بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

BERJENIS-JENIS JAMBU YANG TERDAPAT DI NEGARA KITA NI YA. DARIPADA YANG TUMBUH MELIAR DI HUTAN HINGGALAH YANG DIJADIKAN TANAMAN LAMAN. ADA YANG BESAR, ADA YANG KECIL. ADA YANG MANIS ADA YANG MASAM. ADA YANG BANYAK BIJINYA ADA YANG TIADA. PILIH SAJA YANG MANA MAHU.





Jambu batu atau jambu biji (Psidium guajava Linn) merupakan buah-buahantropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur



Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia.
Ia juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu utk mendapat kesan yg baik.Ia perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.Bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya.Jambu batu juga  boleh membantu memperbaiki tekstur kulit anda dan mengelakkan masalah kulit dan kesannya lebih baik dr krim-krim kecantikan boleh lakukan.

DAUN PUCUK JAMBU BATU BOLEH DIMAKAN UNTUK MENGUBATI SAKIT PERUT.

JAMBU SUSU.
JAMBU AIR...SEDAP JUGA DICOLEK DENGAN ASAM BOI NI..


JAMBU BERTEH..MASAM RASANYA SEDAP DICOLEK/CICAH SAMBAL.


JAMBU BOI MASAM MANIS RASANYA.

JAMBU MADU MANIS DAN BERJUS.



JAMBU GOLOK MANIS RASANYA SEDAP JUGA DIGULAI ATAU DIMASAK PAJERI.


pic google image sekadar hiasan.

28 ulasan - "JAMBU-JAMBU MALAYSIA..."

nohas delete icon 13 April 2015 10:43 PG

sedap2 semuanya..jambu susu dah lama x jumpa..

Nooriah Abdullah delete icon 13 April 2015 11:10 PG

kak rumah hanya ada jambu air je yg merah tu sedap jugak dicicah colek

Siti Yang Menaip delete icon 13 April 2015 11:34 PG

jambu madu yang kaler pink putih tu tak pernah tengok ehehe..
jambu susu sedap walaupun masam.. makan ngan gula garam aaa dapnye..
rumah nenek ada satu pokok tu.. tunggu jatuh brtabur bru kutip
gigih buang bahagian busuk

aji nugraha delete icon 13 April 2015 2:17 PTG

seger sekali kalau di buat jus ini,,Obat Asam Urat

Dunia Zumal delete icon 13 April 2015 2:26 PTG

Feveret Zumal jambu madu tu... Teringinnya ^^

Kakzakie delete icon 13 April 2015 2:46 PTG

Jambu golok tu kakak panggil jambu gajus PI. Pucuk daun yg muda sedap tau utk dijadikan ulam. Sekarang payah nak jumpa. Dulu masa kakak kecik-kecik rumah embah (atok) kakak ada pokoknya. Kami panjat. Ambil biji luar dia tu kami bakar, belah makan - tak sakit perut pun (sedap tau) hihi...

Syafik Kamaluddin delete icon 13 April 2015 2:51 PTG

jambu batu dan jambu madu pujaan hatiku. hahaha

Fidah Shah delete icon 13 April 2015 7:13 PTG

Saya suka jambu air..

Khai♥Rin : anies delete icon 13 April 2015 8:44 PTG

paling suka jambu batu. ms kecik2 selalu panjat pokok jambu semata2 nk rebut jambu yg msk dgn kwn2 ;-)

paridah delete icon 13 April 2015 9:35 PTG

jambu batu ni sedap mengunyahnya krup-krup anies...tq

paridah delete icon 13 April 2015 9:36 PTG

yeke jambu air sedap juga..tq fidah.

paridah delete icon 13 April 2015 9:38 PTG

yeke...sedap tu..tq syafik kamaludin.

paridah delete icon 13 April 2015 9:44 PTG

tempat kak dipanggil janggus...sedap bijinya digoreng dlm pasir...tq kakzakie.

paridah delete icon 13 April 2015 9:46 PTG

jambu madu ni manis di rnr tapah banyak dijual...tq zumal.

paridah delete icon 13 April 2015 9:48 PTG

mmg sedap dijus ni...tq aji nugroho.

Qaseh Vee delete icon 13 April 2015 11:58 PTG

jambu batu isi merah tu pokoknya sedang membesar di belakang rumah . dah 2 kali berbuah sebenarnya ... jambu madu tu kami panggil jambu bol . kat kg dulu ada tapi arwah abah tebang sbb nak buat masak utk kenduri kahwin ... huhuhuuu

Irfa delete icon 14 April 2015 9:51 PG

igt kecik2 kenangan manjat pokok jambu

bawah last tu buah gajus kan?

brw tq fr address ye

paridah delete icon 14 April 2015 10:04 PG

kak pun sama irfa kecik2 asyik kat atas pokok jambu jer.
ya buah gajus r ketereh.
tq irfa rajn tnya addrs kak..heh..heh..kak beri jer.

paridah delete icon 14 April 2015 10:07 PG

jambu kalau dh mula berbuah xtermakn bnyaknya..

biasalh qv kalau nk kenduri kawin bnyak pokok yg jadi mngsa..kasi terang semua.

tq qv.

paridah delete icon 14 April 2015 10:10 PG

ramai yg suka jambu ni..tq anies.

paridah delete icon 14 April 2015 10:11 PG

sedptu buat colek ramai2..tq noor.

paridah delete icon 14 April 2015 10:13 PG

jambu susu ni org xjual kot..tq nohas.

paridah delete icon 14 April 2015 10:15 PG

manis kalau msk ranum kan..tq siti.

notie delete icon 14 April 2015 12:51 PTG

Sis faridah jambu susu tu kita orang panggil jambu gelas... manakala jambu boi yang merah jalur putih tu kita orang panggil jambu ball. Jambu susu dan jambu boi tu daun pokok dan pokoknya lebeh kurang nak sama. Jambu susu masih ada lagi pokoknya dibelakang rumah aruah mak kat kampung. Jambu boi pula dah lama tak dapat makan sebab buahnya banyak busuk dan lagi pokoknya dah tua jadi buahnya dah tak cantik besar macam kat atas tu. Lamanya tak jenjalan rumah akak.

Jie Susanos delete icon 14 April 2015 1:39 PTG

tak sangka jambu batu antara yg tinggi khasiatnya..sesuai tak untuk org mengandung....

paridah delete icon 15 April 2015 8:51 PG

yeke..jambu boi ni mmg gitu kalau pokoknya dh tua buahnya xelok lagi..pakabar notie lama xjumpa msti bz sgt ni...tq notie.

paridah delete icon 27 April 2015 3:32 PTG

bagus juga untuk kulit gebu ni tq Jie.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”