بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SEDAPNYA KEK KUKUS COKLAT NI. JOM CUBA BUAT...BUKAN SUSAHPUN. IKUT JER RESEPI YANG DIBERI, ADUN DAN KUKUS. MESTI JADI TU...BUAT BUKA PUASA PADA MEREKA YANG BERPUASA SUNAT REJAB MAGHRIB NANTI. SUDAH MASUK BULAN REJAB SEDAR TAK SEDAR YA...SELEPAS SYA'BAN SAMBUNG PUASA ROMADAN PULA. BOLEH BERSEDIA BERPUASA SUNAT DAHULU SEBELUM MELAKUKAN PUASA YANG WAJIB SEBULAN.
KEK KUKUS COKLAT
Bahan-bahannya:
1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan margerin cair (saya guna mentega)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
11/4 tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda
3 biji telur (dipukul)
Cara-caranya:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan.
2. Dalam periuk, masak koko, gula, margerin, susu cair dan susu pekat hingga cair dengan api sederhana. Jangan sampai hangus.
3. Sejukkan.
4. Masukkan telur ke dalam adunan ini dan kacau sebati. Tambahkan dengan tepung dan gaul lagi hingga sebati.
5. Kukus selama 1 jam dan biar sejuk baru dipotong-potong.

20 ulasan - "KEK KUKUS COKLAT..."

pengetahuan produk delete icon 7 April 2015 4:08 PTG

Hmmm yummi cake nya :)

Zaitun delete icon 7 April 2015 5:24 PTG

Nampak mudah bolehlah kak zai cuba tq.

Sue Bee delete icon 7 April 2015 5:58 PTG

Senang cara buat tu,PI..

Diana Rashid delete icon 7 April 2015 6:01 PTG

dah tak daya nak bangun pi buat kak..saya ni pagi tadi sahur dalam keadaan nak cepat..sampai minum pun tak habis tu yang lembik sikit hari ni..hahaha..tak de ke jiran2 nak hantar kek gini kat saya petang nih..ajahahahah

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 7 April 2015 8:57 PTG

menggoda hati...

Nooriah Abdullah delete icon 7 April 2015 8:57 PTG

nampak sedap kek tu meleleh air liur mesti kena buat ni

farhana mohamad delete icon 7 April 2015 9:00 PTG

sedapnya kak. craving pulak bila tengok.
sihat kak?
maaf dah lama tak datang sini.

Qaseh Vee delete icon 7 April 2015 9:15 PTG

saya klu tanya anak buah , mesti kek ni yg dimintanya ...

Dunia Zumal delete icon 7 April 2015 9:24 PTG

Terasa lapar bila nampak kek tu...

paridah delete icon 8 April 2015 9:27 PG

SEDAP NI ZUMAL..TQ

paridah delete icon 8 April 2015 9:28 PG

MRK TAU KEK NI SEDAP SGT BUATAN MAK USUNYA TU...TQ QV

paridah delete icon 8 April 2015 9:30 PG

SEDAP NI..TQ FARHANA KAK ALHAMDULILLAH MOGA FARHANA GITU JUGA.

paridah delete icon 8 April 2015 9:32 PG

BUATLAH NOOR..MUDAH JER BAGI CHEFF NOOR NI..TQ

paridah delete icon 8 April 2015 9:33 PG

HEH..HEH..ASK CINTA...TQ MKL.

paridah delete icon 8 April 2015 9:34 PG

BUAT APA YG TERDAYA DIANA....ADA REZKI INSYAALLAH TU...TQ.

paridah delete icon 8 April 2015 9:37 PG

YA SUE BEE...CPT JER NK ADUN CUMA KUKUSNYA LAMA SIKIT...TQ SUE BEE.

paridah delete icon 8 April 2015 9:38 PG

SELAMAT MENCUBA ZAI...INSYA ALLAH JADI...TQ ZAITUN.

paridah delete icon 8 April 2015 9:39 PG

YES ENAK NIH..TQ PENGETAHUAN PRODUK.

Khai♥Rin : anies delete icon 8 April 2015 5:01 PTG

ada yg letak miyk jagung...lg moist katanya

paridah delete icon 9 April 2015 9:48 PTG

ok juga tu boleh cuba minyak jagung pula tq anies.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”