بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Gurindam secarik kebenaran.

Kebenaran itu amat pahit
Menelannya terlalu perit.
Meluahkan selonggok kebenaran
akan menggunung pula kesukaran
Cerita kebenaran hanya lagu dongengan
yang asyik dinyanyikan  walau ada gangguan-gangguan

Pabila kebenaran terserlah terundanglah padah
pasti banyak pula madah berhelah
Rekayasa alasan diputar mesrai alam
menolak kebenaran  tanpa kasihan dan jatuh terjunam
Kebenaran yang ditemukan mengelirukan pula
Memikirkannya menjadi tidak tentu hala
Mizan gemala minda menimbang tara
dikosek ditilik akan kebenarannya
Hati dan kolbu memohon restu akan Allah yang Maha Tahu
Moga anyaman kebenaran  bukan kelarai keliru
Doakan saja terhindar segala gusar
 Ilahi rabbi dugaan yang sukar mencabar
Kun fayakun jika diinginin-Nya terjadi
Tiada yang mungkin menjadi.

 

ps..Koleksi orkid rare Nana Mus.
Himpunan sp Bulbophyllum brmnat PM inbox @ wassap 0124728480 tksh... 😍😍😍😍😍

36 ulasan - "SECARIK KEBENARAN..."

Kakzakie delete icon 15 Ogos 2015 9:59 PG

Menarik bahasa sebagai kiasan
cantik juga bunga hiasan

paridah delete icon 15 Ogos 2015 10:07 PG

bahasa disusun orkid digubah
agar molek santun walau resah.
tq. kakzakie.

Dunia Zumal delete icon 15 Ogos 2015 10:49 PG

Usahlah berhelah, kebenaran akan tetap terbukti kan...

paridah delete icon 15 Ogos 2015 11:17 PG

insyaAllah itu kebenaran akan terserlah....tq zumal.

Fidah Shah delete icon 15 Ogos 2015 11:36 PG

Jika kebenaran sudah terserlah
Tiada ertinya madah berhelah
Hidup bukan mencari susah,,,,,huhu

paridah delete icon 15 Ogos 2015 11:58 PG

MADAH BERHELAH HANYA LAGU
DINYANYI MERDU SELALU...
TQ FIDAH.

Khir Khalid delete icon 15 Ogos 2015 12:26 PTG

Bila dunia ke penghujung zaman.. manusia lebih selesa dgn berita dusta dari kebenaran.. dusta itu benar dan benar itu dusta... wallahualam..

NuSaNa NoSa 91 delete icon 15 Ogos 2015 12:59 PTG

kebenaran akan terserlah juga, cuma cepat atau lambat je.. ^_^

Cilembu thea delete icon 15 Ogos 2015 1:31 PTG

Waallaikumsalam..
kalau sedemikian mah tidak dianggap hanya secarik kebenaran tapi sejumput kebenaran atuh kang..hehe

Ispa delete icon 15 Ogos 2015 2:12 PTG

cantik bunganya

Jari Manis delete icon 15 Ogos 2015 3:13 PTG

kata-kata yg di ungkapkan penuh puitis kak Paridah....JM x mampu nk tulis sebaik ini penuh sastera

webctfatimah delete icon 15 Ogos 2015 4:02 PTG

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah... Usah gelisah pada secarik kebenaran. Mohon pada Yang Benar agar semua yang gusar di sebalik kepahitan akan menjelma indah. Bunga orkidnya ternyat mampu menjelmakan aksara kata yang begitu puitis. pasti terlahir dari hati yang terdalam hingga menyusuk hati di batu pualam.

Kak, silakan sudi mengambil AWARD BERGAYA SENIDIRI sempena Ulang Tahun Ke-5 Kelahiran Blog LMGS G2 di maya pada. Semoga persahabatan dan silaturahmi ini kekal selamanya. Aamiin.

https://webctfatimah.wordpress.com/2015/08/15/ct346-launching-banner-baru-lmgs-g2-ulang-tahun-ke-5-bergaya-sendiri/

Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

pengetahuan produk delete icon 15 Ogos 2015 6:06 PTG

Foto dan kata nya bagus kak

Puan Wawa delete icon 15 Ogos 2015 7:11 PTG

UNIKNYA BUNGA..")
wawa singgah petang hari.. bru nak balik ekrja..")

Sobri Yaacob delete icon 15 Ogos 2015 8:35 PTG

adakah itu gurindam sis?
susun ayat yg cantik..
masih sampai skrg x reti nak tulis ayat
melayu yg berbunga2 .. :(

paridah delete icon 15 Ogos 2015 9:38 PTG

ya inilah format bergurindam sobri
dua baris rangkap yg sama rima n maksudnya.
belum cuba menulisnya tu..
tq sobri.

paridah delete icon 15 Ogos 2015 9:41 PTG

tq wawa rajin singgah walau penat baru balik kerja.

paridah delete icon 15 Ogos 2015 9:43 PTG

insyaAllah tu...tq susi.

paridah delete icon 15 Ogos 2015 9:50 PTG

wsalam dik fatimah...insyaAllah kebenaran pasti terseerlah n kita xperlu bersusahati memikirkannya...biar masa menentukannya.
terima kasih mnghadiahkan kak award sempena launching banner baru blog LMGS G2.

Pha Is delete icon 16 Ogos 2015 1:51 PG

benar!

paridah delete icon 16 Ogos 2015 8:47 PG

insyaAllah...tq pha is.

paridah delete icon 16 Ogos 2015 8:49 PG

insyaAllah...biasa2 saja JM.
JM xcuba menulis ala sastera lagi tu...kehebatannya tersembunyi.
tq JM.

paridah delete icon 16 Ogos 2015 8:50 PG

subhanallah...tq ispa.

paridah delete icon 16 Ogos 2015 8:52 PG

hmm benar..secarik r sejemput kebenaran...tq chilembu tha.

paridah delete icon 16 Ogos 2015 8:53 PG

ya hanya masa menentukannya...tq nusana nosa 91.

paridah delete icon 16 Ogos 2015 8:55 PG

ya berita dusta n hanya memilih berita2 yg disukai...kebenarannya xdiambil peduli...tq khir khalid.

Nora Karim delete icon 16 Ogos 2015 11:16 PG

Cantik2nya orkid tu... terpegun tgk...

Etuza Etuza delete icon 16 Ogos 2015 11:30 PG

Cantik tul gubahan Allah rasa nak petik ja...subahanallah

Sue Bee delete icon 17 Ogos 2015 6:42 PG

Kebenaran diputar belit..zaman sekarang :(

paridah delete icon 17 Ogos 2015 8:30 PG

orkid hutan yg semula jadi tu nora karim...tq.

paridah delete icon 17 Ogos 2015 8:31 PG

subhanallah..mmg cantik...tq cikgu etuza.

paridah delete icon 17 Ogos 2015 8:32 PG

la ni dusta pun boleh dijadikan benar...tq sue.

dorsett pink delete icon 17 Ogos 2015 3:05 PTG

comey Nye bunga

paridah delete icon 17 Ogos 2015 3:10 PTG

cantik kan...tq dorset pink.

Khai♥Rin : anies delete icon 18 Ogos 2015 10:54 PG

DIKOSEK - kalau bahasa kampung saya tu maksudnya membasuh beras ;-)

paridah delete icon 18 Ogos 2015 9:51 PTG

KOSEK TU KITA KUIT-KUIT SELAK-SELAK KIRAI-KIRAI AGAKNYA MCM KITA BASUH BERAS JUGA ANOLOGINYA TU...TQ ANIES.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”