بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...

Kali ini kongsi resepi daging pula. Daging ni dimasak apa saja pun sedap. tapi bagi pengidap darah tinggi perlu mengurangkan pengambilannya. atau kalau boleh dielakan langsung.

PI pernah mengidap darah tinggi tika mengandungkan anak yang ketiga. Akibatnya badan kembang, hilang penglihatan, anak yang dikandung lahir tidak cukup bulan. Amat menyedihkan kehilangan bayi comel yang dinanti kehadirannya.

Bagi ibu-ibu yang hamil dan disahkan gangguan darah tinggi yang sinonim dengan wanita kala hamil, jagalah pemakanan ya. PI makan juga daging tapi sikit-sikit saja. Takut juga darah tinggi menyerang lagi. Buat masani tekanan darah normal stabil.

Lupakan kisah PI jom masak resepi yang enak ni. Lagipun ramai yang tiada masalah tu dan boleh makan apa saja.
RESEPI DAGING MASAK MERAH
Bahan-Bahan:
● 200 gram daging
● pewarna merah
● 1 senduk minyak masak
● 1 inci halia, hiris nipis
● 3 ulas bawang putih, diketuk
● 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
● 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
● 4 biji jagung muda, potong memanjang
● 1/4 cawan cili kisar
● 2 sudu besar sos tomato
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 sudu besar sos ikan
● 2 helai daun limau purut
● sedikit tepung jagung
● Karot, potong memanjang
Caranya :
1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.
RESEPI RAHSIA HAWA.


22 ulasan - "DAGING MASAK MERAH.."

Sobri Yaacob delete icon 6 Mei 2015 9:11 PTG

sungguh sedap resepi ni sis..
tambah klau ada isteri yg memasak..
eh dah kna cari calon ni ha..ha.. :)

nohas delete icon 7 Mei 2015 1:36 PG

selalu makan kt kedai, dagingnya adalah beberapa keping je, bawang yg banyak..hihi..

Mang Koko delete icon 7 Mei 2015 2:33 PG

saya order tiga porsi jangan lupa sambal dan petenya supaya makan daging merah masaknya lebih makjleb nih....satu lagi....
jangan pake lama

❤Kamsiah❤ delete icon 7 Mei 2015 4:53 PG

kalau nak goreng,daging bahagian mana yg sesuai....?
kdg2 akak beli daging..liat bkn main..

tiga lalat delete icon 7 Mei 2015 8:40 PG

Salam. Hee rajinnya mak sedap daging masak merah tuu ;p

Fidah Shah delete icon 7 Mei 2015 8:50 PG

Nyum2...feveret ni :)

Anisayu Nastutik delete icon 7 Mei 2015 8:50 PG

Daging masak merah
Campur cili dan tomat merah
Selera jadi tergugah
Pedas sudah terasa dilidah

aTieYusof Family delete icon 7 Mei 2015 9:45 PG

wow...sedapnya daging masak merah ni... hubby suka ni kak.. balik nti nak masakkan lah..hehe

paridah delete icon 7 Mei 2015 3:44 PTG

YEKE..SEDAP NI ATIE...TQ

paridah delete icon 7 Mei 2015 3:46 PTG

HMM ANISAYU DGN KOMENNYA YG PUITIS..TQ

paridah delete icon 7 Mei 2015 3:47 PTG

HMM SEDAP MENGUNYAH YA FIDAH...TQ.

paridah delete icon 7 Mei 2015 3:49 PTG

WSALAM YA SEDAPNI
BBERAPAKALI MAK ENTER BLOG TIGA LALAT TAPI XDPT NK DROP KOMEN...TQ TIGA LALAT RAJIN BW SINI.

paridah delete icon 7 Mei 2015 3:51 PTG

DAGING BATANG PINANGLH KOT KHAMSIAH..KAK XRETI JUGA BAB DAGING NI..TQ

paridah delete icon 7 Mei 2015 3:52 PTG

SIAP..SILAKAN MANG KOKO...TQ

paridah delete icon 7 Mei 2015 3:54 PTG

YEKE..ELOKLH TU LBHKN MKN BWG N KURANGKN MKN DAGING HEH..HEH..TQ NOHAS.

paridah delete icon 7 Mei 2015 3:56 PTG

SEDAP NI SOB..CARILAH IS3 YG AKN MSK ANEKA JNS MSKAN KESUKAAN SUAMINYA TU..JGN TUNGGU LAMA2 SOB..TQ

Qaseh Vee delete icon 8 Mei 2015 9:42 PG

owh , ada pewarna merah rupanya ...

Khai♥Rin : anies delete icon 8 Mei 2015 10:03 PG

sy mmg suka masakan ni kalau dpt dgn nasi panas2...perrghhh heaven!

Dunia Zumal delete icon 8 Mei 2015 5:06 PTG

Minta sikit yer akak ^-^

paridah delete icon 12 Mei 2015 9:31 PG

ada tu..tq qv

paridah delete icon 12 Mei 2015 9:32 PG

sedap sgt ni ya anies...tq

paridah delete icon 12 Mei 2015 9:33 PG

heh..heh..ambillh zumal..tq

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”