بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

IKAN PARI SELALUNYA DIPANGGANG SAJA DAN DIHIDANG BERSAMA AIR ASAM/SAMBAL BELACAN SEBAGAI PENYICAHNYA.....SEDAP SANGAT TU ....AMAT MEMBUKA SELERA DIMAKAN BERSAMA NASI. TAPI KALAU DIMASAK ASAM PEDAS IKUT CITARASA KESUKAAN OK JUGA TU. SELAMAT MEMASAK ASAM PEDAS IKAN PARI UNTUK KELUARGA TENGAHARI INI....


Bahan-bahan.
1) 4-5 ketul ikan pari (ikut saiz yg disukai)
2) 7 biji cili padi
3) 2 biji cili merah
4) 5 ulas bawang kecil
5) 2 keping asam keping
6) Sedekit air asam jawa
7) 1/2 paket serbuk kari ikan
8) Sedikit belacan
9) Segenggan daun kesum
10) Setangkai bunga kantan
11) 6 batang bendi
12) Garam dan bahan perasa
13) 2 mangkuk air
Cara Memasak
1) Kisar cili padi,cili merah,belacan dan bawang
2) Masakkan bhn kisar bersama2 rempah dengan api perlahan hingga cili dan rempah masak
3) Masukkan asam keping
4) Tambahkan air & air asam jawa
5) Masukkan ikan pari
6) Masukkan daun kesum dan bunga kantan
7) Tambah garam dan perasa
8) Masukkan bendi ke dlm asam pedas
9) Biar mendidih sehingga ikan masak.
10) Boleh dihidangkan.
Selamat Menjamu Selera ~ Pasti Terangkat


10 ulasan - "ASAM PEDAS IKAN PARI..."

nohas delete icon 9 Jun 2015 10:46 PG

sedapnya...

paridah delete icon 9 Jun 2015 11:18 PG

HMM SEDAP NI...TQ NOHAS.

Qaseh Vee delete icon 9 Jun 2015 11:58 PG

asam pedas org melaka ni ... suka tgk bendi tu .

Fidah Shah delete icon 9 Jun 2015 12:15 PTG

Asam pedas...memang faveret saya. Cuma tak boleh letak belacan aje..walau itulah bahan penyedap rasa...

Sweetie delete icon 9 Jun 2015 12:16 PTG

Sedap! makan bersama ulam petai!.

paridah delete icon 9 Jun 2015 10:18 PTG

TENGOK RESEPI PUN TAU ASAM PEDAS MANA KAN QV...TQ

paridah delete icon 9 Jun 2015 10:21 PTG

TAK LETAK BELACAN PUN SEDAP JUGA FIDAH...TQ

paridah delete icon 9 Jun 2015 10:25 PTG

HMM SEDAP TU SWEETIE...TQ.

Khir Khalid delete icon 10 Jun 2015 9:14 PTG

Fuhhh... sedap ni.. mmg best buat makan malam.. :D

muhammad nizam delete icon 14 Jun 2015 9:48 PTG

tempting ... indeed.... kecur ayaq liuqq

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”