Wednesday 2 September 2015

ADA LUBUK MENJADI PANTAI ADA PANTAI MENJADI LUBUK...

ASSALAMUALAIKUM...

PANTUN-PANTUN PERIBAHASA PAK ENGKU

KAIN KASA BELI SEKODI,
KAIN BURUK DI ATAS LANTAI,
ATAS LANTAI PENUH BERHABUK;
MEMANG PERKARA BIASA TERJADI,
ADA LUBUK MENJADI PANTAI,
ADA PANTAI MENJADI LUBUK.
Peribahasa : Lubuk menjadi pantai, pantai menjadi lubuk.
Maksudnya : Nasib seseorang itu boleh berubah-ubah, kaya menjadi miskin
miskin boleh menjadi kaya.
BURUNG BUTBUT DI DAHAN KELEPUNG,
WARNA MENARIK BERBULU HALUS,
TERBANG MENGHALA KE ARAH PARAK;
MENGHELA RAMBUT DI DALAM TEPUNG,
RAMBUT DITARIK JANGANLAH PUTUS,
TEPUNG PULA JANGAN TERSERAK.
Peribahasa : Seperti menghela rambut di dalam tepung, rambut jangan
putus, tepung jangan terserak.
Maksudnya : Hendaklah kita berhati-hati dan seadil-adilnya dalam
menyelesaikan sesuatu perkara yang rumit itu.
MERONTA-RONTA SI KAMBING HITAM,
KAMBING JINAK BADANNYA KURUS,
MENGEJAR BEBIRI DI TEPI LERENG;
JANGANLAH KITA MENJADI KETAM,
DISURUH ANAK BERJALAN LURUS,
DIRI SENDIRI JALAN MENGHERENG.
Peribahasa : Ketam menyuruh anaknya berjalan lurus.
Maksudnya : Menasihat orang supaya membetulkan kesalahan namun diri
sendiri tetap berbuat salah.
JANGAN DISIGAI POKOK MERANTI,
BULUH GALAH PANJANG MENJELA;
JANGAN BAGAI ORANG BERJUDI,
MENANG ALAH HENDAK MEMBELA.
Peribahasa : Jangan bagai orang berjudi, menang alah hendak membela.
Maksudnya : Perbuatan yang yang sudah pasti punya keburukan atau ada
celanya tentu akan menimbulkan masalah atau kerugian.
BANYAKNYA LADA DIGILING-GILING,
LETAK SEBELAH GARAM DIBUBUH;
DI MANA ADA BATANG BERGULING,
DI SITU ADALAH CENDAWAN TUMBUH.
Peribahasa : Di mana batang berguling, di situ cendawan tumbuh.
Maksudnya : Di mana sesuatu masalah itu timbul maka di situlah mesti
diselesaikan.
KE PEKAN KUNAK BELI PULASAN,
PISANG TANDUK DIBUAT BUBUR;
BELUM BERANAK SUDAH BERBESAN,
BELUM DUDUK SUDAH BERLUNJUR.
Peribahasa : Belum beranak sudah berbesan, belum duduk sudah berlunjur.
Maksudnya : Sudah hendak bersenang lenang walaupun belum mencapai
maksud
MEKAR BUNGA SATU-PERSATU,
GUGUR LAYU KE RUMPUN TALAS;
KENAPA TELINGA YANG LEMBUT ITU,
YANG SELALU SAHAJA DIPULAS?
Peribahasa : Telinga yang lembut itu yang selalu dipulas.
Maksudnya : Orang yang lemah itu sentiasa diperkudakan orang dan
dipaksa menurut setiap perintah yang diberikan.
BURUNG PUYUH MATI TAK MAKAN,
MATI BUKAN DALAM TENGKARANG;
KALAU PENGAYUH SAYANG BASAHKAN,
SAMPAN TAK AKAN SAMPAI KE SEBERANG.
Peribahasa : Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai
ke seberang.
Maksudnya : Sesuatu maksud itu tidak akan tercapai jikalau malas berusaha
dan bersusah payah.
MALAM TERANG DI TELUK BELANGA,
DUDUK BERMALAS MEMINUM SAHI;
KALAU ORANG CAMPAKKAN BUNGA,
TAKKAN DIBALAS DENGAN TAHI.
Peribahasa : Kalau dicampak bunga, takkan dibalas dengan tahi.
Maksudnya : Budi yang baik haruslah dibalas baik dan tidak dengan
kejahatan.
BUAT RUMAH DI TANJUNG TUAN,
ORANG JAWA BERPERAHU PAYANG;
JIKA TERJAMAH BENDA BERTUAN,
ALAMAT NYAWA AKAN MELAYANG.
Peribahasa : Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang.
Maksudnya : Orang yang suka mengganggu rumah tangga orang lain pasti
akan menerima padah di atas perbuatannya itu.
POKOK BELANGKAN BERDAHAN EMPAT,
POKOK PALA DAHANNYA SEKAH;
MENYERAMPANG IKAN BIAR DAPAT,
SERAMPANG PULA JANGAN POKAH.
Peribahasa : Ikan biar dapat, serampang jangan pokah.
Maksudnya : Setiap pekerjaan yang kita lakukan itu biarlah mencapai
matlamatnya dan janganlah terjadi kerugian.
BADAN DIPAUK SEDIKIT TAK NYENYAH,
KEBAL NYATA SI HULUBALANG;
ENAK LAUK DIKUNYAH-KUNYAH,
ENAK KATA DIULANG-ULANG.
Peribahasa : Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
Maksudnya : Sesuatu nasihat yang baik itu eloklah diulang-ulang
menyebutnya..
SEKIAN. 

24 comments:

  1. sungguh indah bahasa yg digunakan utk memberi nasihat..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. KEINDAHAN BERBAHASA MENYIRAT MAKSUD...TQ WAWA.

      Delete
  2. bahasa lagenda ni banyak yg kurang faham, hebat lah P boleh tulis bahasa2 lama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAHASA KLASIK GUBAHAN PAK ENGKU TU NOOR...KAK MMG XPANDAI...TQ NOOR.

      Delete
  3. Pemilihan perkataan yg amat indah utk dihayati
    Kakak suka baca:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. susunan bahasa indah umpama gubahan bunga yg memukau kecantikannya kan...tq kakzakie

      Delete
  4. singgah petang kak :)
    memang patut ada alih bahasa, tinggi maknanya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq amiiza..
      pak engku ni pandai menggubah bahasa indah tanpa mekesampingkan maksudnya.

      Delete
  5. suka pantun enam kerat..luas perbendaharan bahasa lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantun 6 kerat ni lbh menerangkan maksud...tq nohas.

      Delete
  6. Replies
    1. hasil karya pak engku yg hebat...tq nor azman.

      Delete
  7. kata-kata menjadi panduan..orang melayu bersopan santun..tetapi kalau dah hilang adab rosak lah budi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BENAR CIKGU...Nilah bahasa kita yg tinggi membudaya bangsanya berperibadi mulia...tq.

      Delete
  8. Indahnya bahasa dan mendalam sekali maksudnya. Pedoman kehidupan buat renungan bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud tersirat harus direnung2kan menafsir makna...tq BM.

      Delete
  9. Gabah terendam dalam embun
    Tumbuh indah bagai ilalang
    Indah mendalam pak engku berpantun
    Teduh nya seperti dipantai jelang petang...

    ReplyDelete
  10. indahnya bahasa ...penuh makna tersirat..

    ReplyDelete
  11. berbahasa lunak menyimpan maksud..tq khamsiah.

    ReplyDelete
  12. nama pokok tu kak pun xpernah tengok..tq anies.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist