Wednesday 29 April 2015

NASI DAGANG TERENGGANU..

ASSALAMUALAIKUM...

HMM SEDAPNYA...BUAT PERSEDIAAN MALAM NI UNTUK SARAPAN ESOK PAGI




Resepi Nasi Dagang Terengganu:

Bahan-bahan untuk Nasi: -
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia

Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan

Resepi Gulai Ikan Aya :
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
Resepi Acar Timun:-
Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang
- SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.
Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.

18 comments:

  1. salam kak... wahhh teringin nasi dagang Terengganu... lama tak makan... kena belajar masak ni:)

    ReplyDelete
  2. wsalam atie..msk sendiri puas hati makannya..tq

    ReplyDelete
  3. Huh! harumnya bau nasi dagang membangkitkan selera di pagi hari. First time saya makan nasi dagang di Kota Bharu tahun 1980 ketika menyertai rombongan melawat Kelantan. Kami di jamu dengan nasi dagang untuk sarapan pagi... waktu tu saya tertanya2 dlm hati, "nasi apa sedap sangat ni"... dan kesedapannya tu masih terasa2 lagi sampai sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi dagang kalau kena dgn gulainya mmg sgt sedap.,,tq sweetie.

      Delete
  4. Alahai PI kakak baca betul-betul stepnya sebab kakak tak pernah masak lagi tau nasi dagang ni. Makan selalu sebab suka hihi.... kalau gulai ikan tongkol (aya) tu kakak selalu juga masak tapi makan dgn nasi biasa. Nasi dagang ni kalau makan gitu aje pun sedap - kakak suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..xsusah nk msk nasi dagang ni...masak gulainya dh tahu tu bolehlh masak nasinya pula..tq kakzakie.

      Delete
  5. dah sarapan, kak? teringat lagu Nasi Dagang nyanyian Rosmaria Abdul Hamid..beras pulut, beras biasa..

    kena tunggu pasar malam, baru dapat nasi dagang yang lazat hingga menjilat jari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela nohas xlupa lagu rosmaria tu...sedap tu nasi dagang pasar malam hingga menjilat jari...tq nohas.

      Delete
  6. baru semalam makan nasi dagang
    hehe

    ReplyDelete
  7. Hidangan hebat ni PI.. kalao SB yg makan di waktu pagi, alamatnya sampai ke mlm kenyang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ni sue..kalau mkn pagi mesti nk ulng mkn thari n mlm juga...tq sue bee.

      Delete
  8. Saya tak pandai makan nasi dagang.. ;)

    ReplyDelete
  9. Special ni...saya suka juga hidangan nasi dagang. Bole cuba try test. Cuma rempah gulai cap bunga ros tu susah siket nak jumpa (hihi...alasan)

    ReplyDelete
  10. oder dari teganu fidah..baru gulai sedap asli..tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist