بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

BERSAMBUNG LAGI N3 TENTANG TUMBUHAN HERBA YANG BANYAK TUMBUH DI PERSIKATARAN KITA TAPI TIDAK KITA KENALI NAMANYA DAN TAHU KEGUNAANNYA.


BEBUAS/MANGGIS HUTAN.


Bebuasberuasbuas-buasambong-ambong lautpecah piringsingkil, atau limau pantai atau nama saintifiknyaPremna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.
Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

wikipedia.

BIDARA
Daun-daunnya yang muda dapat dijadikan sayuran. Daunnya yang tua untuk pakan ternak.[2] Rebusan daunnya diminum sebagai jamu. Daun-daun ini membusa seperti sabun apabila diremas dengan air, dan digunakan untuk memandikan orang yang sakit demam.[1] Di Jakarta, daun-daun bidara digunakan untuk memandikan mayat.

Buah masak berjatuhan di pasir pantai

wikipedia.


BIJAN

BONGLAI
Pucuk dan buah muda bonglai boleh dibuat ulam dengan mencelurkannya dahulu kemudian dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk dan pencecah yang lain. Buahnya boleh dibuat kerabu. Daunnya berasa sedikit kelat dan pedas

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Ia mengandungi air, karbohidrat, tanin, baicalin, glukosa, serat, krisin, alkoloid, kalsium, kalium, zink, zat besi, magnesium, fosforus dan vitamin.[perlu rujukan]
Bonglai dikatakan boleh merawat sakit perut, rematisme, luka yang membawa jangkitan, angin dalam perut/usus, pembuka selera makan, rawatan ibu selepas bersalin, demam panas, kolera, bengkak sendi, disenteri, sakit kepala (migrain), limpa bengkak, sakit gigi, sakit urat, tekanan darah tinggi, dan

wikipedia. 

BUNGA CINA

Kegunaan 
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu gelas sahaja
blog tips kehidupan.

BUNGA CORONG
Daun pokok corong/loceng ni ada khasiatnya. Ia boleh dibuat digunakan untuk merawat sakit kulit seperti bisul dan kurap. Daunnya dilumatkan dan ditampal di tempat sakit. Getah pokoknya boleh digunakan untuk membunuh jentik-jentik. Kalau tak caya boleh try.

my kebun flowers.

BUNGA HANTU.


BUNGA MERAK

Khasiatnya bunganya dapat melancarkan pengedaran darah haid.


BUNGA MUTIARA.


pic Serasi Lestari Rimba Enterprise (Nursery Herba)

18 ulasan - "KENALI POKOK HERBA SEKITAR KITA..."

Fidah Shah delete icon 27 Julai 2015 4:47 PTG

Banyak nama yang saya tak tahu, malahan pertama kali baca.
Thanks for the info Kak Paridah

Diana Rashid delete icon 27 Julai 2015 5:02 PTG

pokok yang memula tu nama beruas??kampung saya nama beruas kak..agaknya datang dari nama pokok ni la ye?/saya baru tau beruas tu nama pokok..

Dunia Zumal delete icon 27 Julai 2015 5:20 PTG

Kekadang selalu tengok tapi tak tahu ianya herba jadi Zumal tebas aje. Hehe ^-^

Qaseh Vee delete icon 27 Julai 2015 7:17 PTG

gambar pertama tu mcm pokok manggis je . Pokok bebuas / buas - buas / singkil , daunnya lain ... bunga corong tu saya suka sgt tapi tanam x pernah hidup ...

Yun Sing delete icon 27 Julai 2015 10:58 PTG

Baru tau ada antara herba ini wujud.. nice sharing :)

Achmad Fazri delete icon 28 Julai 2015 8:31 PG

Tanpa di sadari banyak tumbuhan yang bisa menjadi Obat herbal....Pengobatan herbal menjadi salah satu pengobatan terbaik, Tanpa perlu takut dengan efek samping,

Sue Bee delete icon 28 Julai 2015 9:56 PG

Penyakit seriawan tu apa, PI?

Pengedar Shaklee Sri Aman delete icon 28 Julai 2015 10:24 PG

Satu perkongsian yang amat bagus. Boleh dijadikan panduan oleh kita semua. Terima kasih ya

paridah delete icon 28 Julai 2015 3:09 PTG

SAMA2 BERKONGSI INFO FIDAH...TQ

paridah delete icon 28 Julai 2015 3:12 PTG

WAH ORG BERUAS PERAK YA DIANA...BIASANYA BANYAK NAMA TEMPAT DIAMBIL DRPD NAMA POKOK...TQ DIANA.

paridah delete icon 28 Julai 2015 3:15 PTG

POKOK2 JENIS HERBA NI WALAU DITEBAS TUMBUH LAGI...KALAU DH TAHU KEGUNAANNYA ELOKLAH DIJAGA SPY XPUPUS...TQ ZUMAL.

paridah delete icon 28 Julai 2015 3:35 PTG

YA MANGGIS HUTAN TU...POKOK BUNGA CORONG/LOCENG BANYAK KAT RUMAH KAK...MUDAH HIDUP KALAU DITANAM...

paridah delete icon 28 Julai 2015 3:39 PTG

TERLALU BANYAK TUMBUGAN HERBA SEKITAR KITA YUN SING...TQ

paridah delete icon 28 Julai 2015 3:42 PTG

BENAR TU ACHMAD FAZRI TIADA EFEK SAMPINGAN YG MERAGUKAN KALAU HERBA DIJADIKAN UBATAN...TQ

paridah delete icon 28 Julai 2015 3:47 PTG

SERIAWAN PENYAKIT PECAH2 DI BIBIR MULUT DAN LIDAH TU SUE...KALAU KURANG AIR R VITAMIN C MESTI JADI GITU...TQ SUE.

Khir Khalid delete icon 28 Julai 2015 3:57 PTG

Bnyk sgt yg saya tak tau.. baru sedar sikit sgt yg saya kenal dan tahu.. thanks sharing kak.. :)

paridah delete icon 28 Julai 2015 4:02 PTG

SEMOGA BERMENAFAAT YA...TQ PENGEDAR SHAKLEE SRI AMAN...

paridah delete icon 28 Julai 2015 4:06 PTG

BANYAK KEGUNAAN POKOK2 YG TUMBUH SEKITAR KITA NI KHIR KHALID...KENA AMBIL TAHU JUGA...TQ KHIR KHALID.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”