بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


PIC GOOGLE IMAGES SEKADAR HIASAN.




 Low Yat... Serbuan mengejut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama polis dan Jabatan Imigresen di Plaza Low Yat, Khamis lepas telah berjaya merampas sebanyak 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM150,990. 

Ternyata hasil serbuan itu menceritakan hakikat gejala penjualan produk dan gajet tiruan yang berleluasa di sebahagian premis di plaza berkenaan, yang rahsianya sudah terbuka. 

Ia merupakan antara faktor berlakunya penipuan dan manipulasi harga terhadap pengguna. Sebelum itu, serbuan di Kompleks Pertama di ibu negara juga menyaksikan rampasan pelbagai telefon dan aksesori tiruan bernilai RM500,000. 

Tahniah tetapi banyak kerja yang menanti kerana perlu melawan kartel yang ada pengaruhnya. Awang berharap pihak berkuasa akan lebih pro aktif menjalankan risikan dan serbuan, supaya ia tidak kelihatan bermusim. 

Dengan cara itu, imej Malaysia menjadi negara lambakan gajet tiruan dapat dipulihkan jika pun belum mampu dibersihkan sama sekali.  


 - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/analisis-mingguan-bisik-bisik-awang-selamat-

10 ulasan - "OH LOW YAT !............"

Puan Wawa delete icon 2 Ogos 2015 2:44 PTG

Owh, patut laa murah kat sana..ish2

paridah delete icon 2 Ogos 2015 3:21 PTG

kan dh terbongkar tu...tq wawa.

Cikna delete icon 2 Ogos 2015 5:03 PTG

Rasanye dh lama org tau kat low yat ni bnyk jual barang tiruan cuma xdiambil tindakan je... Bagus jgk ade kes ritu,at least yg b'kenaan wat kerja....'PEACE

paridah delete icon 2 Ogos 2015 5:26 PTG

hmm betultu..baru ada alasan kukuh nak bertindak sbb ada aduan kan cikna...tq.

abuikhwan delete icon 2 Ogos 2015 9:50 PTG

Assalamualaikum kak,
Setelah berlaku kes tempohari maka sedikit demi sedikit terbongkar..harap2 pemantauan berjalan secara berterusan...

paridah delete icon 2 Ogos 2015 9:59 PTG

wsalam dik ustaz...kalau xterjadi insiden di lowyat hari tu msg2 biarkan saja n xambil kisah pun...tq abuikhwan...ada hikmahnya sesuatu yg berlaku tu...

Fidah Shah delete icon 3 Ogos 2015 9:28 PG

Comelnya Header... :)

Dah lama saya tak beli barang-barang kat Low Yat mahu pun Pertama Kompleks

paridah delete icon 3 Ogos 2015 10:13 PG

YEKE..HEADER ANNIES TOLONG BUAT TU..KAK TEMPEK JER FIDAH.
KAK HARAPKAN ANAK2 JER YG TOLONG BELI BARANG2 UTK GAJET NI KDG KE LOWYAT JUGA...TQ FIDAH.

Nick Nashram delete icon 3 Ogos 2015 2:54 PTG

tengok gambar kat fb semalam, low yat makin suram..kuasa boikot pembeli melayu..teruskan boikot..huhu

paridah delete icon 3 Ogos 2015 4:24 PTG

yeke...mudahan berterusan begitu...kita kan ada kuasa membeli n suka membeli heh..heh.. tq cikgu nick nashram.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”