Tuesday 22 September 2015

AURA WAJAH...

ASSALAMUALAIKUM….




MEMBACA AURA DI WAJAH….

Agaknya pernah tak kalau kita berhadapan dengan seseorang hati kita akan cuba-cuba membaca apa yang ada di wajahnya walau tidak jelas tertulis.

Berdasarkan kepada pandangan kita mudah saja untuk membuat kesimpulan.

Seorang lelaki yang wajahnya berseri tapi ada rona kehitaman di dahinya akan kita jumlahkan sebagai seorang yang waraq’. beriman dan rajin bersolat, wajah seseorang begini menenangkan hati kita untuk mendampinginya tanpa ada rasa curiga.

Rajin-rajinlah bersolat malam dan siang sekiranya aura wajah suci murni ingin diperolehi. Lagipun melakukan solat fardhu atau sunat adalah tuntutan Islam agama kita yang syumul.

Kadang hanya meneliti raut wajah seseorang itu hati kita berkata beliau ini seorang yang berilmu, berkarisma dan bijak amat.


Ilmu yang di dadanya terpancar di wajahnya walau kita sendiri tidak tahu sebanyak mana ilmu yang dimilikinya. Sebab itu kala melihat wajah anak-anak kita yang terpampang di mana-mana media kerana menyambung pengajian, menuntut ilmu hati kita terpesona menatap keserian wajah wajah mereka yang cantik, kacak bergaya.

Jadi kalau inginkan wajah dengan aura yang memancar-mancar serinya kenalah rajin menuntut ilmu. Tentulah ilmu kebaikan. Bukan yang sebaliknya. Dan mereka yang berilmu pelik-pelik ni auranya pun pelik juga.

Boleh juga amalkan doa-doa tika berwuduk membasuh wajah dan melihat cermin.

Dan berselawat banyak-banyak 1000 kali….tak sampai 1000 kali pun tak mengapa asalkan sentiasa tidak lupa berselawat nabi saw.

Keyakinan pada diri sendiri juga akan menyerlahkan aura positif yang akan meningkatkan semangat menghadapi kenyataan kehidupan....insyaAllah.

26 comments:

  1. mugo2 negara akan tetep aman daman sejahtera sentosa senantiasa., aminn ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin...sama2 kita mendoakannya...tq tiga lalat.

      Delete
  2. InsyaAllah, peringatan yang bermanfaat ni... sesetengah kita tahu, tapi alpa dan lalai... begitu juga diri ini...terima kasih kerana mengingatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bunda nora.
      mengingatkan diri sendiri sebenarnya.

      Delete
  3. InsyaAllah...jika wajah sentiasa disirami air wuduk, akan terpancar cahaya. Kita sendiri boleh melihat dan menilainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm benar tu...terserlah aura di wajah jika rajin berwuduk.
      tqBM.

      Delete
  4. Tapi jgn pula sebarang membuat firasat.
    Ada tu muka nampak biasa tapi bila bersuara baru tahu orgnya punya profession tinggi.
    Berwudhuk selain muka berseri dpt hilangkan mengantuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm xbaik berprasangka gitu...mrk yg pro ni pembawakan dirinya sederhana saja.
      berwuduk menyegarkan diri juga.
      tq kakzakie.

      Delete
  5. Amalkan air wudhuk untuk awet muda hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu zai...sambil berwuduk basuh wajah niat di hati spy wajah kita cerah berseri.
      tq zai.

      Delete
  6. Wajah Zumal tak ada aura kot ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah ada auranya tu yg pandang wajah kita bukan kita tapi org lain.
      tq zumal.

      Delete
  7. mnarik post ni...

    hrap2 ada aura pada muka jie ni..hehe..

    ReplyDelete
  8. tq jie.
    insyaAllah wajah jie berseri dgn auranya.

    ReplyDelete
  9. aura wajah dapat tercermin atas ketulusan hati dan kemuliaan jiwa, jika itu adanya maka aura yang muncul di wajah pun akan terlihat indah dipandang mata

    ReplyDelete
  10. Semoga akan bertambah ramai Umat Muhammad yang memiliki sinar cahaya di wajah...

    ReplyDelete
  11. INSYA ALLAH...UMAT MUHAMMAD ADA AURA SERI DI WAJAHNYA...TQ CIKGU ETUZA.

    ReplyDelete
  12. Wajah juga mencerminkan hati....

    ReplyDelete
  13. HMM WAJAH CERMINAN HATI...TQ FIDAH.

    ReplyDelete
  14. kecantikan luaran juga lahir hasil dari kecantikan dalaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm cantik dalaman pasti cantik luaran...tq aiza.

      Delete
  15. In shaa Allah... ibarat pepatah, berkawan dgn penjual minyak wangi, lama2 kita pun akan berbau wangi.. subhanallah walhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kawan2 baik kita turut mempengaruhi auura yg ketara di wajah kita...tq KK...

      Delete
  16. Setiap org ada aura... betul la tu... kadang kalau kita tgk org nmpk pelik sikit mesti tak nak kawan... xer tgk budak2... kenal 2-3 minit... terus boleh jd kawan.. hehehe

    ReplyDelete
  17. ya kita miliki aura tersendiri yg membuatkan kita disenangi....tq nora karim.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist