Tuesday 11 August 2015

KONSEP REZEKI...

ASSALAMUALAIKUM...

SEORANG PENGURUS BANK MEMBUAT KIRA-KIRA...

Assalamualaikum . ... jom buat kira kira ....
Kita simpan dlm bank RM2.6B
Pulangan tahunan : Lebih kurang 3%
So setahun kita akan dpt dlm RM78M ataupun lebih kurang 213K se hari.
Kalau kita derma utk org fakir miskin 10k seorang ..... leh bantu 20 orang setiap hari ..... dlm beberapa tahun ... dah x de org fakir miskin di M'sia.
Moga inilah yg difikirkan oleh pemimpin kita. Alhamdulillah dlm masa terdekat dah x der org fakir miskin di M'sia ini.
-Ramlee Alwi,

HMM..78MILLION RM SETAHUN...KALAU HANYA SIMPANAN SECARA BIASA...KALAU SIMPANAN TETAP LEBIH TINGGI LAGI MILLIONNYA...KALAU DILABURKAN BUKAN 3% PULANGANNYA PALING KURANGPUN 8%...huh............KAYO! KAYO!

pic google images sekadar hiasan.

SEMOGA REZEKI KEKAYAAN DIGUNAKAN KE JALAN KEBAIKAN....

Konsep Rezeki Pertama.
Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.
Konsep Rezeki Kedua.
Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.
Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain. Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ini, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?
Sebenarnya, tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.
Konsep Rezeki Ketiga.
Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.
Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.
Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?
Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan, “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?
Untuk datangnya rezeki yang ketiga ini, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.
Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.
Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?
Konsep Rezeki Keempat.
Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.
Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?
Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.
Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?
In sya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.
Wallahu Alam.
- Mustaffa Sulaiman.

25 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Paridah,

    Syukur atas rezeki yang diberi olehNya..
    Pernah juga dapat rezeki kedua.. Tapi redha dgn ketentuanNya.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam LZ the blog owner.
      syukur memperolehi rezeki drpd sumber yg xdijangka...tq

      Delete
  2. semoga kita termasuk dlm hambaNya yg sentiasa bersyukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sentiasa bersyukur bertambah-tambah rezeki dilimpahi Allah...tq nohas.

      Delete
  3. Rezeki seseorang sudah diatur oleh Allah. Hanya saja bentuknya berbeda beda, kita harus bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya rezeki kita ketentuan-Nya..perlu syukur n redha.
      tq achmad fazri.

      Delete
  4. Salam perkenalan,

    Betul Sis, rezeki banyak Allah bagi, yang penting kita bersyukur.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan..
      benar bagai dikata...tq siti zawiyah.

      Delete
  5. saya follow ye #204. Jemput singgah rumah dan follow.

    ReplyDelete
  6. tksh follow sini kak dh singgah rumah siti zawiyah n follow...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...kak zai sentiasa bersyukur dengan apa yang ada sekarang.Anak2 pun dah besar tidak lagi terkejar2 dengan waktu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah..setelah anak2 dewasa keperluan perbelanjaan kita semakin berkurangan n boleh hidup seadanya kan...rezki yg berlebihan boleh disalurkan utk amal kebajikan...tq zai.

      Delete
  8. Kenapa anonymous tak keluar nama kak zai.

    ReplyDelete
  9. Kenapa anonymous tak keluar nama kak zai.

    ReplyDelete
  10. Kalau ada orang pinjamkan Zumal sebanyak tu untuk setahun, dah dapat faedahnya tahun depan boleh bayar semula hutang tu ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..bukan zumal sorang yg berharap gitu...ramai lagi..tq zumal.

      Delete
  11. great sharing kak PI..rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk.kadang-kadang kita yang tak perasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq salbiah..rezki Allah kpd hamba2-Nya pelbagai bentuk n cara.

      Delete
  12. Rezeki kita, Allah yang Maha Menentukan...tak kira dalam bentuk apa.
    Nice sharing Kak Paridah

    ReplyDelete
  13. benartu ..rezeki kita adalah ihsan Allah swt...tq fidah.

    ReplyDelete
  14. duit bermilion pun , bukannya boleh ubat sakit kita kan ....

    ReplyDelete
  15. krn itu, even ada dakwat selautan pun ia tak mampu utk menulis semua rezeki dan nikmat yg Allah telah berikan

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist