Monday 31 August 2015

JALUR GEMILANG BAHTERA MERDEKA....

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM KEMERDEKAAN TANAH AIR KE 58


Jalur Gemilang di bahtera merdeka

Berkibaran megah ia menyonsong angin
Bersama bahtera merdeka membelah samudera  jagat raya
masih girang warna tidak sirna
tidak koyak
tidak rabak

Kadang panas kering kadang sejuk dingin
namun elayaran berterusan membawa bebanan berat ringan
meskipun payah mengendalinya bukan mudah

Nakhoda berganti-gantian berjanji-janjian memelihara kemasyhlahatan
Menimbun kemakmuran yang didambakan.
Tiada keluhan tiada sesalan tiada bantahan

Berbilang kemahuan beragam kerenah
Ditatang diampu agar jangan punah
jangan berderai berkecai relai
diusap dibelai lembut gemalai.

Moga sengketa tidak beronak beranjau mereba
merosak aman menyebab luka

Bahtera merdeka belayar laju bersama waktu
melintas lautan berombak biru kuning merah hijau ungu

Dilepasi satu persatu tanpa ragu hanya mahu
Masihkah gagah bahtera merdeka?
Dengan kibaran jalur gemilang pengeras rasa waja
Sedang angin menderu-deru gelora mula melanda

Yang menumpanginya mensia-sia keteguhannya
Terulit dengan mewahnya pesta-pesta kemakmuran
Yang mengundang tikus-tikus berkeliaran
Justeru terlalu banyak rezeki bersepahan
Di lantainya di sudutnya bertaburan merata

Gigi-gigi  geraham perkasa lagi tajam
Sentiasa mengintai peluang menjahanamkan mengaramkan
Menundanya kemana saja menurut kehendak

Nakhoda yang bijak tidak berganjak
Bulat total madahnya jangan digertak

Bahtera merdeka warisan nenek moyang kita
Selamanya untuk kita bukan sesiapa
Bukan persona.


Dirgahayu tanah airku.



18 comments:

  1. Salam Merdeka...selamat bercuti..

    ReplyDelete
  2. Salam Merdeka...selamat bercuti..

    ReplyDelete
  3. Moga tak gentar teruskan perjuangan
    Demi kedaulatan tanah warisan
    Ibarat kata pujangga
    Tak kan Melayu hilang di dunia

    Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan, Kak Paridah
    Moga Malaysia terus makmur dan maju...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. benarlah bagai dikata..
      selamat menyambut hari merdeka fidah...tq

      Delete
  4. selamat menyambut hari merdeka.. :)

    Entry terkini "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan"




    ReplyDelete
  5. selamat menyambut hari kebangsaan PI

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat menyambut hari kebangsaan ky..tq

      Delete
  6. Terima kasih masih ingat pada Etuza..salam kemerdekaan yang kita banggakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah ingat.
      salam merdeka cikgu etuza
      tq.

      Delete
  7. salam hari meerdeka ejultz.
    tq.

    ReplyDelete
  8. balik kg aritu, kt kg sy tgh buat pertandingan hiasan merdeka. bahtera merdeka pun ada sekali ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist