Friday 10 July 2015

#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015-14 MEMORI RAYA 90-AN ATAU ZAMAN KANAK-KANAK.

ASSALAMUALAIKUM...

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Mengenang masa beraya zaman kanak-kanak membuatkan PI tersengih memanjang. Terutama tentang baju raya yang sedondon dipakai kami tiga beradik perempuan yang hampir sebaya hasil jahitan tangan emak.

Ketika tu kami sekeluarga tinggal di sebuah rumah kecil beratap nipah. Rumah jiran-jiran yang lain besar agam semuanya dan berdekatan antara satu sama lain. Kalau nak berziarah raya memang senang.

Pagi-pagi lagi sudah bangun berlari ke perigi untuk mandi sunat hari raya. Bukan main dingin lagi air yang ditimba naik menyiram tubuh kecil. Menggeletar bibir menahan kesejukan tapi mandi sunat hari raya fitri mesti dilakukan. Kelak selepas mandi bolehlah bergaya dengan baju baru dan kasut baru.

Siap berpakaian cantik akan bersarapan dulu dengan ketupat pulut dicicah gulai daging berserta kuih-kuih rasa tradisi yang disediakan emak. Kemudiannya bergerak ke masjid dan ke tanah perkuburan. Masjid dan tanah perkuburan jadi tumpuan anak-anak di hari raya kerana ramai yang sudi menghullur sedekah kepada anak-anak di situ.

Beraya ke rumah jiran-jiran hanya dijamu ketupat dan kuih muih saja dan kalau nak mengharapkan duit raya memang tak dapat. Duit raya hanya diberi emak ayah sendiri di hari raya. Berbeza sungguh cara raya anak-anak dulu dengan kini yang dengan mudah mengumpul duit raya dalam jumlahnya yang banyak.

Zaman PI beraya dulu kalau dapat kumpul seringgitpun sudah terlalu banyak rasanya. Kaya sangat dah tu heh..heh..

20 comments:

  1. jadi terlahir tahun 90 an dong yah...aiiih, masih muda belia nan bijaksana tapinya, salam lebaran mohon maaf lahir batin untuk tanggal 17 atau 16 atau 18, deh yah.

    udah follow kan akak di blog saya? (a/n. Mang Tuvli)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM LEBARAN CHILEMBU THEA MAAF ZAHIR BATIN MANG TUVLI..
      KAK BUKAN ANAK 90-AN TAPI LBH JAUH SEBELUM TU HEH..HEH..TQ

      Delete
  2. sama la. zaman saya dulu kalau beraya dapat 50sen pun, mesti rumah tu rumah org kaya... skrg kalau 50sen, budak dah tak pandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERUBAHAN RAYA ANTARA ZAMAN TU ADA TAPI XTERLALU KETARA SANGAT KAN PHA IS...TQ

      Delete
  3. Bestnya bila teringat raya zaman kecik2 dulu.
    Pergi beraya dengan kawan-kawan. Dapat 20 sen ke 50 sen dari satu rumah ke satu rumah, kira ok sangat dah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH FIDAH SEMPAT RASA ZAMAN ORG BERI RAYA CUMA 20 SEN JER...LA NI PALING KURANG PUN 2RINGGIT KE ATAS KAN...TQ

      Delete
  4. Anak2 senang sama uang baru waktu lebaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. KEGEMBIRAAN ANAK2 SAMBUT LEBARAN ADALAH BANYAK JUMLAH DUIT RAYA DI TANGAN KAN SUSI...TQ

      Delete
  5. masa kanak-kanak dulu kalau pergi beraya rumah orang kaya, mesti ada dua tiga biji kek atas meja, haram nak potong bagi makan kat kita2 ni..telan air liur. maklum le kanak2 kan..teringin...huhuhu..*lap air mata*

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH..HEH..KEK PENGHIAS MEJA TU JGN BERANI NAK USIK...KESIAN NOHAS...TQ

      Delete
  6. ye lah....zaman kanak2 dulu byk bezanya dengan sekarang...dulu kalau nak duit raya kena makan juadah dulu....skrg nie budak2 datang nak duit raya je....air pun x nak minum...huhu..

    ReplyDelete
  7. HMM..BETUL TU SETAKAT NK MKN KUIH RAYA BUAT APA KAT RMH MRK PUN BANYAK YG PENTING DUIT RAYA TU...TQ WANIE YAHYA.

    ReplyDelete
  8. Teringin rasanya melalui zaman kanak-kanak sekali lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. RASA NAK PUTAR MASA LALU KALAU BOLEH KAN ZUMAL...TQ

      Delete
  9. seronoknya raya dulu-dulu kan kak...saya rasa generasi saya yang terakhir pergi ziarah-menziarah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE...TAPI KAT KAMPUNG KAK NAMPAK SUASANYA MSH ADA..
      TQ SALBIAH M.

      Delete
  10. salam ramadhan, dulu takde GST mak yee ;p

    ReplyDelete
  11. SALAM RAMADAN NAK TIGA LALAT..GST ADALAH PERUBAHAN CARA KOLEK CUKAI DGN LBH BIJAK TU...HEH..HEH...TQ.

    ReplyDelete
  12. zama kanak - kanak saya lewat 70an . masa tu duit raya dah popular tapi dalam sen - sen sahajalah . Paling besar dapat 50 sen . banyak lah juga dapat . cuma saya x ingat kemana saya belanjakan duit tu ...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist