بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM….




MEMBACA AURA DI WAJAH….

Agaknya pernah tak kalau kita berhadapan dengan seseorang hati kita akan cuba-cuba membaca apa yang ada di wajahnya walau tidak jelas tertulis.

Berdasarkan kepada pandangan kita mudah saja untuk membuat kesimpulan.

Seorang lelaki yang wajahnya berseri tapi ada rona kehitaman di dahinya akan kita jumlahkan sebagai seorang yang waraq’. beriman dan rajin bersolat, wajah seseorang begini menenangkan hati kita untuk mendampinginya tanpa ada rasa curiga.

Rajin-rajinlah bersolat malam dan siang sekiranya aura wajah suci murni ingin diperolehi. Lagipun melakukan solat fardhu atau sunat adalah tuntutan Islam agama kita yang syumul.

Kadang hanya meneliti raut wajah seseorang itu hati kita berkata beliau ini seorang yang berilmu, berkarisma dan bijak amat.


Ilmu yang di dadanya terpancar di wajahnya walau kita sendiri tidak tahu sebanyak mana ilmu yang dimilikinya. Sebab itu kala melihat wajah anak-anak kita yang terpampang di mana-mana media kerana menyambung pengajian, menuntut ilmu hati kita terpesona menatap keserian wajah wajah mereka yang cantik, kacak bergaya.

Jadi kalau inginkan wajah dengan aura yang memancar-mancar serinya kenalah rajin menuntut ilmu. Tentulah ilmu kebaikan. Bukan yang sebaliknya. Dan mereka yang berilmu pelik-pelik ni auranya pun pelik juga.

Boleh juga amalkan doa-doa tika berwuduk membasuh wajah dan melihat cermin.

Dan berselawat banyak-banyak 1000 kali….tak sampai 1000 kali pun tak mengapa asalkan sentiasa tidak lupa berselawat nabi saw.

Keyakinan pada diri sendiri juga akan menyerlahkan aura positif yang akan meningkatkan semangat menghadapi kenyataan kehidupan....insyaAllah.

26 ulasan - "AURA WAJAH..."

tiga lalat delete icon 22 September 2015 10:12 PG

mugo2 negara akan tetep aman daman sejahtera sentosa senantiasa., aminn ;p

Bunda_nora delete icon 22 September 2015 10:49 PG

InsyaAllah, peringatan yang bermanfaat ni... sesetengah kita tahu, tapi alpa dan lalai... begitu juga diri ini...terima kasih kerana mengingatkan..

Bin Muhammad delete icon 22 September 2015 11:56 PG

InsyaAllah...jika wajah sentiasa disirami air wuduk, akan terpancar cahaya. Kita sendiri boleh melihat dan menilainya.

Kakzakie delete icon 22 September 2015 12:42 PTG

Tapi jgn pula sebarang membuat firasat.
Ada tu muka nampak biasa tapi bila bersuara baru tahu orgnya punya profession tinggi.
Berwudhuk selain muka berseri dpt hilangkan mengantuk..

Zaitun delete icon 22 September 2015 2:15 PTG

Amalkan air wudhuk untuk awet muda hehe....

Dunia Zumal delete icon 22 September 2015 2:52 PTG

Wajah Zumal tak ada aura kot ^-^

Jie Susanos delete icon 22 September 2015 5:46 PTG

mnarik post ni...

hrap2 ada aura pada muka jie ni..hehe..

paridah delete icon 22 September 2015 8:53 PTG

tq jie.
insyaAllah wajah jie berseri dgn auranya.

paridah delete icon 22 September 2015 8:55 PTG

mestilah ada auranya tu yg pandang wajah kita bukan kita tapi org lain.
tq zumal.

paridah delete icon 22 September 2015 8:58 PTG

benar tu zai...sambil berwuduk basuh wajah niat di hati spy wajah kita cerah berseri.
tq zai.

paridah delete icon 22 September 2015 9:02 PTG

hmm xbaik berprasangka gitu...mrk yg pro ni pembawakan dirinya sederhana saja.
berwuduk menyegarkan diri juga.
tq kakzakie.

paridah delete icon 22 September 2015 9:04 PTG

hmm benar tu...terserlah aura di wajah jika rajin berwuduk.
tqBM.

paridah delete icon 22 September 2015 9:06 PTG

tq bunda nora.
mengingatkan diri sendiri sebenarnya.

paridah delete icon 22 September 2015 9:08 PTG

aamiin...sama2 kita mendoakannya...tq tiga lalat.

Cilembu thea delete icon 22 September 2015 10:22 PTG

aura wajah dapat tercermin atas ketulusan hati dan kemuliaan jiwa, jika itu adanya maka aura yang muncul di wajah pun akan terlihat indah dipandang mata

Etuza Etuza delete icon 22 September 2015 10:30 PTG

Semoga akan bertambah ramai Umat Muhammad yang memiliki sinar cahaya di wajah...

paridah delete icon 23 September 2015 8:35 PG

YA SETUJU SEKALI...TQ CHILLEMBU THEA.

paridah delete icon 23 September 2015 8:37 PG

INSYA ALLAH...UMAT MUHAMMAD ADA AURA SERI DI WAJAHNYA...TQ CIKGU ETUZA.

Fidah Shah delete icon 23 September 2015 8:51 PG

Wajah juga mencerminkan hati....

paridah delete icon 23 September 2015 9:26 PG

HMM WAJAH CERMINAN HATI...TQ FIDAH.

Mizz Aiza delete icon 23 September 2015 10:56 PG

kecantikan luaran juga lahir hasil dari kecantikan dalaman..

Khir Khalid delete icon 23 September 2015 1:49 PTG

In shaa Allah... ibarat pepatah, berkawan dgn penjual minyak wangi, lama2 kita pun akan berbau wangi.. subhanallah walhamdulillah...

Nora Karim delete icon 27 September 2015 11:55 PG

Setiap org ada aura... betul la tu... kadang kalau kita tgk org nmpk pelik sikit mesti tak nak kawan... xer tgk budak2... kenal 2-3 minit... terus boleh jd kawan.. hehehe

paridah delete icon 29 September 2015 3:30 PTG

hmm cantik dalaman pasti cantik luaran...tq aiza.

paridah delete icon 29 September 2015 3:41 PTG

insyaAllah kawan2 baik kita turut mempengaruhi auura yg ketara di wajah kita...tq KK...

paridah delete icon 29 September 2015 3:43 PTG

ya kita miliki aura tersendiri yg membuatkan kita disenangi....tq nora karim.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”