بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Bilang-bilang silang menyilang
     leka berjalan kala petang
Siang hilang malam menjelang
     di mana bulan di mana bintang


Kaca bersilau disepuh mentari
     tiada bayang di tiang pagar
bintang berkilau dinihari
     rembulan hilang ditelan fajar



Anak mami esak tersedu
     duri tajam menyucuk pipi
malam sunyi lena beradu
     mata terpejam dibuai mimpi



Tersenyum manja dara jelita
     buah kepayang di dalam jala
sebentar saja malam gelita
    cahaya siang menjelma pula



23 ulasan - "BERPANTUN BERSAMA OTHMAN K.LEE..."

Abam Kie delete icon 21 September 2015 8:52 PG

sedapnya pantun di atas...berpantun budaya kita jadi amalkan selalu...

paridah delete icon 21 September 2015 9:50 PG

INSYA ALLAH...BERPANTUN SUKA2...TQ CIKGU ABAM KIE.

Puan Wawa delete icon 21 September 2015 9:58 PG

Sedapnya pantun PI..")

safurara delete icon 21 September 2015 10:21 PG

wahhhhhh, hehehe, salam pagi~

nohas delete icon 21 September 2015 10:41 PG

suka baca pantun-pantun...kreatif..

Etuza Etuza delete icon 21 September 2015 11:19 PG

asalam Pi sekali lagi terpanah oleh pantun nan indah..

Bin Muhammad delete icon 21 September 2015 12:38 PTG

Sungguh indah negeri Melaka,
Tuah laksamana gagah perkasa,
Pantun Kak Paridah indah belaka,
Tersirat makna dalam bahasa. :)

Kakzakie delete icon 21 September 2015 12:40 PTG

Indah sungguh pantun direka
madah tersusun cantik belaka.

AMIIZAA delete icon 21 September 2015 12:42 PTG

salams kak
cantiknya bahasa pantun
sedap dibaca
saya dari dulu tak pandai nak menyusun ayat utk berpantun

Achmad Fazri delete icon 21 September 2015 4:23 PTG

Pergi ke pasar membeli buah
dengan membawa kendaraan
menjadi orang besar tidaklah susah
butuh usaha dan pengorbanan

paridah delete icon 21 September 2015 4:39 PTG

wah pandai achmad fazri berpantun...tq

Dunia Zumal delete icon 21 September 2015 4:40 PTG

Berjalan-jalan di kaki lima
Sambil minum minuman tin
Empat hari lagi raya menjelma
Maaf dipinta zahir batin

paridah delete icon 21 September 2015 4:43 PTG

wsalam amiiza..
tq amiiza berpantun sesuka hati jer.

paridah delete icon 21 September 2015 4:56 PTG

mohon maaf zahir batin zumal selamat berhari raya korban.

warna suria merah jingga
kala senja tabiri alam
hari raya menjelma juga
pasti gembira berjabat salam
tq zumal.

paridah delete icon 21 September 2015 5:01 PTG

tq kak zakie.
pantun direka sesuka hati
mengisi ruang masa yg sepi.

paridah delete icon 21 September 2015 5:04 PTG

heh..heh..
indah sungguh pantun BM...
segan pula nk membalasnya.
tqBM...

paridah delete icon 21 September 2015 5:07 PTG

wsalam cikgu..
sesekali berpantun pula..
tq cikgu etuza.

paridah delete icon 21 September 2015 5:09 PTG

tq nohas...penat juga nk mengkreatifkan pantun ni heh..heh..

paridah delete icon 21 September 2015 5:10 PTG

salam pagi safurara...tq

paridah delete icon 21 September 2015 5:11 PTG

yeke..insyaAllah...tq wawa.

Mizz Aiza delete icon 21 September 2015 8:22 PTG

sungguh indah bait-bait pantun.. nak berpantun aiza tak pandai, hehe..

paridah delete icon 21 September 2015 9:19 PTG

tksh aiza sekali sekala suka juga berpantun,,heh..heh..

Khir Khalid delete icon 23 September 2015 1:57 PTG

Pantun menyuntik semangat diri...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”