بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

LA NI MANGGA SEDANG BERMUSIM KAN...SEDAPNYA KALAU DIPETIK DUA TIGA BIJI MANGGA YANG MASIH MUDA UNTUK DIJADIKAN KERABU. RICIS HALUS CAMPUR ITU INI DAH SIAP....BOLEH DIJADIKAN PENAMBAH HIDANGAN BERBUKA PUASA ATAU MAKAN MALAM NANTI..



RESEPI KERABU MANGGA
Bahan-bahan:
● Mangga muda (2 biji)
● Daun kesum
● Bunga kantan (1 batang)
● Serai (1 batang)
● Kelapa parut goreng tanpa minyak (1 cawan)
● Bawang merah (3 ulas)
● Bawang besar (1 biji)
● Cili merah (1 biji)
● Cili padi (4 biji)
● Udang kering (2 sudu)
● Sos ikan (1 sudu)
● Jus limau nipis (1 sudu)
● Gula (secukup rasa)
● Garam (secukup rasa)

Caranya :
1. Potong mangga muda halus memanjang.
2. Campurkan mangga dengan garam dan air. Gaul sebati dan biar seketika untuk kurangkan rasa masam. Toskan airnya.
3. Hiris nipis bawang merah, bawang besar, cili merah, cili padi, bunga kantan, serai dan daun kesum.
4. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan udang kering. Masukkan air limau nipis dan tumbuk sebati.
5. Masukkan mangga ke dalam mangkuk, bersama bahan ditumbuk, kelapa parut goreng, bahan dipotong, gula, garam dan sos ikan.
6. Gaul sebati dan hidang.

19 ulasan - "KERABU MANGGA."

Dunia Zumal delete icon 20 April 2015 2:24 PTG

Tak sabar nak tunggu mangga depan rumah masak ^^

paridah delete icon 20 April 2015 2:26 PTG

XLAMA LAGI MASAKLAH TU...TQ ZUMAL.

Sweetie delete icon 20 April 2015 2:56 PTG

PI kalau tak masukkan sos ikan boleh tak... atau rasanya kureng.... sebab saya tak suka bau sos ikan. tapi saya mmg suka kerabu mangga.

Zaitun delete icon 20 April 2015 3:49 PTG

Mesti makan bertambah2. Kawan ada bagi mangga, kak zai buat jeruk aje.

paridah delete icon 20 April 2015 4:29 PTG

kalau xsuka xyah dimasukan..kalau gaul dgn isi ikan rebus pun sedap ni sweetie...tq

paridah delete icon 20 April 2015 4:31 PTG

buat jeruk pun sedap zai...tq zaitun.

Khai♥Rin : anies delete icon 20 April 2015 6:13 PTG

apa shj ttg mangga sy suka kecuali majalah mangga hahahaa

Diana Rashid delete icon 20 April 2015 6:18 PTG

saya pun kalau ada mangga muda mesti nak jugak buat kerabu sikit..heheh...

paridah delete icon 20 April 2015 6:59 PTG

heh..heh...mangga harum manis terbaik..tq anies.

paridah delete icon 20 April 2015 7:04 PTG

la ni banyak mangga ni diana..dh musim dia...tq

Nooriah Abdullah delete icon 20 April 2015 8:13 PTG

sedapnya kerabu mangga ni P , tapi disini belum sngt ada buah mangga ni..

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 20 April 2015 9:10 PTG

sedapnya...

paridah delete icon 20 April 2015 10:05 PTG

hmm....tq BM

paridah delete icon 20 April 2015 10:06 PTG

ya sedaptu ..tq MKL.

paridah delete icon 20 April 2015 10:07 PTG

yeke...di sini dh bnyk noor...tq

aTieYusof Family delete icon 21 April 2015 10:27 PG

erm... kecur ayaq liur tgk kerabu mangga ni... hehe

Qaseh Vee delete icon 22 April 2015 9:02 PG

saya suka mkn kerabu mangga ni tpi sikit je sbb gigi tak tahan ...

paridah delete icon 22 April 2015 11:40 PG

hmm masam2 ni mmg mmbuka selera...tq atie.

paridah delete icon 22 April 2015 11:41 PG

yeke...xtahan rasa masam tu...tq qv

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”