Sunday 16 August 2015

SECARIK KEBENARAN...

ASSALAMUALAIKUM...

Gurindam secarik kebenaran.

Kebenaran itu amat pahit
Menelannya terlalu perit.
Meluahkan selonggok kebenaran
akan menggunung pula kesukaran
Cerita kebenaran hanya lagu dongengan
yang asyik dinyanyikan  walau ada gangguan-gangguan

Pabila kebenaran terserlah terundanglah padah
pasti banyak pula madah berhelah
Rekayasa alasan diputar mesrai alam
menolak kebenaran  tanpa kasihan dan jatuh terjunam
Kebenaran yang ditemukan mengelirukan pula
Memikirkannya menjadi tidak tentu hala
Mizan gemala minda menimbang tara
dikosek ditilik akan kebenarannya
Hati dan kolbu memohon restu akan Allah yang Maha Tahu
Moga anyaman kebenaran  bukan kelarai keliru
Doakan saja terhindar segala gusar
 Ilahi rabbi dugaan yang sukar mencabar
Kun fayakun jika diinginin-Nya terjadi
Tiada yang mungkin menjadi.

 

ps..Koleksi orkid rare Nana Mus.
Himpunan sp Bulbophyllum brmnat PM inbox @ wassap 0124728480 tksh... 😍😍😍😍😍

36 comments:

  1. Menarik bahasa sebagai kiasan
    cantik juga bunga hiasan

    ReplyDelete
  2. bahasa disusun orkid digubah
    agar molek santun walau resah.
    tq. kakzakie.

    ReplyDelete
  3. Usahlah berhelah, kebenaran akan tetap terbukti kan...

    ReplyDelete
  4. insyaAllah itu kebenaran akan terserlah....tq zumal.

    ReplyDelete
  5. Jika kebenaran sudah terserlah
    Tiada ertinya madah berhelah
    Hidup bukan mencari susah,,,,,huhu

    ReplyDelete
  6. MADAH BERHELAH HANYA LAGU
    DINYANYI MERDU SELALU...
    TQ FIDAH.

    ReplyDelete
  7. Bila dunia ke penghujung zaman.. manusia lebih selesa dgn berita dusta dari kebenaran.. dusta itu benar dan benar itu dusta... wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya berita dusta n hanya memilih berita2 yg disukai...kebenarannya xdiambil peduli...tq khir khalid.

      Delete
  8. kebenaran akan terserlah juga, cuma cepat atau lambat je.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya hanya masa menentukannya...tq nusana nosa 91.

      Delete
  9. Waallaikumsalam..
    kalau sedemikian mah tidak dianggap hanya secarik kebenaran tapi sejumput kebenaran atuh kang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm benar..secarik r sejemput kebenaran...tq chilembu tha.

      Delete
  10. kata-kata yg di ungkapkan penuh puitis kak Paridah....JM x mampu nk tulis sebaik ini penuh sastera

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...biasa2 saja JM.
      JM xcuba menulis ala sastera lagi tu...kehebatannya tersembunyi.
      tq JM.

      Delete
  11. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah... Usah gelisah pada secarik kebenaran. Mohon pada Yang Benar agar semua yang gusar di sebalik kepahitan akan menjelma indah. Bunga orkidnya ternyat mampu menjelmakan aksara kata yang begitu puitis. pasti terlahir dari hati yang terdalam hingga menyusuk hati di batu pualam.

    Kak, silakan sudi mengambil AWARD BERGAYA SENIDIRI sempena Ulang Tahun Ke-5 Kelahiran Blog LMGS G2 di maya pada. Semoga persahabatan dan silaturahmi ini kekal selamanya. Aamiin.

    https://webctfatimah.wordpress.com/2015/08/15/ct346-launching-banner-baru-lmgs-g2-ulang-tahun-ke-5-bergaya-sendiri/

    Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik fatimah...insyaAllah kebenaran pasti terseerlah n kita xperlu bersusahati memikirkannya...biar masa menentukannya.
      terima kasih mnghadiahkan kak award sempena launching banner baru blog LMGS G2.

      Delete
  12. UNIKNYA BUNGA..")
    wawa singgah petang hari.. bru nak balik ekrja..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq wawa rajin singgah walau penat baru balik kerja.

      Delete
  13. adakah itu gurindam sis?
    susun ayat yg cantik..
    masih sampai skrg x reti nak tulis ayat
    melayu yg berbunga2 .. :(

    ReplyDelete
  14. ya inilah format bergurindam sobri
    dua baris rangkap yg sama rima n maksudnya.
    belum cuba menulisnya tu..
    tq sobri.

    ReplyDelete
  15. Cantik2nya orkid tu... terpegun tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orkid hutan yg semula jadi tu nora karim...tq.

      Delete
  16. Cantik tul gubahan Allah rasa nak petik ja...subahanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah..mmg cantik...tq cikgu etuza.

      Delete
  17. Kebenaran diputar belit..zaman sekarang :(

    ReplyDelete
  18. la ni dusta pun boleh dijadikan benar...tq sue.

    ReplyDelete
  19. cantik kan...tq dorset pink.

    ReplyDelete
  20. DIKOSEK - kalau bahasa kampung saya tu maksudnya membasuh beras ;-)

    ReplyDelete
  21. KOSEK TU KITA KUIT-KUIT SELAK-SELAK KIRAI-KIRAI AGAKNYA MCM KITA BASUH BERAS JUGA ANOLOGINYA TU...TQ ANIES.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist