Wednesday 8 July 2015

#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015-12 BAJET RAYA.

ASSALAMUALAIKUM...

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

PI yang berpendapatan sederhana saja atau dalam istilah sebenar kurang berada ni setiap kali hendak sambut raya mesti sediakan bajet perbelanjaan perlu. Sekian-sekian jumlah RM diperuntukan untuk sekian-sekian kegunaan. Semuanya mesti tepat dan tidak boleh berlebihan. Kalau berkurangan daripada perbelanjaan bajet teramatlah disukai.

Berbelanja seadanya saja menurut kemampuan untuk baju raya anak-anak, perhiasan rumah, kuih-muih dan hidangan raya.

Juga menyediakan duit raya untuk anak-anak jiran sekampung yang datang berhari raya sekian RM. Dan sekian RM pula untuk ahli keluarga saudara-mara terdekat yang layak menerimanya.

Pada PI bajet raya atau bajet untuk apa saja perlu dirancang sebaiknya agar kita tidak pening kepala memikirkan beban kewangan setelah usai meraikan kegembiraan sempena sesuatu. Memang stres kalau tiada duit di tangan kan...nak tunggu pendapatan bulanan masuk lambat lagi....

Seronok juga kalau hidup muncah dengan wang ringgit ya. Tapi wang bukan segala-galanya kan dan tiada wang tiada pula segala-galanya ...

21 comments:

  1. tahun nie mmg berbelanja yang perlu je...perlu jimat nak tempuh belanja harian lepas raya nanti...
    follow blog sy juga ye...http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAGUS TU...KAK DH FOLLOW BLOG WANIE...TQ.

      Delete
  2. Terpaksa berjimat kan PI sebab perbelanjaan sekarang amat memeritkan. Keluar rumah mesti rancang nak beli apa supaya bajet tak lari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU ZAI..PERLU BAJET ILUT KEMAMPUAN YG ADA...TQ ZAI.

      Delete
  3. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak... Alhamdulillah, kalau kita tahu bajet sendiri berdasarkan kemampuan yang ada, pasti kita rasa tenang dan bahagia. Berbelanja itu ikut keperluan bukan kemahuan, ya kak. Duit raya untuk anak dan anak saudara sudah lama disimpan untuk kegunaan hari raya nanti. Seronok melihat anak-anak menyimpan wang raya di bank mereka. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM DIK FATIMAH..KALAU ADA DUIT SEDIKIT BELANJA SEDIKIT ...KALAU TIADA USAH BERBELANJA HEH..HEH..TAPI DUIT RAYA ANAK2 MESTI ADA...MELIHAT MRK GEMBIRA KITA LBH GMBIRA..TQ

      Delete
  4. memberi seikhlas hati kita dan mengikut kemampuan. .yang penting besederhana itu kan lebih baik... Insyaallah.. nak duit raya juga.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BENAR TU BELANJA IKUT KEMAMPUAN N XPERLU BERHUTANG...
      NAK DUIT RAYA MAI BERAYA RUMAH KAK CINTAHATI LINA...TQ

      Delete
  5. salam ramadhan kak Pah,
    duit bukanlah segala2nya,
    tp segala2nya nak pakai duit mak kann, kannns ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM RAMADAN DIK TIGA LALAT
      BENAR TU KALAU DUIT POKAI MMG STRES WEH..TQ TIGA LALAT.

      Delete
  6. Memang kena bajet kak, klu tak overspend.. Lps raye nganga..hihi

    ReplyDelete
  7. HEH..HEH..SUPAYA XTERNGANGA BAJET BETUL2 KAN WAWA...TQ.

    ReplyDelete
  8. Tahun nie duit raya pun ada gst...

    ReplyDelete
  9. utk thn ni sy snegaja awl kn persiapan. sy beli brg2 sblm gst... alhamdulillah... rs krg sikit bebannya... kalau ada pun cuma kuar belanja utk kuih raya je

    ReplyDelete
  10. $$$$.....nak duit raya jugak... :D

    ReplyDelete
  11. heh..heh..ambillah fidah..tq

    ReplyDelete
  12. Fuhh.. gemeng kepala jap tengok duit bnyk mcm tu especially nak raya ni.. fuhh.. klu mcm tu mmg raya sungguh tahun ni hihihii.. :D

    ReplyDelete
  13. heh..heh..impian tinggi benor ya..tq khir khalid.

    ReplyDelete
  14. CT x beriya sngt pun tahun ni.. baju yang sedondon ada sehelai..
    then nak pegi cr lagi spasang dua.. mmg last minute sungguh ni.. mak baru ada masa nak shopping..
    selebihnya duit kena simpan..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist