بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


pic google images sekadar hiasan.

Di riwayatkan bahawa seorang Raja dari Raja Raja Bani Israil berlagak terlalu sombong. Allah telah memberikan nya kekuatan di muka bumi sehingga di jauhkan dari segala penyakit.
Pada satu hari ketika terdetik pula di hati nya bahawa dialah orang yang mampu mengendalikan segala nya. Perbuatan dan kekuatan nya yang tidak pernah sakit membuat dia semakin angkuh.
Lantas Allah pun mengutus malaikat maut untuk mencabut nyawa nya. Pada saat itu dia sedang berada di tengah tengah tentera nya. Malaikat maut itu datang kepada nya dalam bentuk menyerupai manusia. Lalu memegang kuda nya dan menghentikan nya.
Raja tersebut kemudian dengan lantang berkata:
Apa yang membuat mu berani menghalangku di jalan ini?
Malaikat pun menjawab:
Aku adalah malaikat maut dan di perintah untuk mengambil nyawamu sekarang.?
Dengan tiba tiba sang Raja menjadi lemah sambil berkata:
Tundalah sebentar sehingga aku dapat berwasiat
Malaikat menjawab:
Tidak ada penundaan bagiku kerana aku adalah yang
di tugaskan olih Tuhan.
Engkau telah diberikan banyak waktu
tetapi engkau tidak mengambil pelajaran.
Banyak nikmat yang tidak engkau syukuri
Meskipun engkau mengetahui nya
Dengan tiada sedetik pun di luangkan, maka Malaikat maut pun mencabut nyawa sang raja dan dia pun tersungkur di tengah tengah tenteranya menjadi mayat
Demikian lah yang harus di muhasabahkan.
Jika Allah berkehendak dalam sedetik masa saja.

Ustazah Nurbaya Usman.

10 ulasan - "RAJA YANG SOMBONG.."

Fidah Shah delete icon 4 Jun 2015 10:09 PTG

Semoga menjadi peringatan dan pengajaran.
Segala yang berlaku adalah di atas ketentuan, kekuasaan, rahmat dan kasih sayangNya.

Sobri Yaacob delete icon 4 Jun 2015 11:01 PTG

banyak pengajaran yg ada..
sekuat mana anda pun.. lagi hebat maha pencipta :)
jangan riak dan bongkak

Diana Rashid delete icon 4 Jun 2015 11:49 PTG

mati tu pasti..tak lambat tak cepat..ye kan kak??

Qaseh Vee delete icon 5 Jun 2015 1:02 PG

kena sentiasa bersedia menghadapi kematian ...

notie delete icon 5 Jun 2015 8:20 PG

Semuga kita tidak menjadi manusia yang riak dan takbur dengan kurniaan Nya. Mengingati mati adalah wajib.

abuikhwan delete icon 5 Jun 2015 8:20 PG

Assalamualaikum kak,
Bicara tentang kematian amat menakutkan..ketika menghadapi kematian, bagaimana pula selepas kematian. Benar-benar ia sesuatu yang memotong kelazatan. Allahumma akhtim lana bi-husni al-khatimah..

Terima kasih kak atas peringatan yang sangat bermanfaat ini..

aizamia3 delete icon 5 Jun 2015 2:44 PTG

Peringatan untuk diri sendiri.. terima kasih atas perkongsian ini kak.. ;)

Khai♥Rin : anies delete icon 5 Jun 2015 2:55 PTG

kematian tu dtg tanpa 'salam'

Gee Lion delete icon 6 Jun 2015 1:16 PG

Bacaan malam yg menyentap sanubari kecil saya. :')

Khir Khalid delete icon 6 Jun 2015 6:16 PTG

Peringatan buat kita semua agar sentiasa menjadi renungan dan sempadan. Kesombongan tidak membawa ke mana2 malah membinasakan diri dan jiwa.. astagfirullah...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”