بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

CERPEN:
BUKANKU PINTA
OLEH PARIDAH ISHAK.


"Kenapa abang tu kak?"
"Kenapa pulak? Apa yang peliknya?"
Dia yang bertanya. Tetapi pertanyaannya dipulangkan tanpa jawapannya. Keresahan melanda hati samaada masih mahu mengulangi pertanyaan serupa meminta jawapan pasti.

"Suami Ita tidak pernah bercerita kenapa abangnya begitu?" Suara kakak iparnya agak mendatar seakan cuba memahami gelodak perasaan adik iparnya itu tanpa menunjukan kejengkelan hati kerana diterjah dengan pertanyaan yang tidak disenanginya.

"Kau nak tahu? Adik Azriff itu bukan ada masalah apa..."
Dia pula yang keliru dengan penjelasan yang ternyata kabur itu.

'Habis kalau tidak ada masalah kenapa abang Azriff begitu. Langsung tidak tahu mengurus diri, sehingga semua keperluannya ayah yang uruskan. Hendak mandi dimandikan, hendak makan disuapkan, hinggakan pakaiannya pun ayah yang tolong sarungkan. Pelik.Nampak abang Azriff tu cukup sifatnya macam orang lain. Maksudnya berkaki bertangan dan tidak lumpuh tapi kenapa sikapnya pemalas begitu?'

Jawapan kepada pertanyaan tentang itu mesti dicari juga. Wajah kakak iparnya direnunginya tajam.
"Apa nak buat Ita dah nasib dia nak jadi begitu." Lemah sekali luahan rasanya.
'Dah salahkan nasib pula.'

"Apa sebenarnya ceritanya kak? Ceritakanlah pada saya. Saya bukan orang lain. Ahli keluarga ini juga..."

"Betul nak tahu ni?"
"Eh! Betullah...ingat saya main-main pulak..."
Salima menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Seolahnya ia sedang melepaskan bebanan yang termengkelan di salur pernafasannya.

'Mesti ceritanya sangat menarik ni...'

"Adik Azriff tu mungkin sudah hilang semangat hidupnya. Jadi dia langsung tidak kisah dengan apa yang berlaku kepada dirinya..."

"Bagaimana pula boleh hilang semangat hidupnya?" Dia melontarkan pertanyaan sangsinya.
"Kecewa yang amat sangat kerana gagal dalam percintaannya..."
'Sebab kecewa dalam bercinta hingga jadi sampai begini. Ingatkan cerita-cerita begini berlaku dalam filem dan drama saja, Seperti kisah Laila dan Majnun. Rupanya realiti...' Zunita melayani monolog sepinya. Dia tersenyum sedikit.
'Boleh percaya ke?'

Wajah kakak iparnya berubah rona. Suram.
"Ita nampak macam tak percaya dengan cerita kakak. Kalau macam tu tak payahlah kakak nak sambung lagi..."

"Eh! Kakak ni itu pula yang disangkanya. Sebenarnya saya pelik kenapa orang yang putus cinta kecewanya begitu mendalam sekali sehingga merosakan diri sendiri?"

"Entahlah! Kakak sendiri pun tak faham. Dulu Azriff seorang yang cergas, rajin berkerja. Tapi setelah kekasihnya dikahwinkan keluarganya dengan orang lain, dia berubah mendadak..."

Terhenti pula cerita Salima di situ membuatkan Zunita kehampaan menunggu sambungannya.

"Azriff seolah terlupa dengan apa yang perlu dilakukan demi hidupnya. Kerjanya setiap hari hanya mengulangi rumah kekasihnya itu sehinggakan keluarga kekasihnya itu naik jelak dan menyampah. Kata orang-orang keluarga kekasihnya itu telah membomohkan Iman sehingga dia menjadi tidak bermaya dan tidak berupaya lagi hendak mengayuh basikal ke rumah kekasihnya..."

Kali ini dia yang terkedu. Betapa hebatnya penangan cinta itu sehingga menjadikan seorang wanita menangis berhari-hari kerana kehilangannya lalu menjadi buta. Itu antara cerita yang dia tahu.Dan kini dihadapannya seorang pemuda yang kacak lawa telah hilang kewarasan mental dan semangat hidupnya kerana cinta. Kasihan sungguh. Hebatnya penangan cinta itu.

Hatinya diserbu perasaan bimbang pula. Mengapa? Mungkin memikirkan kondisi keluarga suaminya yang merisaukan penerimaan akal sihatnya.

Kelihatan kepadanya keadaan ayah mertuanya yang juga agak tidak stabil mentalnya. Sering bercakap sendirian seolah ada teman di sisinya sambil mengutau-utaukan tangannya menunjuk ke sana sini. Hatinya cuak. Risau dirinya memikirkan apakah lagi masalah yang akan membelitinya di tengah keluarga ini.

Suatu ketika dulu sewaktu dia kecil, dia sering mengelakan diri daripada bertembung dengan seorang gila yang tinggal berhampiran masjid di kampungnya. Jikalau terjumpa juga dia akan lari sekuat hati untuk menjauhinya.

Sekarang bagaimana? Ke mana lagi dia hendak lari. Mertua dan abang iparnya yang berkeadaan begitu. Tetapi dia tidak pernah lupa mengingatkan dirinya bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah kehendak Allah jua. Ayah mertua dan abang iparnya tidak pernah meminta dijadikan sebegitu. Astaghfirullah...

Namun ayah mertuanya itu dalam keuzuran mentalnya masih mampu berkerja mencari rezeki buat menyara kehidupannya dan anaknya yang bermasalah lebih teruk daripada dirinya pula.  Kasih sayang seorang ayah itu masih menebal dalam jiwa ayah mertua Zunita. Dan Zunita mengaguminya amat.

“Ayah tu kenapa pula suka bercakap seorang diri kak?”
“Banyak rahsia keluarga ini yang tidak kau ketahui ya Ita?”
“Abang tidak pernah bercerita apapun kak! Kecuali katanya dia sejak kecil tinggal bersama kakak. Hanya cerita tentang kakak dan anak-anak kakak, suami kakak yang sering diceritakannya. Yang lain-lain saya tak tahu.”
“Azmir tidak pernah bercerita tentang emak, ayah dan abangnya?”
“Tak!”
‘Mudahnya orang sekarang mengambil keputusan membina rumahtangga tanpa terlebih dahulu menyelidiki latar belakang keluarga pasangan yang bakal dikahwini terlebih dahulu. Mungkin rasa cinta yang mendalam terhadap pilihan masing-masing mengatasi apapun kenyataan yang menimbulkan keraguan.’ Mungkin itu kesimpulan Salima. Cinta yang membawa kepada perkahwinan atau sebaliknya pula.

Sedih pula dirinya mengenangkan nasib abangnya Azrif yang tidak sebertuah diri adiknya Azmir  yang beroleh kebahgian menyatakan cintanya dengan pernikahan bersama pasangan yang dicintainya.
“Kenapa ayah tu begitu kak?”
Tersedar Salima daripada lamunannya yang panjang.
“Kata arwah mak, ayah jadi begitu selepas melihat satu tragedi yang sangat ngeri sewaktu mengayuh basikal melintasi hutan kecil pada suatu senja dalam perjalanan pulangnya ke rumah.”
“Arwah mak sudah meninggal? Maaf kak saya tak tahu pun…innalillah.”
Kesayuan hatinya menerima kabar yang tidak dijangka itu tidak memudarkan hasratnya untuk mengetahui tragedi misteri yang dialami ayah mertuanya.
“Ayah lihat apa kak?”
Salima tersenyum sekilas sebelum melayani soalan keterujaan adik iparnya.
“Ayah melihat sekumpulan orang menyembelih sesaorang.”
“Ish! Seramnya.”
.
“Sejak peristiwa tu ayah menjadi murung dan sering bertindak kasar terhadap mak.
Emak sering dipukul dan disepak terajang setiap kali datang bisikan-bisikan yang mengganggunya. Kami anak-anaknya pun sentiasa menjadi sasaran ayah melepaskan kemarahannya.

Emak bersabar dengan kerenah ayah yang sering menyakiti dirinya dan perasaannya. Namun emak semakin murung dan kesihatannya pun merosot hari demi hari. Emak meninggal dunia tika usia Azrif baru dua tahun. Kakaklah yang menjaganya daripada kecil, menyekolahkannya sehingga tamat pula pengajiannya di universiti.”
“Hmm…begitu cerita sebenarnya ya…”

Terkenang pula Zunita kepada kisah seorang jirannya yang telah hilang sikap diri asalnya yang ceria kepada suka menyepi, menyendiri dan tidak lagi mahu bertegur sapa dengan sesiapa termasuk keluarganya lantaran menyaksikan pembunuhan dan darah yang melimpah dilakukan sekumpulan perompak ke atas keluarga jirannya seorang Cina. Jiran yang baik dan sering membantunya dan keluarganya itu sudah dianggap seperti saudaranya sendiri. Dan peristiwa sadis itu amat mengesankan jiwanya. Menjadikannya trauma dan sentiasa terbawa-bawa mengganggu minda kecilnya

“Abang Zin meminang kakak walau dia tahu keadaan keluarga kakak yang diserabuti dengan masalah yang luar biasa begini dan sukar untuk diterima orang lain dalam kehidupan mereka yang sentiasa inginkan kesempurnaan dan kebahagian dalam segenap segi. Dan Azrif tidak pernah renggang dari kakak walau di mana kakak berada.”

Terkedu Zunita merenung bait-bait kata yang terluncur daripada bibir kakak iparnya.
Ternyata kepadanya Salima ini seorang yang tabah dan bersemangat waja dalam menghadapi masalah kehidupan seputarnya. ‘Apakah aku juga mampu begitu?’
Tertanya-tanya pula hati kecilnya.

Harubiru hatinya menggumpal pelbagai rona rasa yang tidak ketahuan rupanya bersalut kekesalan yang mencengkam perasaannya.
‘Mampukah aku memaafkannya kerana kesalahannya yang kurasa telah diperbuat kepadaku kerana menyembunyikan rahsia keluarganya daripada pengetahuanku selama ini. Jikalau kemaafan itu tidak  dapatku berikan bagaimana pula ku hendak mengongsi kehidupan bersama suamiku yang telah sah dengan ijab kabulnya itu? Sekiranya suamiku itu menceritakan seluruh rahsia kehidupannya kepadaku  apakah aku akan berpuas hati dan menerima seadanya apa saja seperti penerimaan abang Zin terhadap kak Salima? Apakah aku akan berfikir beribu kali sebelum bersetuju berkahwin dengannya? Kenapakah aku terlalu pesimis dalam soal ini?

Rupanya inilah takdir cintaku pula. Cinta duniawi yang tidak hakiki. Walau tidak terlalu besar pengorbanannya terrpaksa kupikul jua bebanannya.’

Zunita mengusap lembut perutnya, rahimnya telah mengandungkan benih cintanya dan suami yang dicintainya. Tidak diragui lagi akan mewarisi nasab keturunan suaminya sejak lama. Hak cahaya matanya untuk lahir ke dunia tidak harus dipertikaikan. Malah amat didambakan sebagai penyeri kehidupan, pengikat kasih sayang antaranya dan suaminya.

Soal masa depan nasab yang bakal dilahirkan kelak hanya Allah penentunya.

Tamat.




18 ulasan - "BUKANKU PINTA..."

Dunia Zumal delete icon 10 Oktober 2015 1:00 PG

Kita hanya boleh berdoa agar semuanya baik belaka jika begitu keadaannya...

iryanty ahamad delete icon 10 Oktober 2015 1:09 PG

Sesuatu peristiwa kalau kita lemah semangat memang mudah jadi jiwa kacau

Bunda_nora delete icon 10 Oktober 2015 4:21 PG

Adoi...cerpen baru dari PI, tahniah..

aTieYusof Family delete icon 10 Oktober 2015 8:43 PG

Allah jua penentu segala..Seronok baca cerpen .. lama tak baca cerpen2 ni...

paridah delete icon 10 Oktober 2015 9:28 PG

sesekali menulis karya kreatif seronok juga bunda..tq.

paridah delete icon 10 Oktober 2015 9:30 PG

benar tu atie...wah minat baca cerpen juga ya..kak saja2 upload di blog sbg simpanan ja..tq atie.

paridah delete icon 10 Oktober 2015 9:32 PG

yela yanti kalau jiwa lemah mmg mudah diganggu...ujian Allah juga tu..
tq iryanty.

paridah delete icon 10 Oktober 2015 9:35 PG

dgn berdoa bersungguh-sungguh pasti Allah permudahkan walau dlm hidup ni sentiasa diuji-Nya.

Mizz Aiza delete icon 10 Oktober 2015 12:29 PTG

Takdir Allah swt penentu segalanya.. Terdapat orang menjadi tidak siuman hanya kerana tragedi yang menyebabkannya trauma..

Fidah Shah delete icon 10 Oktober 2015 1:21 PTG

Moga kebahagiaan akan tiba.

paridah delete icon 10 Oktober 2015 4:54 PTG

betul tu fidah penyebab kpd gangguan mental xsiapa tahu
tq aiza.

paridah delete icon 10 Oktober 2015 4:55 PTG

insyaAllah fidah..tq

Khir Khalid delete icon 11 Oktober 2015 3:46 PTG

Semoga Allah jua yg membantu dengan menurunkan kebahagiaan yg hakiki... aamiin.

paridah delete icon 11 Oktober 2015 4:59 PTG

benartu kebahgiaan milik Allah n banyak ujian yg perlu dilalui sebelum kbhgian menjadi milik hakiki.
tq KK.

wan muliani delete icon 11 Oktober 2015 9:41 PTG

bukan ku pinta lahir ke dunia.. tp kita sbg manusia mestilah bersyukur

paridah delete icon 12 Oktober 2015 11:41 PG

HMM..BEGITULAH WAN MULIANI..WALAU TERDEETAK DI HATI GITU SUDAH BERDOSA...ASTAGFIRULLAH.
TQ..

Fifi Fizah delete icon 15 Oktober 2015 11:16 PG

best cerpen nya kak..last baca cerpen zamn sek mnngah..fizah pun suka layan cerpen nim..hehee

Khai♥Rin : anies delete icon 15 Oktober 2015 4:07 PTG

tiada siapa yg meminta utk dilahirkn ke dunia... tapi...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”