Friday 10 July 2015

CARA MUDAH SOLAT JENAZAH.

assalamualaikum...

SALAM JUMAAT YANG MULIA...



Cara ringkas untuk solat jenazah ... Belajar lah wahai lelaki..apakah kau x malu bila x pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah meninggal .. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita ...
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :
1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai
Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah ..


1001 Sirah Nabi Muhammad

14 comments:

  1. Terima kasih akak...bagus perkongsian ini...di hari Jumaat pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAMA2 FIDA...INSYA ALLAH...TQ FIDA ZEIN.

      Delete
  2. Salam Jumaat..syukran..solat jenazah, solat tanpa rukuk dan sujud..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat, terima kasih atas perkongsian... Zumal banyak yang dah terlupa...

    ReplyDelete
  5. Salam Jumaat, terima kasih atas perkongsian... Zumal banyak yang dah terlupa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM JUMAAT ZUMAL...SALING KITA MENGINGATKAN YG TERLUPA TQ ZUMAL.

      Delete
  6. Terima kasih atas perkongsian. Ramai orang tidak begitu ambil berat nak belajar solat jenazah (peringatan untuk diri sendiri juga)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAMA2 FIDAH..BERKONGSI ILMU YG BERMENAFAAT DEMI KEBAIKAN BERSAMA INSYA ALLAH...TQ FIDAH.

      Delete
  7. memang selama ni saya buat cara tu... senang.... kadang2 bila orang tanya saya, n saya jawab macam tu, org pelik, sebab senang sangat. sbb dulu masa kat sekolah masa penilaian KAFA nak kena hafal macam2 untuk solat jenazah..

    ReplyDelete
  8. MUDAH SAJA CARANYA KAN..BAGI YG XTAU TERASA SUSAH PULA...KALAU DI KAMPUNG ANAK2 PUN TURUT BERSOLAT JENAZAH SBB AKAN DPT PEMBERIAN SAMPUL DUIT DRPD KELUARGA JENAZAH...TQ PHA IS.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist