بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Subuh memang sunyi pun. Hanya suara serangga-serangga yang tidak ketahuan jenisnya mersik halus. Kalau hujan tentu kita pasti suara katak yang menggema. Bukan katak-katak tu memanggil hujan kot...tapi mungkin sedang berzikir dan memohon hujan agar berhenti justeru hujan yang lama mencurah menyebabkan makhluk-makhluk Allah itu kedinginan amat.

Dan subuh yang hadir mutakhir ini menjadi terlalu sunyi kerana suara muazin tidak mengumandangkan azan daripada surau yang berhampiran menyeru menunaikan solat untuk menuju kejayaan. Kenapa jadi begitu? Tentulah ada sebabnya. Jikalau tidak tentu tidak terabai surau dengan suara yang penuh hikmat itu.

Sebenarnya tok bilalnya tiba-tiba demam dan tidak dapat nak menapak ke surau pada setiap subuh hari. Betapa berharga suara tok bilal yang sering mengumandangkan azan itu dirasakan setelah suaranya tidak terdengar lagi. Begitu kehilangan sekali.

Dahulu tukang azannya adalah jiranku Md. Rodi. Setiap subuh akan terdengar langkahnya yang diatur dengan derap yang serupa ritmanya. Dan kami semua jirannya sangat kenal dengan derap langkah yang teratur mencelah subuh sunyi itu.Kini tidak ketara lagi ritma langkah itu lantaran beliau telah melangkah jauh meninggalkan kenangan murni itu untuk menemui Ilahi yang menjanjikan kejayaan.

Al-fatihah untuk arwah Md. Rodi yang sangat baik itu. Dan tempatnya yang istimewa itu diganti jiranku bang Din dengan segera. Surau itu tidak sempat sunyi dengan laungan azan. Tiba-tiba bang Din demam pula. Demam urat kata isterinya kerana terlalu rajin berkerja. Tidak ada lagi suara azan yang menerjah subuh sunyi walau tetap kedengaran azan dari masjid yang sayup-sayup kejauhan.

Aku pula yang kegelisahan justeru merasakan azan yang tidak kedengaran menemani subuhku adalah suatu kehilangan yang tidak tahu bagaimana hendak digambarkan...



grafik pak engku.

30 ulasan - "SUBUH SUNYI..."

Bin Muhammad delete icon 17 September 2015 9:28 PG

Semoga surau itu tidak lama kesunyian dan akan ada penggantinya sementara tok bilal sembuh. Memang akan terasa bila azan yang sentiasa dilaungkan tiba-tiba tiada. Seperti satu kehilangan dan kekurangan...

Puan Wawa delete icon 17 September 2015 9:32 PG

Allah, semoga bilal cepat sembuh.. Perlu ada muazim muda sebagai back up supaya surau atau masjid sentiasa dihidupkN..")

nohas delete icon 17 September 2015 9:50 PG

suara azan memecah keheningan subuh..semoga bilal sembuh seperti biasa..

Nieyl delete icon 17 September 2015 10:02 PG

Salam pagi....
sunyi...tenang....

notie delete icon 17 September 2015 10:43 PG

Salam Sis PI. Semuga suara azan kan berkumandangan selalu

Nora Karim delete icon 17 September 2015 11:07 PG

Alahai... kesian... syafakallah tok bilal... moga segera sembuh dr demam....

Lu'luatun Nashihah delete icon 17 September 2015 11:08 PG

Jadi ingat mushola di blok ku jg kadang ada yg adzan kadang tidak. Sedih rasanya. Kadang sy berandai-andai jika perempuan boleh adzan dan mengimami laki-laki dan perempuan di musholla dan masjid, saya ingin jadi imam dan muadzzinnya

paridah delete icon 17 September 2015 2:04 PTG

wah bersemanagt dlm ibadah nengadap Allah..tahniah..tapi ketetapan Allah itu yg terbaik utk hamba-hamba-Nya
tq llu'luatun nashihah..

Fiu S delete icon 17 September 2015 2:06 PTG

shubuh itu wktu yg sangat indah dan tenang ... :)

paridah delete icon 17 September 2015 2:17 PTG

ya benar tu fiu s..tq.

Kakzakie delete icon 17 September 2015 2:19 PTG

Bila membaca kisah insan yg melaungkan azan pasti kisah Bilal bin Rabah akan menerjah balik pada minda kita. Beruntung mereka yg bergelar 'bilal' kerana sentiasa menyeru umat islam utk mendirikan solat...

Sobri Yaacob delete icon 17 September 2015 2:21 PTG

subhnaallah ...

paridah delete icon 17 September 2015 2:28 PTG

insyaAllah nora biasalah kita ni xsht sentiasa ada masa sakit juga...tq

paridah delete icon 17 September 2015 2:30 PTG

wsalam notie...suara azan yg berkumandang mengingatkan kita kefardhuannya...tq.

paridah delete icon 17 September 2015 2:31 PTG

wsalam nieyl.
hmm..tq

paridah delete icon 17 September 2015 2:33 PTG

hmm...insyaAllah nohas..pak bilal sembuh dah...tq.

paridah delete icon 17 September 2015 2:48 PTG

benartu wawa..kalau di msjid ramai muazin muda yg boleh melaungkan azan tapi surau kecil tepi rumah kak tu xramai anak kariahnya ...yg muda2 rasa segan pula kalau tiba2 ambil alih tugas yg dilakukan yg dewasa...tq wawa.

paridah delete icon 17 September 2015 2:57 PTG

insyaAllah BM...azan sudah kembali bergema di subuh hari...ada yg prihatin kehilangan laungan suara azan yg mersik syahdu tika masuk waktunya.
tq BM

muhammad nizam delete icon 17 September 2015 9:02 PTG

Semoga surau terus di imarahkan.... alfatihah dan doanya untuk arwah mohd rodi.. besar jasa beliau.. dikenang2 dan disebut2 penduduk sekitar...

paridah delete icon 17 September 2015 9:59 PTG

HMM...BENAR TU...KISAH BILAL BIN RABAH SHBT NABI SAW YG LAUNGAN AZANNYA DIDENGAR HINGGA SYURGA...DAKWAH SEORANG BILAL MENGAZAN SETIAP KALI MASUK WAKTU SOLAT BESAR SEKALI GANJARAN PAHALANYA INSYAALLAH
TQ KAKZAKIE.

paridah delete icon 17 September 2015 10:00 PTG

TQ SOBRI.

paridah delete icon 17 September 2015 10:06 PTG

TKSH CIKGU...BENAR TU CIKGU...JASA ALLAHYARHAM BILAL MAT RODI SENTIASA DIKENANGI KAMI JIRAN2 SEKAMPUNGNYA
TQ MUHD NIZAM.

Mizz Aiza delete icon 18 September 2015 10:22 PG

begitu pentingnya peranan seorang bilal.. betapa besar pahalanya di sisi Allah swt.. doakan semoga beliau cepat sembuh..

paridah delete icon 18 September 2015 2:15 PTG

begitulah aiza...nampaknya pak bilal dh semakin sht n suaranya lantang merdu melaung azan..tq aiza.

Qaseh Vee delete icon 18 September 2015 10:22 PTG

dengar azan di subuh hari boleh jadi terapi minda PI ...

paridah delete icon 18 September 2015 10:28 PTG

hmm bebar tu qv...subuh hening tenang jiwa...tq

Khir Khalid delete icon 20 September 2015 7:20 PTG

Suka suasana damai subuh... Al-fatihah untuk arwah Md. Rodi. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dikalangan org2 yg beriman... aamiin.

paridah delete icon 20 September 2015 9:47 PTG

damai sekali suasana subuh yg menenangkan jiwa...aamiin doanya tksh banyak..terharu pula kak mengenangkan arwah mat rodi jiran kak yg baik ni KK...tq

wan muliani delete icon 20 September 2015 10:59 PTG

AMINN...

paridah delete icon 21 September 2015 12:11 PTG

tq wan muliani.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”