بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

KISAH RASULULLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG TITISAN AIR HUJAN | Kisah Benar WAJIB BACA !!! 

PIC GOOGLE IMAGES SEKADAR HIASAN.

Diriwayatkan (Al-Mustadrah Syeikh An-Nuri, jilid 5:355, hadis ke 72) bahawa Rasulullah saw bersabda, “Disaat aku tiba dilangit di malam Isra’ Miraj aku melihat satu malaikat memiliki1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari. Aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu. Aku bertanya kepada Jibril as, pendampingku, ‘Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?.’ Jibril berkata, Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi. 

’Rasulallah saw bertanya kepada malaikat tadi,‘Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?. ’Malaikat itupun berkata, ‘Wahai Rasulallah saw, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran),sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam as sampai sekarang ini, begitu pula aku mengetahui jumlah titisan yang turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung2, ke lembah2, ke sungai2, ke sawah2 dan ke tempat yang tidak diketahui manusia' 

Mendengar huraian malaikat tadi, Rasuluallah saw sangat takjub dan bangga atas kecerdasannya dalam menghitung titisan air hujan. 

Kemudian malaikat tadi berkata kepada beliau, ‘Wahai Rasulallah saw, walaupun aku memiliki 1,000 tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan keulungan untuk menghitung titisan air hujan yang yang turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan. ’ 

Rasulallah saw pun bertanya, ‘Apa kekurangan dan kelemahan kamu?. ’Malaikat itupun menjawab, ‘Kekurangan dan kelemahanku, wahai Rasulullah, jika umatmu berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu berselawat atasmu, pada saat itu aku tidak mampu menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan Allah kepada mereka atas selawat yang mereka ucapkan atas dirimu."

 اللهم صل علي سيدنا محمد و علي ال محمد Allahhuakhbar....

Perkongsian ustaz Zainal abidin.

27 ulasan - "RASULLULALLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG HUJAN...."

nohas delete icon 6 Ogos 2015 5:27 PTG

Subhanallah..mari kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw...turunnya hujan, bererti turunnya rahmat Allah SWT..

ohh..ikea ada sale..

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 6 Ogos 2015 7:38 PTG

Subhanallah.

Dunia Zumal delete icon 6 Ogos 2015 10:30 PTG

Subhanallah... Tak sangka titisan hujan itu dikira oleh malaikat... Tapi tak terkira banyaknya pahala umat Muhammad perolehi kerana berselawat ^-^

seri delete icon 7 Ogos 2015 2:21 PG

subhanaAllah banyak pahala berselawat kan....

Fidah Shah delete icon 7 Ogos 2015 4:34 PG

Subhanallah. Jom selawat
Salam Jumaat Kak Paridah

abuikhwan delete icon 7 Ogos 2015 7:04 PG

Assalamualaikum kak,
Subhanallah!
Di hari Jumaat yang mulia ini marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah saw sebagaimana yang disarankan di dalam al-Quran "Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab: 56)

"Solatullah wa salamuhu `ala Rasulullilah saiyidina wa maulana wa habibina musthafa Muhammad saw...

Bunda a.k.a KN delete icon 7 Ogos 2015 9:19 PG

Salam...itulah kelebihannya berselawat...dari kisah yang dipaparkan mengingati kita agar sentiasa berselawat keatas jujungan nabi kita Muhammad saw ...

Subhanallah...

Achmad Fazri delete icon 7 Ogos 2015 9:34 PG

Banyaknya umat muslim yang berselawat ke Rosulullah, sehingga malaikat pun tak mampu menghitung jumlah pahalanya. Subhanallah...

muhammad nizam delete icon 7 Ogos 2015 9:52 PG

Allohumma sollu 'ala Saiyidina Muhammad , Wa 'ala aali Saiyidina Muhammad

Kakzakie delete icon 7 Ogos 2015 10:00 PG

Lihatlah betapa besarnya ganjaran Allah berikan hanya dengan berselawat ke atas junjungan kita
Allahumma solli 'ala Muhammad...

Obat Tradisional Epilepsi delete icon 7 Ogos 2015 11:48 PG

Allohumma sollu 'ala Saiyidina Muhammad

AMIIZAA delete icon 7 Ogos 2015 11:49 PG

salams jumaat kak ,
bila hujan turun maka berdoalah kita menadah tangan..doa kita juga diangkat/mustajab

Zaitun delete icon 7 Ogos 2015 1:55 PTG

SubhanAllah....banyakkan selawat selagi kita mampu.

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:20 PTG

berselawat selalu insyaAllah mengundang rahmat Allah SWT...Tq nohas

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:21 PTG

heh,,heh..xberani komen apa2 tentang iklan ni nohas.

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:23 PTG

subhanallah...masyaAllah...tq MKL.

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:30 PTG

Setiap sesuatu yg berlaku xterlepas drpd ppengetahuan Allah walau bilangan titis hujan..subhanallah.
ganjaran pahala yg teramat banyak hanya kerana berselawat kpd junjungan nabi Muhammad saw yg mulia...jadi hgn lalai berselawat selalu.........tq zumal.

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:31 PTG

subhanallah...benar seri..tq

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:32 PTG

subhanallah..jom selawat selalu.
salam jumaat fidah.

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:36 PTG

wsalam dik ustaz...
tksh banyak tambahan notanya...berselawat kita setiap masa utk junjungan nabi Muhammad saw yg mulia.
tq abuikhwan.

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:39 PTG

wsalam...kelebihan berselawat xterkira banyaknya.
ringan lidah berselawat selalu utk junjungan nabi saw yg mulia.tq bunda.

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:43 PTG

ya benar tu terlalu banyak melebihi titisan hujan yg mamnpu dikira malaikat..subhanallah.
tq achmad fazri.

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:45 PTG

diulangi selalu insyaAllah.
tq muhammad nizam.

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:47 PTG

Allhummasolli.ala muhammad. terlalu besar ganjarannya kan.
tq kakzakie.

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:50 PTG

Allahhummasolli.ala saiyidina muhammad

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:56 PTG

salam jumaat amiiza.
tq info perkongsiannya amiiza...baru tau ni.

paridah delete icon 7 Ogos 2015 5:57 PTG

ya zai berselawat sebanyak mampu setiap ketika...tq zai.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”