بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

LONTONG LENGKAP DENGAN NASI IMPIT, SAMBAL BILIS, TELOR DAN BERJENIS-JENIS SAYUR AMAT MENYELERAKAN SEKALI....BOLEH DIMAKAN BILA-BILA MASA KITA TERINGIN...TAK PAYAH NAK TUNGGU  HARI RAYA BARU KALUT NAK BUAT...
SEDAPNYA ..
TERGIUR TENGOK PIC YA...JOM KE DAPUR SEDIAKANNYA.


LONTONG JOHOR
KUAH LODEH......
BAHAN-BAHANNYA :
8 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng)
50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis
3 keping tempe, dipotong kiub
1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 cekak soo hoon, kerat pendek
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
Nasi impit @ ketupat
Serunding
Sambal tumis @ sambal kacang
Telur rebus, dibelah dua
CARA MEMBUATNYA :
Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....
CATATAN :- Soo hoon tak perlu direndam, anda cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum anda masukkan ke dalam sayur lodeh. Masak dengan api sederhana hingga soo hoon kembang, tips ini akan membuat sayur lodeh anda lebih pekat....
---------------------------------------------------------------------
SERUNDING IKAN BILIS.....
BAHAN-BAHANNYA :
2 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
3 cawan kelapa parut (pilih kelapa yang muda sikit)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*gaul rata)
2 camca teh jus asam jawa
3 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
4 batang serai, hiris halus
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
CARA MEMBUATNYA :
Goreng tanpa minyak kelapa tadi hingga suam, angkat dan sejukkan. Ikan bilis ditoskan, perah dan tumbuk halus.
Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan jus asam jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa (selalunya serunding sedikit manis). Kacau rata dan bila pekat, masukkan kelapa tadi.
Tambah daun limau purut, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga serunding berderai (tapi tidak terlalu kering). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sejuk sebelum disimpan..
---------------------------------------------------------------------
SAMBAL IKAN BILIS.....
BAHAN-BAHANNYA :
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
Tambah gula dan garam secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar.
Toskan ikan bilis, perah dan masukkan ke dalam sambal, tambah sedikit air. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

26 ulasan - "LONTONG JOHOR."

nohas delete icon 19 Ogos 2015 4:47 PTG

sedapnya...

Zaitun delete icon 19 Ogos 2015 5:01 PTG

Terliur kak zai makanan feberet. Sebut makanan Johor semuanya sedap.

Zaitun delete icon 19 Ogos 2015 5:01 PTG

Terliur kak zai makanan feberet. Sebut makanan Johor semuanya sedap.

Fidah Shah delete icon 19 Ogos 2015 6:09 PTG

Makanan ruji di hari raya ni. Memang kena sangat dengan tekak Johor saya :)

Mija delete icon 19 Ogos 2015 6:35 PTG

Saya suka lontong tapi kalau nak buat sdiri nangis kot Sbb dlm rumah ni xdr sape suka. Makan sorang2 X best. Hihi.

Cilembu thea delete icon 19 Ogos 2015 10:15 PTG

Waallaikumsalam.
ternyata di Johor juga punya lontong yang berroma dan brasa sangat lezat plus nikmat tentunya.

tiga lalat delete icon 19 Ogos 2015 10:18 PTG

teringat lontong masai., sodapp ;p

Kakzakie delete icon 20 Ogos 2015 11:03 PG

Kalau tempat kakak lontong macam ini sentiasa ada di kebanyakan warung PI
Especially utk sarapan mudah nak dapat.
Lontong lagi enak kalau nasi impitnya lembut dan serundingnya sedap:)

Khai♥Rin : anies delete icon 20 Ogos 2015 11:27 PG

dulu ms memula belajar biuat lontong ni mmg terkial2. laa ni da mcm expert plak hahahaha angkat bakul

notie delete icon 20 Ogos 2015 11:51 PG

wah saya suka lontong,,,, orang johor lah katakan.

dorsett pink delete icon 20 Ogos 2015 12:42 PTG

wahhh! akak... terus terliur saya nak makan bila tengok gambar akak ni.. huhu

paridah delete icon 20 Ogos 2015 2:16 PTG

jom makan nohas......tq.

paridah delete icon 20 Ogos 2015 2:17 PTG

yela zai org johor mmg pandai masak2 ni..tq.

paridah delete icon 20 Ogos 2015 2:17 PTG

tq.

paridah delete icon 20 Ogos 2015 2:19 PTG

yela fidah...org johor mestilah seleranya mskn johor.
tq fidah.

paridah delete icon 20 Ogos 2015 2:21 PTG

yeke..buat sendiri makan sendiri jer mija..tq.

paridah delete icon 20 Ogos 2015 2:29 PTG

ya chilembu thea lontong di johor ni sedap amat...kalau nak rasa mai sini kak belanja...tq.

paridah delete icon 20 Ogos 2015 2:30 PTG

nak makan lontong kena gi masai ni...tq tiga lalat.

paridah delete icon 20 Ogos 2015 2:37 PTG

mudah nak dptkan lontong utk sarapan pagi ya...sedap tu. di tempat kak xbanyak variasi makanan yg dijual...jemu juga. kalau ada yg jual lontong boleh dibeli,,,resepi dh ada xsusah nk buat pun...tq kakzakie.

paridah delete icon 20 Ogos 2015 2:46 PTG

wah pandai masak lontong anies ya...bagus tu...tq anies.

paridah delete icon 20 Ogos 2015 2:48 PTG

orang johor mana boleh xsukakan lontong kan...tq notie.

paridah delete icon 20 Ogos 2015 2:49 PTG

lontong johor asli sedap ni...tq dorset pink.

aizamia3 delete icon 20 Ogos 2015 3:27 PTG

Dulu saya tak suka lontong, tapi bila dah masuk dalam family MIL.. eemm.. slowly.. lelama saya jadi suka dengan lontong.. ;)

paridah delete icon 20 Ogos 2015 3:41 PTG

kak xkenal pun lontong ni ai tapi bila dh rasa terpikat pula..tq aizamia.

Nora Karim delete icon 21 Ogos 2015 9:29 PG

Haih sedapnya!!!! Gambar tu mmg menggiurkan....!

Nora Karim delete icon 21 Ogos 2015 9:29 PG

Haih sedapnya!!!! Gambar tu mmg menggiurkan....!

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”