بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Cerita di bulan puasa jikalau disimpulkan tentu lebih banyak manis daripada pahitnya. Terutama kepada yang amat sihat dan mampu beribadah sebanyak mungkin di bulan mulia sambil beraktiviti yang disenangi. Namun kehidupan harus diharungi dengan reda seadanya walauapapun kondisi diri.

Anugerah terindah dalam indah dalam hidup PI adalah kurniaan Allah di bulan Ramadan. Melahirkan cahaya mata pertama di bulan yang suci mulia. Kesakitan, kesulitan, keperihan dan pelbagai rasa yang membaurinya seolah hilang entah kemana setelah memandang wajah anak kecil yang sangat comel. Putih mulus kulitnya dan suaranya menangis nyaring menggema ruang hospital.. Ketika itu dirasakan PI telah mendapat seluruh habuan kebahagian dunia. Syukur kepada-Mu ya Allah.

Pengalaman yang pahit bertukar menjadi teramat manis pula. Bukanlah mudah melahirkan seorang anak mannusia ke dunia dan seorang ibu terpaksa mempertaruhkan nyawanya bersama limpahan darah dan pelbagai komplikasinya.

Sahabat PI seorang midwife/jururawat desa yang menolong PI menghantarkan PI ke hospital bersama suami dan ibu ayah. Ibu ayah PI pun turut teruja hendak menyambut cucu sulung daripada anak yang sulung.
Setelah itu dilalui proses berpantang pula dalam tempoh 44 hari di akhir bulan puasa hingga selepas bulan raya. Orang yang berada dalam haid dan nifas tidak boleh berpuasa dan solat tapi puasa perlu diganti dan solat tidak diwajibkan.

Ramai ibu-ibu yang berpengalaman melahirkan anak di bulan Ramadan dan memahami tuntutan Allah yang difardukan ke atas mereka. Setelah Allah menganugerahi kekayaan dan kebahagian di dunia yang tiada tara tolok bandingnya hendaklah kita bersyukur Alhamdulillah.

14 ulasan - "#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015-6 PENGALAMAN MANIS DI BULAN PUASA"

siti natrah delete icon 2 Julai 2015 5:58 PTG

besar dah dia...

Diana Rashid delete icon 2 Julai 2015 11:01 PTG

Bila kenang saat2 melahirkan memang seronok dan kadang2 rasa sebak ..kan??

Fidah Shah delete icon 3 Julai 2015 1:34 PG

Mesti pengalaman yang paling berharga.
Saya tidak ada pengalaman melahirkan anak semasa bulan ramadhan. Cuma berdasarkan pengalaman sendiri, berpuasa ketika mengandungkan anak, selalunya dimudahkan segala urusan.

Khai♥Rin : anies delete icon 3 Julai 2015 11:46 PG

mungkin itu jg yg mama sy rasa sbb dia lahirkan sy pd bulan ramadan jg

Dunia Zumal delete icon 3 Julai 2015 3:32 PTG

Syukur Alhamdulillah, rezeki dari Allah memberi cahaya mata lahir di bulan mulia...

paridah delete icon 3 Julai 2015 3:41 PTG

hmm...dh besar pun...tq siti natrah.

paridah delete icon 3 Julai 2015 3:42 PTG

yela diana pengalaman yg xsemua wanita mapu merasainya...tq

paridah delete icon 3 Julai 2015 3:45 PTG

ya mengandung di bulan puasa boleh puasa penuh sebulan xpayah fikir nk ganti kan...tq fidah.

paridah delete icon 3 Julai 2015 3:52 PTG

yeke...perasaan seorang ibu hanya diketahui pabila menjadi ibu kan anies...tq

paridah delete icon 3 Julai 2015 3:54 PTG

ya syukur alhamdulillah....tq zumal.

muhammad nizam delete icon 6 Julai 2015 2:57 PG

sama manis kenangan kita... comelnyaaaaa anakanda

paridah delete icon 6 Julai 2015 10:52 PG

hmm..berkongsi kenangan manis..tq muhammad nizam.

Khir Khalid delete icon 6 Julai 2015 7:17 PTG

Wahh pengalaman nostalgia tu kak.. alhamdulillah... :)

paridah delete icon 6 Julai 2015 11:18 PTG

heh..heh..nostalgia yg jadi kenangan...tq khir khalid.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”