بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Berteraweh di masjid dan surau amat menggembirakan kanak-kanak yang mengikuti ibu bapa mereka untuk turut sama bersolat. Setelah itu dijamu hidangan moreh kuih muih, mihun, mee goreng, mee sop dll.

Kadang anak-anak ni tidak gemar berdiri solat di sisi ibu bapa mereka tetapi lebih gemar bermain, berlarian ke sana sini yang mengganggu kekusyukan jemaah yang sedang bersolat. Tika kecil PI tidak digalakan berteraweh di masjid walau tok wan seorang toksiak masjid. PI tinggal dengan tok wan dan tok masa kecil. Kata tok wan anak-anak perempuan tidak elok di malam hari keluar daripada rumah kecuali terpaksa.

Anak-anak ni perlulah dengar apa kata orang yang lebih tua. Jika ditegah dilarang janganlah buat. Mudahkan hidup ni. Tegahan dan larangan tentu bersebab dan demi kebaikan kita yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa.


pic google images sekadar hiasan.

Jadi tiadalah cerita keseronokan berteraweh tika kecil yang boleh dikongsi. Yang mengujakan adalah menunggu kepulangan tok wan membawa juadah lebihan moreh masjid untuk dijadikan hidangan sahur kelak. Biasanya memang ada. Kadangkala kehabisan dan tok wan pulang dengan tangan kosong, mengayuh basikalnya di denai kecil permatang bendang di bawah malam Ramadan.


9 comments - "#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015-9 KENANGAN TERAWEH DI SURAU/MASJID ZAMAN KANAK-KANAK."

aizamia3 delete icon 6 July 2015 at 15:53

Sama dengan saya kak.. takde kenangan terawih masa kecik.. tapi saya sukakan suasana terawih tu..

paridah delete icon 6 July 2015 at 16:13

BENAR TU AI..SUASANA TERAWEH BEGITU MENENANGKAN JIWA...TQ AIZAMIA.

Dunia Zumal delete icon 6 July 2015 at 17:15

Best bila terkenang kembali zaman kanak-kanak yer...

Khir Khalid delete icon 6 July 2015 at 19:06

Zaman kanak2, waktu terawih adalah yg paling seronok sbb dpt lesen keluar malam.. bila dah jadi bapa ni teringat waktu2 tu. Syukurlah walaupun waktu kanak2 tu hanya main2 ke masjid, tapi smpai skrng diberi keizinan Allah utk terus berkunjung berterawih.. Allahuakbar..

paridah delete icon 6 July 2015 at 22:54

yela zumal...zaman kanak2 gembira saja tiada bebanan fikiran...tq.

paridah delete icon 6 July 2015 at 23:02

kalau dulu anak2 lelaki keluar ke masjid berteraweh ibu bapa xrisau apa2 tapi sekarang xboleh alpa walau sedikit bimbang hilang pula...tapi anak2 harus dijinakan dgn rumah Allah sedari kecil n teraweh tika mlm ramadan sgt sesuai sekali...pabila di hati tertanam rasa cinta ibadah sejak kecil tentu akan kekal sampai bila2...tq khir khalid.

Khai♥Rin : anies delete icon 7 July 2015 at 09:13

sy rs kan dulu ms sy bertarawih... jemaah sentiasa penuh wpn smpi mlm terakhir... tp skrg.........

paridah delete icon 7 July 2015 at 15:21

betul tu kalau di tempat kak suasana msh gitu tapi kalau di bandar mungkin yg selalu berteraweh tu dh balik kampung kot...tq anies.

Yun Sing delete icon 7 July 2015 at 18:45

Begitu yer :/ Apapun selamat berpuasa la ye ^^

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”