بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Cerpen:
Hujan.
Karya:
Paridah Ishak.




                                              HUJAN!
Hujan....hujan...hujan...

Musim tengkujuh sudah memasuki fasanya. Mengulangi rentak serupa saban tahun. Justeru hujan pun akan menghujani kawasan-kawasan yang tertakluk kepada perubahan cuaca alam.

"Kalau hujan ni berterusan lebat selama 2 jam pasti akan banjir kawasan kita..." Jiranku Idah bersuara gusar. Hujan mulai menitis halus di halaman rumah dan masing-masing yang seronok berbeka di serambi rumahku di petang yang redup mulai berkira-kira mengangsur diri.
“Hujan renyai begini sekejap saja rentinya tu. Duduklah dulu, minum kopi dan jamah kuihnya!”

" Ialah kak Idah. Lagipun sungai kecik kat belakang rumah kita ni nampaknya dah dipenuhi tanah tebingnya yang runtuh dan dah semakin cetek. Macamana air nak lalu. .." Sela Imah jiranku terdekat. Menambahkan fakta yang merisaukan kedua-duanya.

"Nampaknya setiap tahun kita akan menghadapi masalah serupa. Terpaksa menyapu selut dan mengemas perabot. Penat ooo...tambah kita ni dah tua...kudrat pun tak seberapa...."

"Orang yang penting tu bila kita kena banjir barulah sibuk nak mendalamkan sungai. Dah tu habis pokok pokok yang kita tanam dikorek dan dihumban sesuka hati pemandu bulldozer tu. Kononnya rizab sungai. Rizab sungai kemenda, batu pancang sempadan kan ada. Tak nampak ke...main korek ikut suka dia je..." Kak Idah melepaskan kekesalannya.

"Tak patut tu. Setiap tahun kita yang bayar cukai tanah. Cukai dibayar sedangkan tanah kita sudah jadi rizab sungai."

"Tahun ni kalau banjir lagi tentu orang penting tu suruh korek lagi sungai tu. Korek...korek...korek....sudahnya
sungai tu melebar sampai ke tepi rumah kita..." Imah menambah kegurutuannya yang terlampir dalam suaranya.

"Sepatutnya ada seseorang yang ditugaskan menjaga sungai kita ni. Memerhatikan keadaannya. Jangan biarkan semak samun yang menghalang laluan air atau bina batu-batu penghadang yang dibuat macam kat sungai Gombak tu..."
Idah seolah menggambarkan pengalamannya melewati jalanraya KL dan suasananya sewaktu dalam perjalanannya ke rumah anak-anaknya di sekitar Ampang.

Begitulah rungutan para suri rumah jiran-jiranku yang sentiasa terdengar seiring dengan hujan lebat yang turun di kampungku. Tetapi jeritan dan rungutan suri suri yang keletihan mengurusi tamu yang berkunjung setiapkali musimnya tiada siapa yang peduli. Kecuali gangguan itu menimpa orang orang kota. Maka banyaklah terowong terowong SMART yang dibina.

“Tok Ketua kampung kita tu apa dibuatnya ya? Orang asyik komplen tak berhenti tak kan dia tak perasan kot?”
“Bukan dia tak perasan bukan dia tak dengar tapi rasanya diapun banyak masalah yang nak difikirkannya. Anaknya dua orang sedang belajar di luar negara. Seorang di Mesir seorang di London. Banyak belanja untuk biaya anak yang belajar di luar negara walau ada biasiswa.  Tambah nilai duit kita yang rendah sangat masa ni.

Agaknya tok ketua kita sedang pening fikirkan duit yang perlu ditambah untuk cukupkan keperluan anak-anaknya setiap bulan. Setakat nak harapkan elaun ketua kampung tu berapalah sangat. Tok ketua pun macam kita juga, orang kampung yang hidup dengan hasil tani kampung. Lainlah mereka yang ada perniagaan yang  maju macam kawan kita yang bermahligai besar atas bukit tu..”
“Kaya sungguh kawan kita tu kan! Tapi yang peliknya diapun dapat bantuan banjir setiap kali tempat kita dilanda banjir. Sedangkan rumahnya kan di atas bukit. Manalah naik air.”

Idah dan Zai tersenyum pula seolah memahami maksud apa yang dituturkan kedua-duanya.
“Dengar kabarnya tok ketua tu akan diganti dengan tok ketua yang baru sebab ramai yang kata tok ketua tu tak buat kerja dia menjaga kesejahteraan kampung kita ni.”
“Yeke! Gitu pula ya. Mana kau tahu? Pandai-pandai saja kau ni Zai!”
“Eh! Aku tahulah, kan laki aku tu ahli JKKK…Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung yang rajin hadir bermesyuarat setiap bulan. Apa saja masalah kampung kita dibincangkan di sana.”

“Hmm! Termasuk masalah nak menukar ketua kampung kita dengan ketua kampung yang baru? Takkanlah kot. Sebab setahu aku mesyuarat JKKK akan dipengerusikan ketua kampung yang dilantik tu. Mana boleh buat usul pemecatan jawatan tok ketua dalam mesyuarat yang dipengerusikannya. Sungguh kurang sopan sekali. Tiada langsung adab dan budi bahasanya.”

“Entahlah! Mungkin usul pemecatan dibuat tika tok ketua tidak dapat hadir mesyuarat baru-baru  ni sebab sibuk menguruskan isterinya yang tiba-tiba jatuh sakit dan masuk wad pula.”
“Hmm…Kak Nah isteri tok ketua tu masuk hospital pula. Aku baru tahu. Apa pula sakit kak Nah isteri tok ketua tu Zai? Baru ni aku jumpa dia elok je. Nampak sihat!”
“Kak Nah tu masuk wad sebab keletihan sangat kot. Dia kan terlalu rajin berkerja membuat kuih-muih yang ditempah kepadanya. Agaknya dia terpaksa turut berkerja keras untuk membantu tok ketua menambah pendapatan untuk membiayai pembelajaran anak-anaknya yang di luar negara tu. Tak pasti pula apa penyakit kak Nah yang sebenarnya.”

“Kalau ada masa kita pergi melawatnya nak? Kau ajaklah laki kau tu, boleh aku ikut tumpang sekali. Maklum aku dan laki aku kan tak ada kereta. Harap boleh nak menumpang jiran sebelah yang baik ni je!”
“Boleh sangat! Kau pun memang selalu menumpang kereta aku kalau nak kemana-mana. Hidup kita berjiran ni mestilah ada sikap tolong menolong kan…”

Berbalas senyuman pula kedua-dua kawan baik yang tinggal berjiran itu.
“Tapi kalau tok ketua kita tu dipecat jawatannya, siapa pula nak menggantikannya?”
“Siapa lagi kalau bukan jiran kita yang bermahligai besar atas bukit tu?”
“Hmm…dia rupanya! Tapi kau rasa bolehkah dia selesaikan semua masalah kampung kita ni? Terutama tentang sungai cetek di belakang rumah kita ni. Dan macam-macam lagi masalah sosial di kampung kita ni? Masalah penagihan dadah! Masalah kecurian. Masalah kemiskinan! Masalah ibu tunggal! Pendekata macam-macamlah masalahnya.”

“Itu aku tak jamin. Tapi aku pun cuak juga. Dibuatnya dia pun tak mampu nak galas semua masalah kampung kita ni. Maklum dia kan sangat sibuk menguruskan bisnisnya yang segala macamtu.  Ada restoran, ada mini market, ada bengkel kejuruteraan dan lain-lain bisnis yang tak semua aku tahu.”

“ Dia kan orang muda lagi tentu lebih kuat berkerja dan berminda yang ligat berfikir untuk maju ke hadapan. Bukan macam kita yang seusia tok ketua dan tak lama lagi akan digelar warga emas. Lagipun dia tu ramai pula pembantunya. Setakat nak dalamkan sungai aku rasa langsung tiada masalah baginya. Dia pun ada jengkaut yang boleh buat semua kerja korek-mengorek sungai tu. Tentu  lepas ni projek mendalamkan sungai kampung kita ni dia yang dapat. Tiadalah lagi masalah banjir kalau hujan turun lebat sangat. Masalah yang lain tu aku tak pasti juga.”

“Betul juga tu ya! Biarkan orang muda pula yang meneruskan semua kerja-kerja penting tu demi kesejahteraan kampung kita ni. Jangan terlungkup sudah.”
Pesimis pula kenyataan Idah itu walau disertai rasa hatinya yang positif pada mulanya.

“Tentulah tidak terlungkup diuruskannya atau keadaannya lebih kurang sama saja.
Pengganti tok ketua yang  baru mesti nak tunjukan kewibawaannya melebehi yang lama. Barulah bergaya sebagai tok ketua. Tak perlu nak teruskan cara urus tok ketua yang lama yang dah ketinggalan masa tu. Mesti berfikir di luar kotak seperti ceramah pakar motivasi kat TV tu.”

Memang perlu berfikir di luar daripada kebiasaan jikalau ada kemampuannya diri melakukannya. Itupun perlu dengan hidayah Allah jua. Hatiku yang bersuara begitu.

Hujan yang rintik renyai telah seriat sebaik senja menjelang. Bicara jiran-jiran tetanggaku tidak bersambung lagi. Masing-masing telah melangkah pulang ke kediaman masing-masing.  Pasti akan akan ada pertemuannya antara mereka sekiranya masih berkesempatan.
“Kak Nah dah meninggal dunia Idah, Zai!”
“Iyalah! Tahu juga. Kan subuh tadi diumumkan di masjid. Kamipun nak pergi melawatlah ni. Jom ikut sekali. Nak ajak Imah sekali ni.”

Aku Zai, Imah dan Idah beremba seiring mengatur langkah ke rumah tok ketua Zaman di hujung kampung. Kami disambut anak-anaknya dan jiran-jiran sekampung yang telah terlebih awal tiba dengan niat berziarah juga. Berziarah jenazah yang meninggal dunia itu sunat muakad hukumnya. Amat berpahala dan mengingatkan yang hidup kepada kematian. Dan sesungguhnya kehidupan ini hanya sementara.

Zai sudah menyelesaikan bacaan surah yasin yang dihadiahkan pahalanya kepada almarhummah Kak Nah. Begitu juga aku dan Idah. Sebelum pulang kami menyalami anak-anaknya yang ketara di wajah mereka beriak sayu pilu.
“Bila kamu berdua nak pulang ke Mesir dan London? Mungkin setelah 100 hari ibu kamu berdua disemadikan kot.” Kedua beradik bertudung gelap itu saling pandang memandang antaranya.
“Entahlah mak cik Zai! Mungkin kami berdua tak ke sana lagi kot. Cadang nak sambung belajar di sini saja. Lebih dekat, lebih mudah. Yang penting lebih murah dan jimat sikit.”
“Eloklah gitu. Lagipun kesian tok ketua sendirian di rumah setelah ketiadaan ibu kamu. Adik-adik kamu berdua pun semuanya bersekolah dan tinggal di asrama. Temankanlah ayah kamu tu saat dia lalui masa dukanya sebelum kamu berdua menyambung pengajian. Mungkin masa tu jiwanya yang lemah telah pulih sedikit.”

“InsyaAllah mak cik Zai. Terima kasih makcik makcik semua yang sudi datang menziarah ibu kami.”
Manis sekali anak-anak tok ketua itu berbudi bahasa. Dan jiran-jiranku menyambutnya dengan segaris senyuman sambil terangguk-angguk.

“Jomlah kita. Kami balik dulu ya. Nanti kami datang lagi waktu jenazah nak dibawa ke tanah kubur. Harap-harap hari ni tidak hujan pula ya... sebab nampak hari dah mendung tu.”

Tamat.



22 ulasan - "HUJAN!"

iryanty ahamad delete icon 31 Oktober 2015 10:50 PG

Asalamualaikum kak...bila musim hujan hujung tahun , perkara yang paling dirisaukan adalah banjir....kalau banjir ..pasti terputus hubungan dengan jalan besar

Fidah Shah delete icon 31 Oktober 2015 11:08 PG

Banyaknya pengorbanan yang perlu dibuat untuk teruskan hidup di tanah merdeka ini.. :(

SalbiahM delete icon 31 Oktober 2015 11:31 PG

menarik cerpen kak Idah ni..moga ramai yang membaca, dan buka mata.ramai yang masih susah di bumi bertuah ni, cuma susahnya tak nampak di mata

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 31 Oktober 2015 1:24 PTG

hujan rahmat...

Dunia Zumal delete icon 31 Oktober 2015 3:46 PTG

Kesian tok ketua tu, dah kehilangan isteri pastu nak kehilangan jawatan pula...

Achmad Fazri delete icon 31 Oktober 2015 4:58 PTG

Hujan itu harus di syukuri, karena sebagian dari rezeki... Memang kita harus menjaga kebersihan agar tak terjadi banjir. Harus membersihkan sungai sungai sebagai tempat aliran air hujan, Agar setiap hujan turun lama.. tidak terjadi banjir..

Etuza Etuza delete icon 31 Oktober 2015 5:13 PTG

Asalam..PI tenang melihat sunagi mengalir..Banyakkan berdoa agar segalanya dimudahkan ya PI..ingat dan yakin Allah itu maha mendengar. kalau hujan itu hujan rahmatNya..siramilah dengan sederhana ..doa lah selalu

Etuza Etuza delete icon 31 Oktober 2015 5:14 PTG

Di mana2 pun adanya bencana alam ni PI tidak mengira walau di mana...hanya kita wajib memohon rahmat dariNya. amin

Mizz Aiza delete icon 31 Oktober 2015 9:19 PTG

musim hujan sudah bermula, di saat aiza menulis komen ini cuaca di luar hujan.. menarik penulisan cerpen kak paridah ini..

paridah delete icon 1 November 2015 10:19 PG

wsalam yanty...benar tu tempat kak pernah terkepung dlm banjir n terputus hubungan dgn luar...itu yg merisaukan sgt kalau hujan lbt hingga banjir tu..tq iryanty.

paridah delete icon 1 November 2015 10:20 PG

yela fidah x semua sisi kehidupan kita indah semata...tq.

paridah delete icon 1 November 2015 10:23 PG

yeke...tq sal..insyaAllah...kdg ada yg berkata cerpen hanya sekadar cerpen tapi bagi yg memahami boleh mentafsirnya dgn mendalam maksudnya...tq salbiah.

paridah delete icon 1 November 2015 10:24 PG

hujan rahmat dari langit...insyaAllah..tq MKL.

paridah delete icon 1 November 2015 10:25 PG

SEDIKIT KISAH POLITIK KAMPUNG TU ZUMAL...TQ.

paridah delete icon 1 November 2015 10:29 PG

BENAR TU ACHMAD FAZRI...HUJAN ADALAH RAHMAT YG PERLU DIMENAFAATI SEBAIKNYA...REZEKI YG MELIMPAH BNYK ITU PERLULAH DISENGGRA PENAMPUNGANNYA SELALU KAN...TQ.

paridah delete icon 1 November 2015 10:32 PG

WSALAM CIKGU...SETUJU DGN KOMEN CIKGU...ALLAH MENDENGAR DOA2 KITA...TIKA HUJAN JIKA BERDOA AKAN MAKBUL DOANYA...TQ

paridah delete icon 1 November 2015 10:34 PG

BENCANA BANJIR TIDAK KITA INGINI MOHON ALLAH MENJAUHI KITA DRPD MUSIBAHNYA...TQ CIKGU ETUZA.

paridah delete icon 1 November 2015 10:40 PG

MUSIM HUJAN DH MENGHAPUSKAN JEREBU ALAM KITA SYUKUR ALHAMDULILLAH...HUJAN YG LEBAT DIUJUNG TAHUN FENOMENA BIASA TEMPAT KITA...KAK SEKADAR BERCERPEN MENGAITKAN SITUASI HUJAN YG NENGANDUNG PELBAGAI MAKSUDNYA...TQ AIZA.

Puan Wawa delete icon 1 November 2015 4:09 PTG

Best baca cerita kak PI.. Seakan dekat dihati.. Musim tengkujuh dah nak datang..

paridah delete icon 2 November 2015 10:38 PG

YEKE..TQ WAWA...KISAH YG KITA ALAMI TERASA SEAKAN KISAH KITA WALAU DICERPENKAN SESIAPAPUN...

Khai♥Rin : anies delete icon 2 November 2015 12:13 PTG

hujan itu rezeki...sy sering byg kn bagaimana bumi yg x pernah ditimpa hujan

paridah delete icon 3 November 2015 11:39 PG

tanpa hujan kering kontanglah bumi...tq anies.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”