Thursday 6 August 2015

RASULLULALLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG HUJAN....

ASSALAMUALAIKUM...

KISAH RASULULLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG TITISAN AIR HUJAN | Kisah Benar WAJIB BACA !!! 

PIC GOOGLE IMAGES SEKADAR HIASAN.

Diriwayatkan (Al-Mustadrah Syeikh An-Nuri, jilid 5:355, hadis ke 72) bahawa Rasulullah saw bersabda, “Disaat aku tiba dilangit di malam Isra’ Miraj aku melihat satu malaikat memiliki1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari. Aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu. Aku bertanya kepada Jibril as, pendampingku, ‘Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?.’ Jibril berkata, Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi. 

’Rasulallah saw bertanya kepada malaikat tadi,‘Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?. ’Malaikat itupun berkata, ‘Wahai Rasulallah saw, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran),sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam as sampai sekarang ini, begitu pula aku mengetahui jumlah titisan yang turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung2, ke lembah2, ke sungai2, ke sawah2 dan ke tempat yang tidak diketahui manusia' 

Mendengar huraian malaikat tadi, Rasuluallah saw sangat takjub dan bangga atas kecerdasannya dalam menghitung titisan air hujan. 

Kemudian malaikat tadi berkata kepada beliau, ‘Wahai Rasulallah saw, walaupun aku memiliki 1,000 tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan keulungan untuk menghitung titisan air hujan yang yang turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan. ’ 

Rasulallah saw pun bertanya, ‘Apa kekurangan dan kelemahan kamu?. ’Malaikat itupun menjawab, ‘Kekurangan dan kelemahanku, wahai Rasulullah, jika umatmu berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu berselawat atasmu, pada saat itu aku tidak mampu menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan Allah kepada mereka atas selawat yang mereka ucapkan atas dirimu."

 اللهم صل علي سيدنا محمد و علي ال محمد Allahhuakhbar....

Perkongsian ustaz Zainal abidin.

27 comments:

  1. Subhanallah..mari kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw...turunnya hujan, bererti turunnya rahmat Allah SWT..

    ohh..ikea ada sale..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berselawat selalu insyaAllah mengundang rahmat Allah SWT...Tq nohas

      Delete
    2. heh,,heh..xberani komen apa2 tentang iklan ni nohas.

      Delete
  2. Subhanallah... Tak sangka titisan hujan itu dikira oleh malaikat... Tapi tak terkira banyaknya pahala umat Muhammad perolehi kerana berselawat ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap sesuatu yg berlaku xterlepas drpd ppengetahuan Allah walau bilangan titis hujan..subhanallah.
      ganjaran pahala yg teramat banyak hanya kerana berselawat kpd junjungan nabi Muhammad saw yg mulia...jadi hgn lalai berselawat selalu.........tq zumal.

      Delete
  3. subhanaAllah banyak pahala berselawat kan....

    ReplyDelete
  4. Subhanallah. Jom selawat
    Salam Jumaat Kak Paridah

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah..jom selawat selalu.
      salam jumaat fidah.

      Delete
  5. Assalamualaikum kak,
    Subhanallah!
    Di hari Jumaat yang mulia ini marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah saw sebagaimana yang disarankan di dalam al-Quran "Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab: 56)

    "Solatullah wa salamuhu `ala Rasulullilah saiyidina wa maulana wa habibina musthafa Muhammad saw...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ustaz...
      tksh banyak tambahan notanya...berselawat kita setiap masa utk junjungan nabi Muhammad saw yg mulia.
      tq abuikhwan.

      Delete
  6. Salam...itulah kelebihannya berselawat...dari kisah yang dipaparkan mengingati kita agar sentiasa berselawat keatas jujungan nabi kita Muhammad saw ...

    Subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...kelebihan berselawat xterkira banyaknya.
      ringan lidah berselawat selalu utk junjungan nabi saw yg mulia.tq bunda.

      Delete
  7. Banyaknya umat muslim yang berselawat ke Rosulullah, sehingga malaikat pun tak mampu menghitung jumlah pahalanya. Subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya benar tu terlalu banyak melebihi titisan hujan yg mamnpu dikira malaikat..subhanallah.
      tq achmad fazri.

      Delete
  8. Allohumma sollu 'ala Saiyidina Muhammad , Wa 'ala aali Saiyidina Muhammad

    ReplyDelete
    Replies
    1. diulangi selalu insyaAllah.
      tq muhammad nizam.

      Delete
  9. Lihatlah betapa besarnya ganjaran Allah berikan hanya dengan berselawat ke atas junjungan kita
    Allahumma solli 'ala Muhammad...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allhummasolli.ala muhammad. terlalu besar ganjarannya kan.
      tq kakzakie.

      Delete
  10. Allohumma sollu 'ala Saiyidina Muhammad

    ReplyDelete
  11. salams jumaat kak ,
    bila hujan turun maka berdoalah kita menadah tangan..doa kita juga diangkat/mustajab

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat amiiza.
      tq info perkongsiannya amiiza...baru tau ni.

      Delete
  12. SubhanAllah....banyakkan selawat selagi kita mampu.

    ReplyDelete
  13. ya zai berselawat sebanyak mampu setiap ketika...tq zai.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist