESAT DI HUTAN BGITU LAMA,,,
    TQ NOHAS.

    ReplyDelete
  9. sangat kasihan..PI kenapa kanak2 tu melarikan diri ya...tak di lawat oleh ibubapa kah tu di asrama . Etuza nak sebak membaca..tak sanggup..terasa pedih hati ibubapa..apapun tiap yg berlaku ada sebabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihan sgt kan..ntahlah cikgu xtahu kita nak andaikan apa masalah anak2 kecil yang tinggal di asrama untuk kemudahan mrk menuntut ilmu.ni...nampaknya perlu diperketat kawalannya demi keselamatan mrk..tq.

      Delete
  10. kurus sangat..gempar Malaysia..kenapa lah ..jiwa anak2 ni memborontak ke tu? sampai lari..meredah hutan dan sungai..syukurlah ada dua..mereka akan jadi sumber primer

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela cikgu menggemparkan sekali kisah kehilangan anak2 ni di hutan kerana melarikan diri takut dimarahi gurunya bermandi di sumgai..dh jadi trajedi yg memilukan semua.
      tq cikgu etuza.

      Delete
  11. Semoga mereka yang selamat kembali sihat... Amin...

    ReplyDelete
  12. moga2 gitu bersama kita doakannya.
    tq zumal.

    ReplyDelete
  13. Allahuakhbar , alhamdulilah masih panjang umur mereka..sekurang kurangnya kita semua tahu apa yang terjadi pada mereka.

    ReplyDelete
  14. YELA YANTY...ALLAH MSH MAHU MEMBERTAHU KITA KEJADIAN SEBENARNYA YG DILALUI ANAK2 KECIL ITU...TQ.

    ReplyDelete
  15. Allahuakbar... tiada apa yang mampu dikatakan.. kuasa Allah jua yg Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani... Allahuakbar..

    ReplyDelete
  16. tidak terdaya kita mengungkap apa2 kecuali bersyukur kpd Allahuakbar yg mengizinkan kita bertemu dgn anak2 yg hilng ini.
    tq KK.

    ReplyDelete
  17. sedih bila tngok kanak2 diperlakukan sbegini..

    ReplyDelete
  18. SEDIH MELIHAT KANAK2 TERSIKSA KERNA PENGALAMAN BURUK MRK
    TQ WAN MULIANI.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist