بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

MENGGORENG PISANG, KELEDEK, SUKUN, CEMPEDAK DLL JENIS MAKANAN YANG KITA SUKA GORENG SANGAT KITA HARAPKAN HASILNYA RANGUP DAN SEDAP DIMAKAN.

BANYAK PETUA YANG TELAH PI CUBA SEPERTI YANG DISYORKAN KAWAN-KAWAN JUGA MELALUI PEMBACAAN ATAU AMALAN TRADISI.

CARA   1.

GUNAKAN TEPONG BERAS DAN DIBANCUH ADUNAN/BETTER MENGGUNAKAN AIR YANG DICAMPUR SESUDU AIR KAPUR MAKAN.

CARA   2.

GUNAKAN TEPONG GANDUM DICAMPUR SEDIKIT AIR GAULKAN KEMUDIAN DITAMBAH DENGAN SEDIKIT MINYAK MASAK YANG PANAS. GAUL SEMULA.

CARA 3.

GUNAKAN CAMPURAN TEPONG GANDUM DAN TEPONG BERAS DICAMPUR SEBUTIR TELOR DAN SESUDU CUKA.

CARA  4.

GUNAKAN TEPUNG GANDUM YANG DICAMPUR SODA BICABORNAT SEBELUM MEMBANCUHNYA DENGAN AIR...PETUA DIPEROLEHI DARIPADA
SUE BEE RESEPI MUDAH.BLOGSPOT. http://resepimasakanmudah.blogspot.com/

BOLEHLAH DICUBA YANG MANA SATU CARANYA YANG TERAMAT MUDAH DIRASAKAN YA..



Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pisang goreng rangup dan cara membuat pisang goreng sehingga siap untuk dimakan. Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup. Ok selamat mencuba

Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup (resepi 1)

Bahan-bahan:
Pisang (apa-apa jenis pisang)
2 cawan gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula
4 sudu besar minyak panas(betul-betul panas)
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1) Panaskan minyak untuk menggoreng.
2) Campurkan tepung gandum, gula dan garam.
3) Masukkan air secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat.
4) Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.
5) Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.
6) Angkat dan sedia untuk dihidang.

Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup (resepi 2)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
1 Biji Telur & Air secukupnya
2 sudu besar marjerin yang dicairkan
Garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil atau lebih)
Cara-Cara:
1) Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Setelah marjerin cair letakkan periuk di tepi agar ia sejuk sendiri. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja.
2) Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali marjerin cair dan air. Bahan-bahan tersebut ialah tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan.
Lebih mudah dan lebih baik hasilnya dengan mengaul menggunakan tangan. Sebab utamanya ada bahan baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum. Batter perlu pekat ya. Lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu.
3) Setelah batter benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau menggunakan tangan sehingga sebati.

Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup (resepi 3)

Bahan-bahan:
Pisang secukupnya
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
sedikit garam
1 sudu makan gula
sedikit serbuk kunyit(optional)
sedikit baking powder(optional)
4 sudu besar kelapa parut (optional)
Cara-cara:
1) Campurkan gandum, baking powder, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit.
2) Masukkan air sejuk dan gaul hingga sebati.
3) Masukkan pisang ke dalam adunan dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
4) Panakan minyak untuk menggoreng.
5) Goreng pisang hingga bertukar warna keperangan atau keemasan.
*Campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.
Wahh rupa-rupanya banyak kan resepi menghasilkan pisang goreng rangup ini. Saya rasa yang paling senang adalah resepi pertama, yang menggunakan teknik minyak panas.


14 ulasan - "CARA MERANGUPKAN GORENG-GORENGAN."

Cilembu thea delete icon 3 Ogos 2015 7:52 PTG

urusan goreng menggoreng makanan untuk camilan tak kasihkan saja pada ahlinya ah, saya mah mendingan makan gorengan yang udah tersedia di meja saja

paridah delete icon 3 Ogos 2015 8:29 PTG

heh..heh..tukang makan saja ni ya bagus tu...tq chilembu thea.

abuikhwan delete icon 3 Ogos 2015 9:36 PTG

Assalamualaikum kak,
Wah, petua yang sangat bagus. Insya-Allah boleh dicuba nanti. Harap-harapr ketika memamah kerepek nanti sampai berbunyi krup..krap..

nohas delete icon 3 Ogos 2015 9:47 PTG

suka goreng-gorengan yg batter nya rangup..sedapnya pisang goreng tuu...

webctfatimah delete icon 4 Ogos 2015 3:49 PTG

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah.... akak buat saya lapar sahaja. Goreng pisang adalah kesukaan saya sekeluarga. Thanks untuk tips gorengan rangup sebagai tambahan ilmu yang boleh dicuba nanti. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

paridah delete icon 4 Ogos 2015 3:58 PTG

wsalam dik ustaz...
heh...heh..makan goreng-gorengan yg ranggup krup krap sedap tu...tq abu ikhwan.

paridah delete icon 4 Ogos 2015 3:59 PTG

pisang goreng dimakan panas...sedap tu...tq nohas.

paridah delete icon 4 Ogos 2015 4:01 PTG

wsalam dik fatimah...berkongsi sedikit ilmu yg ada...cubalah manna2 yg suka...tq fatimah.

Fidah Shah delete icon 4 Ogos 2015 9:21 PTG

First time baca tentang guna kelapa parut (resipi 3). Boleh di cuba ni.
Mesti lebih sedap dan rangup.

paridah delete icon 5 Ogos 2015 10:26 PG

CUBALAH FIDAH BERBEZA KAN DRPD BIASA...TQ

Qaseh Vee delete icon 6 Ogos 2015 6:06 PTG

tepung pulut pun blh merangupkan juga terutama pada rempeyek ...

paridah delete icon 7 Ogos 2015 10:42 PG

YEKE...BARU TAU NI...TQ QV

Fida Z Ein delete icon 2 November 2015 9:28 PG

Bagus pula tips2 akak....saya kalau goreng kentang rebus atau cendawan....celup dulu dalam telur yang telah dipukul rata dan lepas tu celup dgn tepung jagung......tapi tepung jagung akan ada tertinggal sikit2 dalam minya...tapi sedap

Nor Azimah delete icon 3 April 2016 1:55 PTG

No 1 pling senang.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”