Friday 3 July 2015

#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015-8 Amalan berbalas juadah di bulan puasa.

Assalamualaikum..

Tradisi berbalas juadah di petang hari menjelang waktu berbuka puasa masih diamalkan di pertempatan kejiranan PI. Jiran-jiran PI sangat rajin memasak masakan enak dan tidak lupa menghantar kepada jiran-jiran terdekat untuk turut merasainya. Pelbagai jenis juadahnya.

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Jiran PI yang di sebelah kanan asalnya dari Kelantan dan sering menghantar kepada PI kuih-kuih manis, lompat tikam, putri mandi, badak berendam atau nasi kerabu. Semuanya sedap sangat.

Jiran yang di kiri pula asal dari Selangor dan amat gemar memasak pecal, lontong dan kuih-muih kesukaan orang jawa dan tidak lokek mengirimnya sepiring untuk PI. Baik sungguh jiran PI itu kan.

Jiran PI yang rumahnya di hadapan rumah PI ada dua. Famili pertama asal Kedah. Famili yang satu lagi asal Pulau Pinang. Kedah dan Pulau Pinang memang negeri yang berjiran pun kan. Jadi cara masakannya tidak jauh bezanya.

Merasa pula kuih-kuih seperti pulut sekaya, lompang, tepung bungkus, cucur badak, mee goreng, mihun goreng dll.

Banyaklah piring dan pinggan yang berisi makanan bertukar tangan sebelum masuk waktu berbuka. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Dan janganlah malas hendak membalasnya pula kan. Tidak hanya seronok menerima tapi segan nak memberi pula. Tak baik gitu.

Barulah seronok hidup bermasyarakat saling berkongsi rezeki sambil memeriahkan kehadiran Ramadan yang cuma tiba setahun sekali itu.

18 comments:

  1. alhamdulillah.. kat kampung saya sekarang masih lagi amalkan budaya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tradisi yg baik elok diteruskan ya..tq pha is.

      Delete
  2. jiran kiri saya india . jiran kanan lak cina . depan x de umah . belakang lak x pernah jengah ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..apapun tetap jiran juga kan qv...tq

      Delete
  3. Alhamdulillah. Amalan itu juga masih ada di kawasan rumah saya.
    Tapi saya cuma berkesempatan nak balas waktu hujung minggu saje :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela fidah ..jiran kita yg memberi tu bukan minta balasannya pun tapi kita tetap terasa tetap perlu membalasnya juga bila berkesempatan..tq fidah.

      Delete
  4. Ahamdulillah..seronoknya akak ..amalan yang amat mulia dibulan puasa ni....selamat berpuasa untuk akak dan family

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah selalunya wa...tq. selamat berpuasa buat wa n famili juga.

      Delete
  5. Bestnye.. klu kt kg mak lady pernh buat.. mmg buat.. tp klu d kg mertua ni xde.. jiran2 pun xknl.. mgkn sb ldy br d sni.. br pun dh 3 thn.. tp budaya tu xde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela lady di tempat baru suasana pun baru n lady pasti temui keserasian di sana...tq ladybird.

      Delete
  6. seronaknya... terasa nak berjiran dengan PI... sambil blogging sambil berbalas juadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..sukanya dpt berjiran dgn cikgu...sebenarnya kita berjiran di alam maya sambil bertukar juadah minda...tq muhammad nizam.

      Delete
  7. kali pertama makan lompat tikam bulan puasa tahun lepas.. tak pernah makan, saya cuba.. eemm.. not bad cuma anak2 tak minat rasa yang manis2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lompat tikam yg dijual ti xsama dgn yg dibuat sendiri ai..hijau pandan asli bgitu harum dgn santan pekat n gula melaka...sedap...tq aizamia.

      Delete
  8. Alhamdulillah.. amalan yg sgt mulia menjalin silaturrahim kukuh bersama. Di kejiranan saya pun masih diamalkan walaupun selalunya ia di beli.. trend beli lebih buat jiran2 sekali.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah tradisi baik itu masih diteruskan sesuai dgn keupayaan masing2...tq khir khalid

      Delete
  9. untung laa akk manis mulut setiap kali berbuka hahaha

    ReplyDelete
  10. heh..heh..manis bahasa pasti manis mulut juga...tq anies.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist