Monday 13 July 2015

#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015-17 MENU WAJIB PAGI RAYA.

ASSALAMUALAIKUM...

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Di harii raya  menu hari raya yang PI tahu mesti ada ketupat dan gulai daging berserta minuman sirap pandan saja. Rendang dan serunding yang dimakan bersama nasi impit dan lain-lain hidangan raya yang aneka hanya diketahui setelah PI berada di pertempatan skim felda.

pic BN KEDAH fb.

pic google images.

Felda di Pahang persertanya daripada sebilangan negeri di Malaysia kecuali Sabah dan Serawak. Dan pelbagailah menu hari raya yang dapat dirasa kalau berkunjung ke rumah jiran-jiran yang menyediakan menu mengikut negeri asal mereka.

PI cuma buat ketupat pulut, gulai daging dan nasi impit berkuah kacang saja. Walau sedikit saja menu wajibnya dengan juadah yang dihantar jiran-jiran jadi penuh semeja juga hidangannya.

Pada hari raya tidak perlulah banyak sangat menunya untuk elakan pembaziran dan menu yang wajib setelah bertukar tangan kadang terlalu banyak dan tak habis dimakan.

Ada yng mengirim lemang, ketupat nasi, nasi dagang, laksa, mihun sup, kuih-muih dll masakan raya yang disediakan. Memang beraya sakan menjamu selera dengan makanan yang enak-enak belaka hingga kekenyangan..

24 comments:

  1. ehmm....lezatnya...ketupat dan obor atau sejenisnya mirip di atas gituh, di makan pas pagi hari raya...nikmaat

    ReplyDelete
  2. besarnya ketupat2 tu... makan satu.. puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya makan satu dh cukup..tq muhamad nizam.

      Delete
  3. di kg saya , masuk ramadhan je , dah mula tukar juadah raya seperti ketupat , rendang dan ayam yg dimasak pelbagai resepi selain sambal goreng dan mee goreng - gaya org jawa . Jadinya , blm raya lagi dah merasa segala jenis hidangan raya hampir setiap hari yg diberikan jiran tetangga , saudara mara dan penduduk sekampung ... bila masuk raya kedua , masing - masing dah tak lalu nak mkn ketupat rendang bagai tu ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...begitu pula tradisinya bagus tu..

      Delete
  4. Kalau kat rumah saya, biasanya ada ketupat, rendang, kuah kacang dan sambal goreng jawa. Makanlah menu yang sama dari pagi sampai malam sebab kalau beraya kat rumah jian tetanggan pun, menunya lebih kurang juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walau menunya sama tapi rasa masakan pasti berbeda sedapny...tq fidah..

      Delete
  5. Tak sabar nak makan ketupat raya nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan ketupat hari raya baru ada feel kan zumal...tq

      Delete
  6. SEMUAnya nampak enak..laparr la pulak

    ReplyDelete
  7. Dulu tak pandai nak makan ketupat daun palas ni tapi sekarang.. rasa nak tapau bawak balik.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke sekarang dh jadi suka pulak ya...xrasa mmg xtau...tq aizamia.

      Delete
  8. Cantiknya balutan ketupat daun palas tu....air yang bertingkat-tingkat pun sedap sahaja rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. balutan ketupat palas mmg perlu kemas agar isinya mampat.
      bekas air kalau nk boleh oder fida zein...tq

      Delete
  9. Fuhh2.. beberapa hari lagi je nak pekena juadah2 ni hihii..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..menghitung hari saja kan...tq khir khalid.

      Delete
  10. mana nak cari balang air cenggitu ? pergh comel gila n boleh letak air banyak jenis..

    ReplyDelete
  11. cantik kan siti..100 rm jer tu...tq siti.

    ReplyDelete
  12. wah nampak amat sedap..resipi ni ..juadah raya 2015..yang etuza terlepas

    ReplyDelete
  13. wah nampak amat sedap..resipi ni ..juadah raya 2015..yang etuza terlepas

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist