Monday 31 August 2015

NASI AYAM TOMATO...

ASSALAMUALAIKUM...



Nasi Tomato Ayam Wangi
Hidangan nasi tomato tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan sajian lain. Mempunyai keenakan rasa tersendiri di samping lauk pauk yang pelbagai dan amat sesuai disajikan kepada tetamu. Jika kena dengan gayanya tetamu pasti akan tersenyum lebar menikmati hidangan hebat  yang disajikan. Selamat mencuba!

NASI TOMATO ISTIMEWA

Bahan-bahan :

2 cawan beras
1 tin susu cair
1 camca besar marjerin
3 camca besar minyak sapi
3 ulas bawang merah  - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih  -  ditumbuk halus
2 sm halia - ditumbuk halus
4 camca besar tomato puri atau sos tomato
3 biji buah pelaga - rempah 4 sekawan
2 kuntum bunga lawang -  rempah 4 sekawan
2 kuntum bunga cengkih -  rempah 4 sekawan
2 sm kayu manis - rempah 4 sekawan
Sedikit air
Sedikit  garam secukupnya

Cara-cara membuat :

  1. Panaskan minyak sapi dan marjerin, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
  2. Kemudian masukkan pula rempah 4 sekawan.
  3. Tumis sehingga naik bau dan barulah dimasukkan air, tomato puri, susu cair serta garam.
  4. Setelah mendidih barulah dimasukkan beras yang telah dicuci bersih.
  5. Biar sehingga masak dan siap dihidangkan bersama lauk-pauk.


AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan :

500 gm ayam – dipotong sederhana
100 gm cili kering  } dikisar halus
2 batang serai        } dikisar halus
2 cm lengkuas        }  dikisar halus
2 ulas bawang merah } dikisar halus
2 ulas bawang putih   } dikisar halus
2 biji buah pelaga } rempah 4 sekawan
2 kuntum bunga lawang } rempah 4 sekawan
3 kuntum bunga cengkih     } rempah 4 sekawan
2 sm kayu manis     } rempah 4 sekawan
¼ tin susu cair
3 camca besar minyak masak
3 camca besar sos cili
1 camca besar tomato puri
Garam & gula secukupnya

Cara-cara membuat :

  • Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan pula rempah 4 sekawan dan kacau rata.
  • Seterusnya masukkan susu cair, sos cili, tomato puri, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan ayam yang telah dipotong. Kacau rata dan biarkan sehingga empuk serta kuah menjadi pekat. Seterusnya siap untuk dihidangkan.

RESEPI MINGGUAN WANITA.



24 comments:

  1. menggoda kalbu sungguh....... :) bilalah nak masak sedap macam ni ..waaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kelapangan bolehlh buat wa...sedap ni...tq.

      Delete
  2. memang mengujakan..nampak juadah ni...terima kasih resipi..

    ReplyDelete
  3. sedap nasi tomato ni diganding dgn ayam masak merah...tq cikgu etuza.

    ReplyDelete
  4. sedapnye nasi ayam merah mak tuu., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah mak msk mesti sedap...tq tiga lalat.

      Delete
  5. nyam..nyam..menyelerakan nasi ayam tomoto..


    picturenya pun cantik..

    ReplyDelete
  6. memang gandingan yg mantap...dgn jelatah sekali..

    ReplyDelete
  7. Nasi tomato dah biasa makan tapi bila tengok entry ni tetiba rasa nak buat pulak.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain sikit dari biasa ya ai...cubalah buat...tq aizamia.

      Delete
  8. Feveret Zumal nie, nanti raya nak buat pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa dh xlama nk raya...boleh cuba buat ni zumal...tq.

      Delete
  9. Hmmmm sedapnyaaaaa... menawan sungguh rupa ayam masak merah tu...

    ReplyDelete
  10. Sedapnya....Dah malam-malam ni, lapar pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum tidur mkn dulu fidah agar xlapar...tq.

      Delete
  11. saya pula buat nasi ketam ...

    ReplyDelete
  12. heh..heh..cari mesti jumpa...tq anies.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist