Wednesday 10 June 2015

KEKAYAAN ....KEJAYAAN.... KASIH SAYANG...

ASSALAMUALAIKUM...

pic google images sekadar hiasan.

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...

23 comments:

  1. Asslamualaikum kak paridah...selamat pagi...


    Singgah blogwalking...:)
    Korang gemuk ke?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/gemukkah-aku.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..tq bw sini..ok kak dh singgah sana.

      Delete
  2. Hidup memang harus berkasih sayang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasih sayang terpenting dlm kehidupan..tq fidah.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. assalamu'alaykum... is folo sini di #197 na (^___^)

    salam ukhwah...

    ReplyDelete
  5. Kasih sayang secara tak langsung menyumbang kepada kejayaaan dan kekayaan dalam kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu kasih syg membawa masuk kesemua yg kita inginkan dlm kehidupan ini...

      Delete
  6. Nak jemput kasih sayang masuk rumah juga laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..kasih syg perlu ditambh dlm rumah zumal tu...tq

      Delete
  7. maknanya tak betul la orang kata ada duit cik adik sayang tu..ekekekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..duit tu penambah n pengikat kasih syg kan diana...tq

      Delete
  8. Assalamualaikum kak,
    Entry yang sangat tersirat maknanya...
    "“Kita dapat mengubati penyakit fizikal dengan ubat-ubatan, tetapi satu-satunya ubat untuk kesepian, keputus asaan dan hilangnya harapan adalah kasih sayang. Ramai di dunia ini yang mati kerana kurang makan tetapi lebih ramai yang mati kerana haus kasih sayang.”

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ustaz..nilai kasih sayang tu tertinggi drpd segalanya n terlalu berharga kan...tq

      Delete
  9. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak... saya sangat suka cerita analogi di atas. ia sangat menginspirasikan. Dengan kasih sayang, kita akan mendapat segala-galanya baik kekayaan mahupun kejayaan. Hasil kasih sayang itulah yang membuat dunia ini aman damai dan sejahtera. Semoga persahabatan kita juga tumbuh dari rasa kasih sayang, ya kak. salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik fatimah..anologi berilmu disampaikan utk kita menafaatinya...semoga ikatan kasihsayang yg terjalen antara kita berkekalan selamanya...tq fatimah.

      Delete
  10. lama tak lawat pasal bercuti ke over the sea

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bercuti ke oversea adik MKL ni..seronoknya ya...

      Delete
  11. So inspiring la citer ni kak...

    ReplyDelete
  12. kekayaan,kejayaan dan kasih sayang adalah semua yg dibutuhkan manusia :)

    ReplyDelete
  13. benar tu media2give..keperluan kehidupan kita sebenarnya...tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist