بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kapal yang bocor

Kapal itu telah meninggalkan pelabuhan
sarat muatannya berat bebanannya

kadang melinglung dipukul ombak ganas
kadang tersasar laluan dihempas badai

Namun terus belayar dengan sabar
meredah situasi demi situasi
tanpa mengira nasib diri

Di tengah lautan pelayarannya terhenti
segara luas nan tidak bertepi 
tidak gagah lagi direnangi



Dan
tiada yang menangisi nasib dirinya
mahu berpayah membaiki kebocorannya

Kini sendirian bermain gelombang
bertemankan camar yang singgah di tiangnya
yang pasti bakal tenggelam
ke dasar lautan perlahan-lahan
untuk menjadi tukun ikan ikan

Paridah Ishak.

kapal tua.. by eswin
PIC GOOGLE IMAGES


14 ulasan - "KAPAL YANG BOCOR..."

Etuza Etuza delete icon 20 September 2015 5:22 PTG

sedih membaca ni PI...apa kan daya

paridah delete icon 20 September 2015 5:26 PTG

hmm..itulah kehidupan...tq cikgu etuza.

Khir Khalid delete icon 20 September 2015 7:11 PTG

Adakala dalam kehidupan ini ada yg tertewas... bahagian masing2 kan kak...

paridah delete icon 20 September 2015 8:22 PTG

hmm skrip hidup kita berbeza-beza kan KK.. tq.
sedihkan kalau tertewas...

Dunia Zumal delete icon 20 September 2015 8:34 PTG

Mendalam maksudnya... Moga ada yang membantu kapal itu...

paridah delete icon 20 September 2015 10:06 PTG

puisi satira luahan hati..
tq zumal memahami maksudnya yg sederhana saja xsesukar mana.

wan muliani delete icon 20 September 2015 10:48 PTG

ada maksud yang tersirat.. #deep

abuikhwan delete icon 20 September 2015 11:06 PTG

Assalamualaikum kak,
Fitrah...setiap permulaan pasti ada perhentian.
"Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." (surah Rahman: 26-27)





Bin Muhammad delete icon 21 September 2015 12:32 PTG

Bukan pelayar mahukan kapalnya bocor tetapi kadang kala takdir dan ketentuan Ilahi itu sekar dijangkakan. Pasti ada hikmah yang perlu direnungkan...

paridah delete icon 21 September 2015 4:06 PTG

maksud tersirat yg mudah difahami tu...tq wan muliani.

paridah delete icon 21 September 2015 4:11 PTG

wsalam dik ustaz...benar tu tiada yg kekal di alam fana ini kecuali Dia.
pengakhiran suatu episod kehidupan yg walau mendukakan wajar diterima dgn reda.
tq abuikhwan pencerahannya.

paridah delete icon 21 September 2015 4:15 PTG

hmm...pelayar hanya mahukan kesempurnaan akan kapalnya..
hikmah Allah sentiasa ada dlm setiap ketentuan-Nya...insyaAllah.
tq BM.

Mizz Aiza delete icon 21 September 2015 8:27 PTG

ketabahan sebuah kapal di dalam mengharungi liku-liku kehidupannya..

paridah delete icon 22 September 2015 11:51 PG

hmm ketabahan yg kental...tq aiza.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”