بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMIALAIKUM...

Untuk bersahur tidaklah perlu hidangan penuh semeja. Bagi PI cukup demgan 3 butir tamar, segelas susu, sepinggan nasi panas bersama telor asin, ikan goreng , sambal belacan dan ulaman. Memang membuka selera di awal pagi. Kalau ada semua tu kejaplah perut menahan kelaparan puasa seharian.

Resepinya tentulah teramat mudah. Ramai yang tahu menyediakannya. Buah tamar boleh saja dibeli untuk stok sepanjang masa berpuasa Ramadan. Telor asin boleh dibuat sendiri terlebih awal sebelum puasa.

Caranya belilah... telor itik/ayam sebanyak diperlukan.
2.  Bersihkan telor tersebut dengan membasuhnya.
3.  masak air garam sebeg pelastik kecil yang biasa dijual di kedai tu.
4.  Sejukan air garam isi dalam bekas pelastik dan masukan telor.
5.  Apabila telor yang direndam telah timbul ke permukaan maknanya telor asin sudah cukup masin dan boleh direbus.


Maka bolehlah bersahur dengan nasi telor asin rebus, tamar, segelas susu, sambal belacan, ikan goreng dan ulam. Mudahnyalah...tak perlu resepi apa-apa.

Tapi perlu juga mengikuti tajuk yang diberi agar tak lari maksudnya kan. Jadi PI pilih resepi bagaimana nak buat sambal belacan yang sedap untuk digabungkan bersama hidangan yang amat ringkas tika sahur.

Sambal air asam penyet-penyet.

Bahan-bahannya.

5 biji cili api.
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
dan garam secukup rasa.

Caranya

Patah-patahkan cili api, campur semua bahan dengan sedikit air. Penyet-penyetkan cili api supaya kepedasannya terasa. Hmm silakanlah santap.

Heh..heh..Apalah PI ni tayang resepi sambal belacan jer....Dah itu saja rezeki yg ada pun untuk bersahur. Syukur Alhamdulillah....




18 ulasan - "#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015-3 RESEPI SAHUR PALING RINGKAS."

Dunia Zumal delete icon 29 Jun 2015 4:39 PTG

Wah, nanti boleh la buat telur asin sendiri...

abuikhwan delete icon 29 Jun 2015 7:02 PTG

Assalamualaikum kak,
Selamat bersahur dengan resepi yang ringkas tu...tetapi walaupun ringkas kecur juga air liur mengenang ulam dan sambal belacan...

pengetahuan produk delete icon 29 Jun 2015 9:05 PTG

boleh juga di coba menu makanan ini :)

Diana Rashid delete icon 29 Jun 2015 11:01 PTG

mak mertua saya pun sellau buat telun asin ..kalau balik kampung dia bagi la kami bawak balik..hehe

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 30 Jun 2015 6:02 PG

Wah sedap

Fidah Shah delete icon 30 Jun 2015 8:08 PG

Arwah mak saya selalu buat telur masin dulu.....tetiba teringat...huk..huk..
Thanks for cara2 nak buat telur masin tu..tak pernah buat sendiri, tapi rasa macam nak cuba.
Kalau bersahur, makan yang simple2 lagi best rasanya...

paridah delete icon 30 Jun 2015 11:29 PG

yeke...di bulan ramadan ni hati kita sebak mengenangkan insan2 yg kita syg tapi tlh meninggalkan kita...
cubalah buat telor asin sendiri fidah..x susah pun tq.

paridah delete icon 30 Jun 2015 11:30 PG

yes sedap n simple...tq MKL

paridah delete icon 30 Jun 2015 11:32 PG

yeke..best kan xyah nak dibeli tq diana.

paridah delete icon 30 Jun 2015 11:34 PG

cuba susi simple sgt ni...tq

paridah delete icon 30 Jun 2015 11:37 PG

wsalam dik ustaz..xyah nak beradun sgt cara mkn utk sahur ni kan...ada sambal ikan asin berselera kita mkn nasi...tq abuikhwan.

paridah delete icon 30 Jun 2015 11:38 PG

cubalah zumal ikut cara yg kak beri tu...tq

Sue Bee delete icon 30 Jun 2015 2:40 PTG

TQ sbb sharing cara buat telur asin. Cuma kat tempat SB agak sukar jumpa org jual telur itik fresh

paridah delete icon 30 Jun 2015 3:14 PTG

wc sue...tiada telor itek boleh gunakan telor ayam...pilihlah yg agak besar...tq.

aRz MoHa delete icon 1 Julai 2015 11:21 PG

tak dinafikan kak PI memang sedap menu seperti ini.

adakala saya memilih makan dengan budu

paridah delete icon 1 Julai 2015 1:01 PTG

yella sedap tu membuka selera...tq arz moha.

Khir Khalid delete icon 2 Julai 2015 1:11 PTG

Ok sgt tu kak.. sedap tu. Sahur klu hidangan berat2 sgt pun tak syoklah.. :D

paridah delete icon 2 Julai 2015 4:03 PTG

simple ker masakan utk sahur kan...tq khir khalid.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”