Saturday 16 May 2015

TALAM PERMATA KELEDEK...

ASSALAMUALAIKUM...

CANTIK SUNGGUHKAN GABUNGAN WARNA KUIH TALAM KELEDEK NI...ADA WARNA HIJAU PUTIH UNGU OREN...WARNA-WARNA MAKANAN PEWARNA SEMULAJADI. WARNA HIJAU DIHASILKAN DARIPADA PANDAN DAN DAUN ASIN-ASIN YANG DIBLEND...WARNA UNGU PULA DARIPADA BUNGA TELANG DAN OREN DARIPADA KELEDEK OREN YANG DIREBUS KEMUDIANNYA DIPOTONG KECIL. KALAU HENDAK MUDAH GUNAKAN SAJA PEWARNA MAKANAN TIRUAN YANG DIBENARKAN. SEBAIK-BAIKNYA DEMI KESIHATAN BERSUSAH-PAYAH SEDIKIT TIDAKLAH MENGAPA...

Talam Permata Keledek
BAHAN UTK LAPISAN TENGAH (loyang 10x10x2@3inci
2 cawan keledek oren yg telah di dadu (rebus & toskan)
1 1/2 cwn tepung beras*
1 cwn santan pekat*
2 cwn air*
2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)*
1 cwn gula halus*
sedikit garam*
CARANYA
Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.
Masukkan keledek (yg telah direbus tadi) dan kacau rata. Biarkan sebentar.
BAHAN UTK LAPISAN ATAS DAN BAWAH
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cwn gula halus
2 biji telur
1 cwn santan pekat
2 cwn air
secubit garam
pewarna merah dan hijau
CARANYA
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap.
Bahagi pada 2 bahagian dan warnakan, satu bahagian hijau dan satu lagi merah. Ketepikan.
CARA MELAPIS KUIH
Sapukan sekeliling loyang dngn sedikit minyak masak dan alaskan plastik.
Panaskan pengukus kuih. Tuang adunan warna merah ke loyang dan kukus selama 10 minit.
Masukkan pula adunan lapisan tengah yg mengandungi keledek oren tadi dan kukus selama 20 minit. Sebelum tuang lapisan hijau pastikan tiada air bertakung di permukaan.
Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air. Selepas tu cakar2 sikit permukaan kuih guna garpu barulah tuangkan warna hijau.
Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana.
Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

7 comments:

  1. Wahh sedapnya.. ni kalau jual di pasar Ramadan mesti laku ni.. menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  2. HEH...HEH..YA TU...XSABAR TUNGGU RAMADAN TIBA...TQ KHIR KHALID.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya talam ni...nampak pun sedap.
    Boleh cuba ni..thanks resipinya Kak Paridah

    ReplyDelete
  4. CUBALAH FIDAH..XCUBA XTAU RASANYA...TQ

    ReplyDelete
  5. ya enak sekali..tq dik budi purnomo.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist