Thursday 17 September 2015

SUBUH SUNYI...

ASSALAMUALAIKUM...

Subuh memang sunyi pun. Hanya suara serangga-serangga yang tidak ketahuan jenisnya mersik halus. Kalau hujan tentu kita pasti suara katak yang menggema. Bukan katak-katak tu memanggil hujan kot...tapi mungkin sedang berzikir dan memohon hujan agar berhenti justeru hujan yang lama mencurah menyebabkan makhluk-makhluk Allah itu kedinginan amat.

Dan subuh yang hadir mutakhir ini menjadi terlalu sunyi kerana suara muazin tidak mengumandangkan azan daripada surau yang berhampiran menyeru menunaikan solat untuk menuju kejayaan. Kenapa jadi begitu? Tentulah ada sebabnya. Jikalau tidak tentu tidak terabai surau dengan suara yang penuh hikmat itu.

Sebenarnya tok bilalnya tiba-tiba demam dan tidak dapat nak menapak ke surau pada setiap subuh hari. Betapa berharga suara tok bilal yang sering mengumandangkan azan itu dirasakan setelah suaranya tidak terdengar lagi. Begitu kehilangan sekali.

Dahulu tukang azannya adalah jiranku Md. Rodi. Setiap subuh akan terdengar langkahnya yang diatur dengan derap yang serupa ritmanya. Dan kami semua jirannya sangat kenal dengan derap langkah yang teratur mencelah subuh sunyi itu.Kini tidak ketara lagi ritma langkah itu lantaran beliau telah melangkah jauh meninggalkan kenangan murni itu untuk menemui Ilahi yang menjanjikan kejayaan.

Al-fatihah untuk arwah Md. Rodi yang sangat baik itu. Dan tempatnya yang istimewa itu diganti jiranku bang Din dengan segera. Surau itu tidak sempat sunyi dengan laungan azan. Tiba-tiba bang Din demam pula. Demam urat kata isterinya kerana terlalu rajin berkerja. Tidak ada lagi suara azan yang menerjah subuh sunyi walau tetap kedengaran azan dari masjid yang sayup-sayup kejauhan.

Aku pula yang kegelisahan justeru merasakan azan yang tidak kedengaran menemani subuhku adalah suatu kehilangan yang tidak tahu bagaimana hendak digambarkan...



grafik pak engku.

30 comments:

  1. Semoga surau itu tidak lama kesunyian dan akan ada penggantinya sementara tok bilal sembuh. Memang akan terasa bila azan yang sentiasa dilaungkan tiba-tiba tiada. Seperti satu kehilangan dan kekurangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah BM...azan sudah kembali bergema di subuh hari...ada yg prihatin kehilangan laungan suara azan yg mersik syahdu tika masuk waktunya.
      tq BM

      Delete
  2. Allah, semoga bilal cepat sembuh.. Perlu ada muazim muda sebagai back up supaya surau atau masjid sentiasa dihidupkN..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. benartu wawa..kalau di msjid ramai muazin muda yg boleh melaungkan azan tapi surau kecil tepi rumah kak tu xramai anak kariahnya ...yg muda2 rasa segan pula kalau tiba2 ambil alih tugas yg dilakukan yg dewasa...tq wawa.

      Delete
  3. suara azan memecah keheningan subuh..semoga bilal sembuh seperti biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm...insyaAllah nohas..pak bilal sembuh dah...tq.

      Delete
  4. Salam Sis PI. Semuga suara azan kan berkumandangan selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam notie...suara azan yg berkumandang mengingatkan kita kefardhuannya...tq.

      Delete
  5. Alahai... kesian... syafakallah tok bilal... moga segera sembuh dr demam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah nora biasalah kita ni xsht sentiasa ada masa sakit juga...tq

      Delete
  6. Jadi ingat mushola di blok ku jg kadang ada yg adzan kadang tidak. Sedih rasanya. Kadang sy berandai-andai jika perempuan boleh adzan dan mengimami laki-laki dan perempuan di musholla dan masjid, saya ingin jadi imam dan muadzzinnya

    ReplyDelete
  7. wah bersemanagt dlm ibadah nengadap Allah..tahniah..tapi ketetapan Allah itu yg terbaik utk hamba-hamba-Nya
    tq llu'luatun nashihah..

    ReplyDelete
  8. shubuh itu wktu yg sangat indah dan tenang ... :)

    ReplyDelete
  9. Bila membaca kisah insan yg melaungkan azan pasti kisah Bilal bin Rabah akan menerjah balik pada minda kita. Beruntung mereka yg bergelar 'bilal' kerana sentiasa menyeru umat islam utk mendirikan solat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HMM...BENAR TU...KISAH BILAL BIN RABAH SHBT NABI SAW YG LAUNGAN AZANNYA DIDENGAR HINGGA SYURGA...DAKWAH SEORANG BILAL MENGAZAN SETIAP KALI MASUK WAKTU SOLAT BESAR SEKALI GANJARAN PAHALANYA INSYAALLAH
      TQ KAKZAKIE.

      Delete
  10. Semoga surau terus di imarahkan.... alfatihah dan doanya untuk arwah mohd rodi.. besar jasa beliau.. dikenang2 dan disebut2 penduduk sekitar...

    ReplyDelete
  11. TKSH CIKGU...BENAR TU CIKGU...JASA ALLAHYARHAM BILAL MAT RODI SENTIASA DIKENANGI KAMI JIRAN2 SEKAMPUNGNYA
    TQ MUHD NIZAM.

    ReplyDelete
  12. begitu pentingnya peranan seorang bilal.. betapa besar pahalanya di sisi Allah swt.. doakan semoga beliau cepat sembuh..

    ReplyDelete
  13. begitulah aiza...nampaknya pak bilal dh semakin sht n suaranya lantang merdu melaung azan..tq aiza.

    ReplyDelete
  14. dengar azan di subuh hari boleh jadi terapi minda PI ...

    ReplyDelete
  15. hmm bebar tu qv...subuh hening tenang jiwa...tq

    ReplyDelete
  16. Suka suasana damai subuh... Al-fatihah untuk arwah Md. Rodi. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dikalangan org2 yg beriman... aamiin.

    ReplyDelete
  17. damai sekali suasana subuh yg menenangkan jiwa...aamiin doanya tksh banyak..terharu pula kak mengenangkan arwah mat rodi jiran kak yg baik ni KK...tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist