Saturday 27 June 2015

APA ERTI PUASA PADA ANDA...#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015

#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015

ASSALAMUALAIKUM.....

Puasa pada PI menahan diri daripada makan dan minum juga mengelakan diri daripada perkara-perkara yang membatalkannya sebermula sebelum terbit fajar hingga masuk waktu maghrib dengan niatnya di malam hari.

Sementara puasa di bulan Ramadan.pula adalah rukun Islam yang wajib ditunaikan dengan beberapa kelonggaran untuk meninggalkannya atas beberapa sebab tertentu. tetapi wajib menggantikannya atau membayar fidyah jika tidak berdaya berpuasa.

Kehadiran Ramadan sentiasa didoakan setiap tahun agar dapat bertemunya untuk berpuasa sambil amal ibadah seperti mengaji al quran bersolat taraweh, bertahajud, bersedekah dan lain-lain kebajikan yang dijanjikan Allah pahala berganda.

30 hari atau 29 hari berpuasa di bulan suci mulia tidaklah menyukarkan untuk melakukannya. Masa sangat pantas berlalu detik demi detik dah sampai ke pengakhiran. Jangan lupa pula dicari keberadaan malam qadar/Lailatul qadar yang disembunyikan Allah akan tarikh tetap kehadirannya. Cuma dinyatakan pada 10 Ramadan terakhir dan menurut perawi hadis muktabar pada malam Ramadan akhir yang ganjil. Malam yang sangat berkat dan dianjurkan beribadat sebanyak mungkin untuk memperolehi kenikmatan ukhrawi dan duniawi dalam reda Allah Azzawajalla.

Syukur Alhamdulillah masih dapat bertemu Ramadan indah seolah sedang mengutip zamrud permata sebutir demi sebutir sebagai harta hakiki milik peribadi untuk dibawa ke akhirat sana...Insya-Allah.

13 comments:

  1. Amboi comelnyer sikecik tu...anak paridah ke?... tengah main game ke tu...atau tengok waktu berbuka petang ni...hehehe..

    ReplyDelete
  2. heh..heh..tiada lagi dah anak kecik bunda...ini cucu sy yg ke 4...dah ramai cucu pun bunda...anak2 la ni mmg xlepas dgn gajet2 canggih ni...tq bunda.

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah masih dapat bertemu Ramadan indah lagi.... semoga amalan kita semua diterima

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...aamiin...tq muhammad nizam

      Delete
  4. Moga kita terus istiqamah membuat amalan dan moga bertemu dengan malam lailatul qadar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap kali ramadan dpt bertemu lailatulqadar alangkah bertuahnya...tq zumal.

      Delete
  5. Moga segala amalan kita diterima..
    moga mendapat keberkatan di bulan yang penuh mulia ini...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...moga2 begitu hendaknya...tq fidah

      Delete
  6. selamat menghidupkan pesta ibadah!
    sama semangat awal hingga akhirnya...
    moga Allah memberkati dan mengkabulkan segala doa kita.. aamiin... =D

    ReplyDelete
  7. ya berpesta ibadah di bulan yg mulia...insyaAllah doanya...aamiin...tq semut senyum.

    ReplyDelete
  8. Semoga puasa tahun ini membawa lebih keberkatan buat kita semua berbanding tahun2 sebelumnya... aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist