بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

KALI N3 MASAKAN UBAH SELERA SEDIKIT...BIASANYA MASAK LAUK PAUK SAJA...CUBA-CUBA PULA MENGULI DOH MEMBUAT SARDIN ROLL...

 

Bahan-Bahan:

Bahan untuk pastri:
2 cawan tepung gandum
70 gram mentega sejuk, potong kiub
1/2 sudu kecil garam halus
40 ml air sejuk
1 biji telur, untuk sapu


Bahan untuk inti sardin:


1 tin kecil sardin
3 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, cincang halus
1 biji kentang, potong dadu
1 biji bawang besar, potong dadu
2 sudu besar cili kisar
3 biji cili api, hiris nipis
1 sudu besar mayonis
minyak



Cara untuk memasak inti sardin:

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, cili padi dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan sardin bersama kuahnya sekali, kacau seketika diikuti kentang. Masak sehingga kentang empuk dan kuah menjadi sedikit kering.
Masukkan pula bawang besar, garam dan gula dan kacau sebati. Angkat dan sejukkan.
Hancurkan isi sardin dan gaul bersama mayonis.

Penyediaan doh.

Gaulkan tepung gandum, garam dan mentega sehingga sebati dan menjadi tekstur seperti serbuk roti. Tidak mengapa jika ada sedikit ketulan-ketulan kecil mentega.
Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Balut doh dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama 15-30 minit.
Keluarkan doh dan bahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, uli doh kepada bentuk bebola.
Gunakan rolling pin atau kayu penguli dan uli doh sehingga menjadi nipis. Sudukan inti sardin secara memanjang dan gulung pastri. Gamkan bahagian hujung dengan telur dan picit di bahagian hujung supaya tidak terbuka.
Goreng di dalam minyak yang panas, di atas api sederhana sehingga kekuningan

9 ulasan - "SARDIN ROLL..."

Sarah Talib delete icon 4 April 2015 9:16 PG

Sedapnya sardin roll...dulu2 masa sekolah menengah saya ambik aliran sains rumah tangga(srt) belajar buat sardin roll..punya la best dpt bwa balik rumah bagi mak rasa.

Bpk Baktiar delete icon 4 April 2015 9:17 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
paridah delete icon 4 April 2015 9:44 PG

tq bpk bakhtiar.

paridah delete icon 4 April 2015 9:48 PG

srt zaman kak dulu xder bljr sardin rol ni..sedap ni kan sarah...tq.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 4 April 2015 1:01 PTG

sedap tu...

Nooriah Abdullah delete icon 4 April 2015 2:07 PTG

cantiknya macam sosej lah mesti sedappp

paridah delete icon 4 April 2015 7:02 PTG

mmg sedap pun..tq MKL.

paridah delete icon 4 April 2015 7:04 PTG

kalau mls inti sadin isi saja sosej sedap juga kan...tq noor.

Siti Yang Menaip delete icon 5 April 2015 7:45 PG

woaaah rajinnyaaa sedap.. =D CT bab bab roti memang laju aaahks.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”