بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

NAMPAKNYA TIDAK PAYAH SUSAH PAYAH NAK MENGULI TEPUNG UNTUK BUAT MURTABAK YANG SEDAP CUMA GUNA SAJA BISKUT KRAKER...MUDAHNYALAH! HANYA PERLU DISERTAI KEMAHUAN DAN KERAJINAN SAJA.

BISKUT KRAKER BIASANYA SENTIASA ADA DI SIMPAN DALAM TIN DI RUMAH DAN BOLEH DIGUNAKAN SEBANYAKMANA SUKA....KALAU TAK MAHU GUNA DAGING BOLEH SAJA DIGANTIKAN DENGAN AYAM, UDANG, IKAN... JANJI SEDAP DAN TEKAK BERSELERA MENELANNYA....



Bahan-Bahan:
• 18 keping biskut kraker (3 lapis)
• 1 cawan susu cair
• 6 biji telur
Untuk Lapisan Daging/Inti
• 200 gm daging kisar
• 3 biji bawang besar dicincang halus
• 1 paket kecil serbuk kari daging
• 2 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 2 biji ubi kentang – potong dadu
• 2 sudu cili kisar
• daun bawang daun sup dicincang
• 3 sudu besar minyak masak
• garam secukup rasa
• sedikit gula
Cara Masak Inti
1. Tumbuk bawang putih dan campurkan rempah
kari dan cili kisar.

2. Panaskan minyak dan tumis pes tadi sehingga
garing dan naik baunya.
3. Masukkan bawang besar dan kentang yg
dipotong dadu serta daging cincang. Gaul sebati.
4. Tambahkan 1/4 cawan air dan masak sehingga
daging dan kentang empuk.
5. Masukkan garam, gula, daun bawang dan daun
sup. Angkat dan sejukkan.
Cara Buat Lapisan Kraker.
1. Sapu dulang pembakar dengar mentega/
minyak masak.
2. Rendamkan biskut kraker dalam campuran
susu dlm 1 minit je.

3. Susun biskut kraker yang telah dicelup tadi ke
dalam loyang.
4. Lapiskan dengan lapisan daging/inti tadi.
5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari
telur ke atas lapisan daging tadi. Taburkan daun
sup/daun bawang.
6. Susun lagi kraker atas lapisan daging dan telur
tadi.
7. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih
kurang tiga lapis.
8. Akhir sekali tuangkan baki susu dan telur
sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada
kadar 180C.


32 ulasan - "MURTABAK KRAKER..."

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 14 Ogos 2015 12:50 PTG

sedap tu...

Dunia Zumal delete icon 14 Ogos 2015 12:56 PTG

Nampak menyelerakan murtabak kraker tu ^-^

Kakzakie delete icon 14 Ogos 2015 1:05 PTG

Kakak dah selalu juga buat ini PI'
Pernah juga masukkan dlm blog jadi entri.
Bapak kakak suka tau:)

Puan Wawa delete icon 14 Ogos 2015 1:27 PTG

Betul tu kak, klu rajin insyaALlah, semua boleh..")

nohas delete icon 14 Ogos 2015 2:27 PTG

nampak sedap...baru td makan cheesekut..dari biskut marie..

Fida Z Ein delete icon 14 Ogos 2015 2:58 PTG

Sedap-sedap.....nak kena cuba buat ni....tq akak...kongsi resepi dengan kami semua

paridah delete icon 14 Ogos 2015 3:34 PTG

cuba fida sedap n mudah ni...tq

paridah delete icon 14 Ogos 2015 3:36 PTG

cheeskut guna biskut marie sedap tu...tq nohas.

paridah delete icon 14 Ogos 2015 3:37 PTG

heh..heh..rajin n mahu kan wawa...tq

paridah delete icon 14 Ogos 2015 3:40 PTG

yeke..kak baru jumpa resepi ni kat fb...nampak sedap n mudah nk dibuat itu yg diongsikan kat sini...tq kakzakie.

paridah delete icon 14 Ogos 2015 3:41 PTG

kalau rajin cubalah zumal...tq

paridah delete icon 14 Ogos 2015 3:42 PTG

yes..tq MKL.

Cilembu thea delete icon 14 Ogos 2015 6:35 PTG

kalau di sini disebutnya martabak asem manis, rasanya memang unik dan dapat menyegarkan mata yang mengantuk jika kita mengudap martabak krakers ini dong

Fidah Shah delete icon 14 Ogos 2015 7:09 PTG

Boleh dicuba resipinya ni Kak Paridah.....sebagai hidangan istimewa hujung minggu :)

paridah delete icon 14 Ogos 2015 9:16 PTG

yeke...sama dgn murtabak krakers ya...pandang pic saja dh tergiur kan...tq chilembu thea.

paridah delete icon 14 Ogos 2015 9:26 PTG

cubalah fidahsedap ni main2 masak kat dapur...tq fidah.

Dunia Zumal delete icon 15 Ogos 2015 1:00 PG

Insha Allah... tq untuk resepi ^-^

paridah delete icon 15 Ogos 2015 9:17 PG

sama2.

Khir Khalid delete icon 15 Ogos 2015 12:30 PTG

Lama sungguh kak PI saya tak makan ni.. dulu2 selalu juga... skrng ni susah sikit nk jumpalah.. raya tahun ni pun tak ada jumpa... mmg kena buatlah klu isteri ada waktu lapang.. santai2 makan sekeluarga.. uh syok.. :) :)

Jari Manis delete icon 15 Ogos 2015 3:15 PTG

mudah...yg penting rajin semua jadi

Cikna delete icon 15 Ogos 2015 7:27 PTG

Nmpk cam sedap je tp guna telo la plak... Agak2 ape yg blh digantikan dgn telo tu yer...

paridah delete icon 15 Ogos 2015 10:43 PTG

XNAK GUNA TELOR BOLEHGUNA BETTER TEPONG GANDUM KOT...TELOR TU UTK MEMBUNGKUS MURTABAK SAJA...TQ CIKNA.

paridah delete icon 15 Ogos 2015 10:58 PTG

BENAR TU RAJIN MESTI JADI PUNYA...TQ JM

paridah delete icon 15 Ogos 2015 11:02 PTG

YEKE...SESEKALI NAK MAKAN TOLONG ISTERI MASAK KAT DAPUR YA DIK KHIR KHALID.

Nora Karim delete icon 16 Ogos 2015 11:17 PG

Wah... biskut pun boleh jadi murtabak... menarik ni!

paridah delete icon 16 Ogos 2015 11:35 PG

YA CUBALAH NORA...TQ NORA KARM.

Sue Bee delete icon 17 Ogos 2015 6:37 PG

NAmpak sedap nyaa. Tak perlu uli2 doh lagi pasni

paridah delete icon 17 Ogos 2015 8:36 PG

ya sue mudah jer tu..tq.

dorsett pink delete icon 17 Ogos 2015 3:06 PTG

Nampak sedap

paridah delete icon 17 Ogos 2015 3:25 PTG

sedap ni tq dorset pink.

Khai♥Rin : anies delete icon 18 Ogos 2015 10:59 PG

da mcm lasagna plak sy tgk ;-)

paridah delete icon 18 Ogos 2015 2:37 PTG

hmm lagsana buat gini mudah juga...tq anies.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”