Tuesday 30 June 2015

#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015-4 MENU WAJIB BULAN PUASA,

Assalamualaikum....

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Yang perlu ada tika berbuka puasa tidaklah banyak. Hanya tamar dan nasi panas berserta lauk pauk serba ada juga air minuman sejuk dan panas. Kuih-muih dibuat juga. Ikut mood. Kalau rajin ada la.Sesekali merancang juga juadah istimewa yang kebiasaannya tidak dinikmati di masa selain di bulan puasa seperti nasi ulam utara. Nasi kerabu memang ada dijual di mana-mana saja setiap hari dan mudah diperolehi. Tapi nasi ulam utara ni istimewa kerana ulamannya yang terlalu banyak..

Berlebihan menjamu selera tika berbuka puasa akan menjadikan kita terlentuk mengantuk akibat terlalu kekenyangan. Maklum semua yang terhidang kelihatan amat menyelerakan. Tak makan masa berbuka takut tak sempat merasa pula kan. Terpulanglah kepada bijaksana pertimbangan geliga minda.

Menyerikan malam-malam Ramadan dengan memeriahkannya bersama jemaah berteraweh di masjid atau surau rugi pula jikalau tidak dapat melakukan ibadah yang sunat dilakukan di bulan ini saja.Perlulah kita meraih pahala berganda yang dijanjikan Allah....InsyaAllah.




12 comments:

  1. Betul tu akak, nasi ulam boleh jumpa time puasa jer. Tu pun susah nak cari...

    ReplyDelete
  2. tempat kak mmg takjumpa nasi ulam utara ...nak makan jawabnya kena buat sendiri...tq zumal.

    ReplyDelete
  3. tak pernah nmpk ada jual nasi ulam utara kat sini.kalau ada harus akak beli nak merasa juga bagaimana rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini mmg xder ky tapi sebelah kedah perlis ada siap dgn sayur asam keladi.

      Delete
  4. Macam kakak ni kan PI sebab jenis malas beli ajelah apa yg ada di bazar. Tak komen apa pun sebab kalau banding dgn diri sendiri nak buat memang tak mampu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oklah tu xmampu buat beli saja tolong tambahkan rezeki penjualnya berpahala juga tu..tq kak zakie.

      Delete
  5. makan-makan juga jangan lupa untuk dekatkan diri dengan pemberi Nikmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu segala kenikmatan yg dirasai anugerah Pencipta...tq arz moha.

      Delete
  6. satu2 nyer menu yg sy tingin nk mkn n cari ialah puding diraja.... ada yg beritahu ada dijual di bazar TTDI...mak aiiii...jauh nk menapak tu ;-)

    ReplyDelete
  7. wah puding diraja sedap tu kalau puding raja pahang kak tau juga ada tambahan jala emas dlm puding tu...tq anies.

    ReplyDelete
  8. Dulu pernah makan nasi ulam.. tp bulan puasa ni belum lagi dpt makan.. selera pulak.. :) :)

    ReplyDelete
  9. nasi ulam ni kat sebelah utara ja ada kot...kena oder dari sana kalau nk mkn hh..heh...tq khir khalid.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist