بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

TERLIUR TAK TENGOK RENDANG AYAM HIJAU NI? BIASANYA RENDANG WARNANYA MERAH ATAU COKLAT KEPERANGAN. YANG INI HIJAU PULA YA. DIMAKAN DENGAN NASI LEMAK, NASI BIASA ATAU ROTI SEDAP SANGAT NI. JOM CUBA RESEPI NI....

RENDANG AYAM HIJAU
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam – potong ikut suka dan dibersihkan
1 paket (320ml) santan sawit KHALIS
4 cawan air
4 helai daun kunyit – dihiris kasar
3 – 4 helai daun limau purut - disiat
2 – 3 keping asam gelugor
2 batang serai - dititik
3 senduk nasi kerisik
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan dikisar halus:
15 biji cili padi hijau
15 biji cili padi merah
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
6 batang serai – dihiris
5 biji buah keras
Air secukupnya untuk memudahkan bahan-bahan dikisar halus.
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
2. Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam kecut
3. Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
4. Tambah kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak (teknik mereneh).
5. Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masukkan juga beberapa biji cili padi yang dititik. Teruskan masak sehingga rendang kering ataupun sedikit berkuah. Matikan api. Bolehlah dihidangkan.
Sumber : Resepi Sheila Rusly

16 ulasan - "RENDANG AYAM HIJAU..."

nohas delete icon 22 April 2015 7:13 PTG

suka semua jenis rendang...rendang ijo minang..

Cilembu thea delete icon 22 April 2015 8:03 PTG

ww...rendang ayan hijau sepertinya super duper lezat, melihat hijaunya bikin selera meningkat tuh..ijin bookmark resepnya ah

Jie Susanos delete icon 22 April 2015 8:33 PTG

jie jrg boleh mkn rendang ni..lazat2..

Nooriah Abdullah delete icon 22 April 2015 9:07 PTG

sedap rendang hijau ni, biasa dah rendang merah kan, ni hijau pasti lebih bestttt

Gee Lion delete icon 23 April 2015 12:12 PG

kepedasan dan cilik dia tu yg penting.. kalau ikan pun, layanzzz..

aTieYusof Family delete icon 23 April 2015 9:04 PG

Salam kak.. memang peberet kami klu rendang.. tapi selalu buat yg biasa je.. yg mcm ni blm pernah cuba.. nnti nk try lah..:)

Khai♥Rin : anies delete icon 23 April 2015 10:01 PG

mn nak cari santan khalis tu akk;-)

paridah delete icon 23 April 2015 3:32 PTG

ntah..kat pasaraya ada kot...tq anies.

paridah delete icon 23 April 2015 3:33 PTG

wsalam atie...cuba resepi rndang hijau pula...tq

paridah delete icon 23 April 2015 3:34 PTG

suka pedas ya gee...sedap ni tq.

paridah delete icon 23 April 2015 3:35 PTG

yelah noor lain dari yg biasa ni...tq nooriah.

paridah delete icon 23 April 2015 3:36 PTG

mmg lazat jie..cubalh...tq

paridah delete icon 23 April 2015 3:38 PTG

ok jer silakan chilembu thea.

paridah delete icon 23 April 2015 3:39 PTG

agaknya rendang minang ni..tq nohas.

Fidah Shah delete icon 24 April 2015 9:14 PG

Sesekali tukar selera, menarik juga kan.
Makan pulak dengan nasi panas....uuummmpphhhh!!!

paridah delete icon 24 April 2015 9:21 PG

ya fidah cuba resepi baru...tq

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”