Wednesday 29 April 2015

IKAN PATIN SUNGAI PAHANG.

ASSALAMUALAIKUM...

       IKAN PATIN MEMANG BANYAK TERDAPAT DI SUNGAI PAHANG. DAN ADA JUGA DITERNAK DI DALAM SANGKAR DI TEBING SUNGAI. AKIBAT BANJIR HUJUNG TAHUN LEPAS YANG AMAT DERAS MELANDA MENYEBABKAN PENTERNAK IKAN PATIN SANGKAR MENGELUH KERUGIAN KERANA SANGKAR IKAN YANG MENGISI IKAN YANG DITERNAK HABIS ROSAK. IKAN-IKANNYA PUN TENTULAH TURUT HILANG DITOLAK ARUS.

JIKALAU MENJAMU SELERA DENGAN MASAKAN IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK YANG TERKENAL DI BANDAR TEMERLOH PAHANG JANGANLAH TERKEJUT DENGAN HARGANYA YANG TINGGI BERBANDING DULU KERANA BEKALAN IKAN PATINNYA BERKURANGAN. DAN PENTERNAK-PENTERNAK IKAN PATIN BELUM MEMULIHKAN KEROSAKAN SANGKAR IKAN PATIN MEREKA.


pic google images.

SEKADAR INFO ADA BEBERAPA JENIS IKAN PATIN YANG BERLAINAN HARGANYA MENGIKUT KESEDAPANNYA.

1.  PATIN BUAH:  YANG DITERNAK DI DALAM SANGKAR HARGANYA 20 RM SEKILO. YANG HIDUP LIAR DI SUNGAI HARGANYA LEBIH 40 RM.

2.  PATIN LAWANG:  HARGANYA LEBIH KURANG SAMA DENGAN PATIN BUAH. PERBEZAAN RUPANYA HANYA PADA MATANYA YANG LEBIH BESAR BERBANDING PATIN BUAH.

3.  PATIN JUARA: KURANG DIGEMARI KERANA WARNA KULITNYA YANG KEBIRUAN.

4.  PATIN MUNCUNG: HARGANYA 100RM SEKILO DAN BERATNYA ANTARA 1KG HINGGA 3KG. PATIN INI SUKAR DIPEROLEHI.




PATIN BUAH



PATIN LAWANG.



PATIN MUNCUNG.



PATIN JUARA.

21 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Kak sihat? 17hb April hari tu saya dan 2nd boss telah pergi ke Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, pergi buat semakan data HIS, bila menyeberang jambatan yang ada papan tanda temerloh tu serta lokasi yang kena banjir... Ya allah dapat bayangkan betapa dalamnya dan teruknya semasa banjir tersebut berlaku. Kesan-kesan banjir pun nampak masih lesu je walaupun dah berapa bulan ianya berlalu. Malahan ada staff hospital yang tidak boleh bertugas disebabkan terputus hubungan.

    Berniaga Ikan patin untung lah kalau harga sekilo begitu mahal. Saya pernah rasa seketul kecil je tak berani nak pilih yang besar sebab harga mahal. Cuma nak rasa je.Tapi pada tekak rasa saya ianya terlalu berlemak tapi tak tau lah tekak orang lain. Cuma isinya memang lembut dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam insyaAllah notie..tq bertanya moga notie jg sht walafiat. banjir baru ni sgt teruk..banyak rumah ditmloh yg tenggelam hanya nmpak bumbung jer.

      ikan patin yg diternak hrganya rendh sikit tapi la ni peniaga patin tempoyak harapkan patin sungai yg sgt mahal. rasanya bagi yg minat tersangatlh sedapnya.

      Delete
  2. Zumal suka juga ikan patin nie, sekali rasa pasti nak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela zumal sedap dimasak tempoyak ni...tq

      Delete
  3. PI, Sekali pandang patin lawang tu macam ikan baung pun ada. Saya pernah makan ikan patin buah... staff lelaki kat department saya ni dulu suka konvoi dan buat collection sesama mereka pergi Temerloh dan beli ikan ni. Lepas tu mereka minta tolong salah sorang isteri dari geng2 mereka tu memasakkannya dan bawak office. Sedap tapi saya tak begitu menggemarinya sebab lemak sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan baung kepalanya agak besar sedikit n sedap dimasak asam pedas sweetie.

      wah staff pej sweetie peminat ikan patin ya. ikan patin sungai phg ni sedapnya berbeza dgn patin sungai lain..tq

      Delete
  4. Kakak yg kenal patin buah aje PI
    Yg lain-lain tak pernah jumpa lagi atau mungkin dah jumpa tapi tak kenal.

    ReplyDelete
  5. baru-baru ni ada abah buka topik tentang perbezaan kesedapan ikan patin bergantung pada lokasi yg ikan ni tinggal. rupanya air sungai pahang sekarang banyak yg dah tercemar menjadikan daging ikan patin sekarang kurang sedap rasanya, melainkan kat satu tempat tu. hilir ke? entah, saya pon tak ingat. yg pasti memang betul sekarang ramai peniaga restoran/kedai merungut sebab susah nak dapat bekalan ikan patin. especially restoran di KL. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknyalah tu...patin yg hidup di sungai yang airnya mengalir deras tentu kekal rasa sedap isinya.

      baru ni makan ikan patin temerloh..sedap tapi harganya pejam mata gee..tq

      Delete
  6. sedapnya...lama lagi nak lunchtime..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap...selamat mnjamu selera nohas...tq.

      Delete
  7. Kalau pergi Temerloh memang banyak ikan patin walaupun begitu harganya boleh tahan.

    Anak2 kak zai makan ikan ni tapi kak zai tak bokeh dah banyak kali mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke ..hmm tekak xboleh terimalh tu...tq zai.

      Delete
  8. Pernah makan patin (yang rasanya sedap) masa melawat sahabat yg tinggal di temerloh....lepas tu bila di cuba kat r&r...hmm macam tak best ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak sendiri sedapnya berbeza dgn di kedai kan makcikkantin..di rnr tu boleh makan jerlah..tq

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Pernah rasa patin buah yang sememangnya sangat sedap. Tapi susah nak dapat.
    Kalau patin sangkar (mentah), in shaa Allah ada dijual di gerai atau di pekan sehari di Temerloh setiap pagi Ahad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mnghala ke triang nampak ada dijual patin sungaini fidah..pernah beli sedap sgt digulai...tq fidah.

      Delete
  11. Patin ni kalau masak asam rebus memang sedap sangat dah.
    Anak-anak saya yang perempuan semua makan ikan patin, yg lelaki je tak ......... he he he

    ReplyDelete
  12. sedap patin msk asam rebus ni.
    eh..anak lelaki xsuka patin ya..rugi tu...tq lynn.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist